Pesanan Acik

Salam sejahtera untuk semua pembaca IIUM Confession. Ni Acik, sama macam korang suka betul baca segala jenis confession kat sini. Acik ni muda lagi (perasan) tapi dah cukup lama makan asam garam.

Jadi bila baca macam2 jenis confession kat sini Acik rasa terpanggil nak buat beberapa pesanan untuk semua, terutama yang masih muda belia.

Acik tengok paling ramai masalah suri rumah rasa teraniaya, pengorbanan tidak dihargai. Tak kurang juga yang rela terpaksa menanggung biawak hidup. Paling malang bila bukan anak atau menantu pilihan. Sayu hati Acik baca penderaan jiwa raga korang.

Pesanan Acik: –

1) JADI BIJAK

Acik memang harap semua jadi bijak. Bukan lulus cemerlang ada sijil diploma degree masters phD jer baru bijak tau. Tapi street smart.

Pandai bawa diri. Masuk kandang kambing mengembek masuk kandang rimau cepat2 lari.

Waktu bercinta memang semua indah. Percayalah masa ni kentut pun bau perfume pakej suh kentut lagi berkali2 sbb wangi sangat. Tapi awas yer anak2 selepas kawin pasti bau sebenar akan muncul. Jadi bersedialah!

Apa yang perlu sedia? Haa sebab masa ni kentut bau wangi minta laa apa saja pasti berjaya. Yang pasti WAJIB minta tinggal asing daripada ibu bapa.

Konsepnya aku tak mau ko dok dengan mak bapak aku so ko pun jangan nak suruh aku menyibuk kat rumah mak bapak ko. Sewa laa rumah asing.

Rumah flat ke setinggan ke teres ke banglo ke terpulang laa ikut kemampuan. Pastikan deposit rumah sewa dah bayar siap2 sebelum majlis berlangsung.

Sediakan belanjawan. Gaji ko berapa gaji aku berapa listkan anggaran belanja siapa bayar sewa siapa bayar makan siapa bayar api air tol minyak semua kena telus.

Kalau pasangan berahsia ni memang red flag. Kalau laki suruh semua bini tanggung lagi laa cepat2 cabut.

Duit hantaran beribu2 tu tak usah bazir kat majlis grand macam artis. Guna untuk beli perkakas rumah jadikan ni harta sepencarian. Mas kahwin jer hak mutlak isteri yang suami tak boleh usik.

Tapi duit hantaran lepas ambil gambar tayang satu dunia dapat berapa puluh ribu pastu boleh laa digunakan untuk kebaikan bersama.

Anggap sebagai modal hidup berkeluarga.

Sebaiknya suami sediakan tempat tinggal dan makan minum serta baju raya. Ni 3 perkara asas yang semua suami kena buat.

Ukur baju di badan sendiri jangan nak berlagak bagus sangat. Kereta holiday deco items semua ni kehendak boleh laa isteri yang sediakan. Sebab wanita kan expert bab ni memang banyak kehendak.

Jika isteri bekerja isteri bayar laa upah pengasuh TAPI makan minum pampers anak2 tetap tanguungjawab suami.

Buat perjanjian hitam putih lebih baik. Cari jer sample prenuptial kat internet pastu adopt jer ikut mana sesuai. Penting bagi dua2 faham do’s and don’ts sebelum masuk ke alam perkahwinan.

Jangan sesekali berangan ko power sangat mampu mengubah sikap pasangan selepas berkahwin. Dream on! Apa2 yang korang nak memang kena set siap2 dalam kepala pasangan sebelum akad.

Jika suami suruh isteri jadi suri rumah, terima dengan senang hati. TAPI ada syaratnya. Beritahu suami suri rumah juga satu kerjaya. Setiap kerjaya pasti ada majikan. Sanggup tak suami jadi majikan?

Kena set working hours (bermula 1 jam sebelum anak sekolah berakhir 1 jam selepas suami balik kerja).

Kerja mesti ada elaun. Minta minima 10% daripada gaji suami untuk kegunaan diri sendiri, bukan termasuk duit pasar tau. Elaun ni hak isteri yang bekerja menjaga anak dan rumah sepanjang working hours tadi.

Isteri boleh guna elaun ni untuk kecantikan diri dan upah rakan / jiran tolong jaga anak sekejap untuk “me time”.

Tegaskan kepada suami selepas “working hours” dua2 suami isteri kena sama2 bertugas untuk rumahtangga. Masa ni laa suami kena bantu buang sampah betulkan lampu tukar pampers mandikan anak dsb.

Bijak kewangan laa paling penting above all. Pastikan ada simpanan kecemasan. JANGAN USIK kecuali memang betul2 cemas. Beli insurans buat hibah jika mampu.

Acik bukan ejen so Acik tak dapat komisen pun. Jangan buat alasan semua tu mahal. Ada jer plan yang mampu milik kan? Zaman sekarang ini antara kehendak yang hampir2 jadi keperluan terutamanya bila dah beranak pinak.

2) BUAT2 BODOH

Eh Acik ni, tadi suruh jadi bijak, sekarang suruh bodoh pulak! Sape suruh ko jadi bodoh? Acik kata BUAT2 bodoh jer. Jangan tunjuk sangat ko superhero semua ko serba tau (palatao).

Kalau wanita tak usah masuk campur bab servis repair kereta wiring plumbing bagai tu. Apa guna wujud lelaki dalam rumah kalau semua tu pun ko yang handle?

Lain laa kalau ko memang bekerja dalam bidang automotive atau electrical atau plumbing dsb. Ni Acik cakap pasal isu dalam rumah. Kalau boleh bab angkat tong gas dan buang sampah pun ko declare jer kata TAKUT atau TAK TAU. Biar si lelaki control macho yang uruskan.

Lelaki pulak jangan TB sangat sampai seluar dalam bini pun ko yang cuci. Bab masak memasak walaupun ko chef bila kat rumah minta bini yang buat.

Ko bantu laa cara lain tolong potong memotong ke cuci mencuci ke tapi bab basuh beras tanak nasi menumis lauk biar bini handle sampai siap. Baru laa berkat rumahtangga makan air tangan isteri gitew.

3) HORMAT ORANG LEBIH TUA

Okey mak bapak dan pasangan ni walaupun umur lebih tua tapi kadang2 perangai memnag minta kaki juga. SABAR. Orang putih kata “respect is to be earned”. Tapi kita bukan orang putih nokkk. Sebolehnya JANGAN jadi anak derhaka atau isteri nusyuz.

Tahan perasaan depan orang lebih tua. Masuk laa bilik ambil wudhu biar sejuk sikit hati tu. Waktu tengah marah pisau pun kita boleh lempar kat leher adik pastu menyesal. Haa kan parah tu. So bila marah jauhkan diri. Bertenang.

Jangan buat apa2 keputusan semasa marah. Percayalah bila dah tenang kita akan jadi lebih bijak lagi. Jika kita rasa kehidupan sangat toksik, keluar cara baik. Jauhkan diri daripada ibu bapak atau pasangan toksik tu secara baik.

Sebab itu Islam menghalalkan perceraian. Eh bukan Acik kata gaduh sekali suruh terus cerai! Bincang cara berhemah semasa semua tenang.

Jika pasangan jenis tak mahu bincang tulis laa surat ke voice note ke eh apa2 laa medium yang korang selesa.

Luahkan perasaan tu jangan pendam nanti jadi barah siapa yang susah? Ko jugakk kan! The point is luahkan perasaan tanpa perlu jadi kurang ajar. Faham kan?

4) SAYANGI DIRI SENDIRI

Okey ni patut jadi pesanan no. 1 tapi Acik sengaja letak pesanan terakhir. Kita ni orang melayu selalu lupa nak sayang diri sendiri. Terlalu banyak berkorban untuk orang lain jadi lilin membakar diri demi ibu bapak anak2 pasangan dsb.

Ingat! Kita kena sayang diri kita sendiri dahulu, baru kita layak untuk sayang orang lain. Jangan sikit2 nak bunuh diri, sikit2 nak toreh nadi guna pisau! Haipp!!

Take a break jika perlu. Tak perlu pergi London Paris New York pun untuk menenangkan diri. Take time-off pergi spa manjakan diri, atau jogging tepi tasik hirup udara segar.

Jika tak mampu sangat jalan kaki jer petang2 sambil tolak stroller anak tengok kejiranan siapa baru pindah siapa renovate rumah dsb. Be positive. Tarik nafas dalam2 hold sekejap baru hembus semula perlahan2.

Sebagai umat Islam banyakkan ‘me time’ dengan Allah. Bangun bermunajat ketika seisi rumah sedang lena. Ini makanan rohani yang pasti melegakan segala tekanan yang sedang dihadapi.

Nampak macam pesanan Acik khusus untuk orang kahwin jer kan? Tak laa…! Pandai2 laa adapt dengan situasi. Jadi bujang pun best hati senang tiada yang larang. Pekakkan telinga dengan cemuhan orang. Jangan terdesak sangat nak kahwin sampai main tangkap muat jer.

Ambil anak angkat pun bagus juga dapat mengubat kesunyian dan bantu seorang kanak2 merasai kasih sayang. Susukan anak tu biar jadi mahram tiada perkara berbangkit dah kemudian hari.

Panjang dah Acik membebel. Terima kasih kerana sudi membaca. Acik harap korang ambil mana yang baik buang mana yang buruk.

Semoga kita semua berbahagia dengan cara kita sehingga ke Jannah. Salam sayang untuk semua daripada Acik. Mmuuaahh…!

– Acik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *