Pesanan Buat Bakal Ibu dan Bakal Isteri

Assalamualaikum warahmatullah.

Kak N merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang perubatan dan kehamilan. Jadinya, Kak N rasa terpanggil untuk beri nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bakal isteri (terutamanya ibu muda) sebab Kak N sedih sangat tengok ramai sangat ibu muda yang terlalu cetek ilmu mengenai pregnancy dan mudah tertipu dengan page ‘membongak’ seperti KRT dan IIH. Terlampau banyak petua mengarut yang ibu muda ni percaya dah akhirnya menyusahkan anak dan diri sendiri. Tak salah kahwin muda, bahkan Kak N sendiri berkahwin pada usia yang amat muda jadi Kak N faham sangat.

1. Sebelum kahwin, tolong gali ilmu mengenai kehamilan, kelahiran, penyusuan dan kanak-kanak. Perkahwinan bukan sekadar ‘seronok buat anak’ tapi adik semua tak ada ilmu pun mengenai kehamilan dan sebagainya. Jadilah ibu yang berilmu bukan dungu.

2. Tolong makan Folic Acid 6 bulan sebelum berkahwin. Folic Acid penting untuk pembentukan ‘Neural Tube’ dan saraf untuk elak daripada Spina Bifida berlaku pada bayi.

3. TOLONG VAKSINKAN ANAK. Kenapa Kak N amat tekankan mengenai vaksin ni? Sebab sekarang ni penyakit yang sepatutnya boleh dicegah melalui vaksin dah mula menular dan menjangkiti kanak-kanak yang lain. Tolonglah jangan menyusahkan orang lain. Kalau tak nak vaksin, kurung anak dalam rumah mohon jangan sebarkan penyakit pada orang lain. Sebelum nak kata vaksin ni agenda Yahudi, mohon belek sejarah siapa insan pertama yang invented vaksin ya. Nak bertawakkal tapi tak kena cara. Ini bukan cara Islam!

4. Tolong sediakan mental dan fizikal untuk hadapi fasa-fasa kehamilan. Ada yang datang klinik jumpa Kak N minta digugurkan kandungan atas alasan tak bersedia nak jadi ibu dan tak mampu nak jaga anak. Ingat, rezeki anak ni Allah yang beri dan setiap anak dah tertulis bahagian rezeki mereka.

5. Bila ada komplikasi semasa mengandung dan semasa kelahiran, tolong buat keputusan untuk diri sendiri dan anak bukan ikut keputusan merepek suami awak. Nak taat pada suami tolonglah bertempat. Ada satu kes masa Kak N di hospital dulu, anak dalam kandungan dah lemas disebabkan tali pusat terbelit dan perlu menjalani Emergency Lower Segment Ceasarean Section (EMLSCS). Tapi si isteri kata suami tak benarkan dan nak isteri bersalin normal. Hampir bergaduh juga Kak N dengan si suami namun si suami berkeras juga nakkan isterinya bersalin normal. Sudahnya, anak dalam kandungan meninggal. Si suami? “Redha dengan ujian Allah” katanya. Kalau awak semua berada pada tempat Kak N, geram tak?

6. Tolong jaga pemakanan dan jangan ambil jamu atau supplement mengarut. Jangan rosakkan organ dalaman anda. Penjual hanya nakkan untung dan tak kisah pun kalau awak sakit nanti.

7. Bila dah bersalin, tolonglah jangan ikutkan sangat pantang bersalin yang merepek contohnya jangan berjalan banyak atau jangan minum air nanti takut bentan (bentan in medical is Peuperal Sepsis- jangkitan disebabkan tak jaga kebersihan bukannya sebab langgar pantang) katanya. Ibu yang menyusu perlukan banyak air so minum air masak dengan banyak ya. Dan tolong banyakkan berjalan semampu yang boleh untuk elakkan Deep Vein Thrombosis daripada berlaku.

7. Kak N ulang semula. Tolonglah cari ilmu mengenai kehamilan, kelahiran, penyusuan, parenting dan kanak-kanak. Jangan tahu seronok nak kahwin tapi ilmu tak ada. Sedih sangat Kak N tengok. Kita as perempuan kena ada ilmu supaya tak mudah tertipu.

Kak N harap apa yang Kak N pesan, ambil sebagai ingatan. Silakan kecam kalau tak setuju. Kak N dah nampak banyak sangat masalah ibu-ibu yang takda ilmu ni. Kesianlah pada anak. Orang yang tak nampak masalahnya memang akan bercakap yang bukan-bukan.

Maaf kalau ada yang terasa hati.
Salam Sayang.

– Kak N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit