Pesan untuk Pelajar Praktikal

Assalamualaikum semua..akak takde confession nak buat, sekadar nak beri penringatan lembut untuk adik2 yang bakal menjalani latihan praktikal..akak graduan sebuah universiti di selatan tanahair..sebagai graduan, akak pernah melalui zaman jadi pelajar praktikal. Dan akak juga pernah melihat pelbagai karenah pelajar praktikal selepas zaman2 akak ni, sebab suami akak pernah bekerja uruskan pengambilan pelajar2 praktikal ni. Jadi sedikit sebanyak akak ada la beberapa peringatan lembut (soft reminder) untuk adik2 perempuan yang bakal bergelar pelajar praktikal (since dah start cuti sem ni kan)

Bila korang lapor diri hari pertama di tempat praktikal, tak kisah la kerajaan atau swasta, korang akan jadi perhatian satu pejabat, terutamanya staf2 lelaki kat situ (bujang dan lebih2 lagi dah kahwin). Ye lah, bunga baru masuk, mekar lagi, memang akan jadi perhatian la. Jadi, tolong jaga pakaian dan adab2 korang. Pakaian tu sebolehnya menutup aurat sempurna la. Hindarkanlah pakaian ketat2 ni sebab korang tak tau sejauh mana mata lelaki2 dalam pejabat tu akan berimaginasi. Jangan tak percaya, saiz buah d*** korang pun dorang boleh jadikan bahan bualan tau. Jadi berjaga-jagalah.

Adab ni dari segi pergaulan korang la. Nak ramah tamah boleh, tapi tak perlulah terlalu ramah dengan staf lelaki ye. Nak berbual boleh, tapi berbuallah sekadar untuk menghormati dorang, tapi kalo korang nampak dorang dah mula tanya hal yang bukan2, ajak keluar makan berdua je ke (especially staf yang dah kahwin), please say NO. Sila jaga maruah korang sebagai perempuan.

Lepas sehari or seminggu dua, korang akan dimasukkan dalam group wassap tempat praktikal korang. Group wassap ni pun kena jaga2 ya. Reply bila korang rasa perlu je, bila ada kerja yang diberi, bila dorg tanya apa2 tu jawab la. Tapi kalo korang nampak dah mula ada proses gurau mesra ulat bulu dalam tu (especially staf yang dah kahwin), korang takyah la layan. Biarlah dikata sombong pun, janji korang tak dilabel murahan. Dan korang kena jaga2 bila ada yang mula kenenkan, padankan atau gosipkan korang dengan mana2 staf lelaki. Kalo bujang takde masalah, tapi kalo staf tu dah kahwin tu yang masalahkan. Silap2 haribulan korang boleh terjebak dengan cinta suami orang, dan dramanya mula jadi meleret2 la panjangnya kan. Jadi, tolong jaga batas pergaulan korang dengan staf lelaki ye. Lelaki ni memang tak boleh nak cakap apa dah, memang semulajadinya gatal. Hanya iman je boleh jadi benteng. Jadi, korang yang boleh jaga maruah sendiri, tolonglah jaga. Biarlah bila korang dah habis praktikal nanti, korang akan dikenang sebagi pelajar praktikal yang paling rajin dan dedikasi, bukan yang paling banyak skandal.

Banyak dah akak lihat kes2 skandal antara pelajar praktikal dengan staf lelaki tempat praktikal, terutamanya staf lelaki yang dah berkahwin. Ada yang sampai ke bilik hotel, ada yang tipu bos kata nak bawa teman kursus, rupanya pergi berdating. Ada yang bermula dengan usikan kawan2 sepejabat, lepastu berlarutan sampai bercintan cintun bagai. Nauzubillah. Semoga korang semua dijauhkan dari jadi perosak rumah tangga orang. Elok2 nak timba ilmu dan pengalaman bekerja, nama dah terpalit dengan skandal suami orang pulak. Kan tak elok tu kan. Jadi, korang lah yang kena bertanggungjawab jaga maruah korang sendiri.
Setakat ini sajalah pesanan akak. Bab2 kerja rajin2, on time dan lain2 tu, mesti pensyarah korang dah pesan kan, tak payah lah akak nak ulang2 yang tu.

Sekian dari akak,
Kak Intan, isteri kepada bekas pengurus pelajar praktikal.

– Kak Intan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit