Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera untuk semua pembaca. Tujuan penulisan ini adalah sekadar luahan dan bukan lah berniat untuk menyakiti sesiapa.
Saya adalah seorang pekerja kaunter depan sebuah hotel budget berhampiran dengan airport. Kerja agak seronok sebab dapat jumpa ramai orang, banyak ragam, kadang-kadang jugak hampir surrender.
Di sini saya sekadar nak meluah perasaan dan tinggalkan sikit pesanan untuk para jemaah umrah/haji, indah nya andai kalian mahu berangkat ke tempat suci untuk beribadat sambil meninggalkan sesuatu yang menyenangkan pada orang-orang yang anda jumpa di sepanjang perjalanan.
Saya sangat terkilan dengan jemaah sebegini (bukan semuanya) bila transit di hotel budget sementara tunggu penerbangan, seperti tidak terkawal dan agak melampau. Saya faham jika kalian ingin jimatkan kos dan memilih untuk menginap di hotel budget yang kebanyakan harga nya bawah RM100 jika tempah secara online.
Dengan harga yang anda bayar, anda bawa pula seluruh kaum keluarga datang berkelah. Yang datang pula bawa anak kecil, siap bawa berbakul bekal makanan.
Waktu check in di kaunter sudah maklum bilik boleh menginap untuk berapa orang sahaja, waktu booking juga sudah maklum bilik jenis apa dan berapa jumlah tetamu yang sepatutnya tinggal.. yang bawak anak kecil di biar berlari, menjerit, memanjat, berkejaran sesuka hati tanpa kawalan..
Sampaikan pernah ada yang memanjat ke atas meja kaunter tapi hanya dilihat sahaja oleh penjaga tanpa sikit perasaan, orang yang di kaunter pula terpaksa tegur dan tarik untuk turun..
Tu belum lagi yang dewasa ketawa gembira bersembang, keluar masuk bilik hempas pintu dengan kuat, duduk di lobby tengok video politik dengan volume yang boleh pecah gegendang telinga, bila bilik terlampau penuh bertebaran la lalu lalang di lobby, turun naik tangga, keluar masuk di pintu utama.
Sesuka hati meneroka seluruh pelosok hotel sampai kan toilet staff pun dah jadi rupa toilet awam dengan pelbagai khazanah dan bau.. untung di tempat kerja saya tiada lift, jika tidak rasanya lift pun boleh meletup kerana terlampau kerap turun naik.
Sampai pernah terjadi guest cancel untuk check in sebab di lobby terlampau bingit, apa jadi kalau kami pekerja yang hina ni tegur?? Jawapan mereka ni sangat menyakitkan hati dan akhirnya beri rating yang rendah pada hotel dan komen yang buruk tentang kami.. terima kasih kalian.
Jujurnya bila ada jemaah yang datang menginap di sini kami sudah rasa tak seronok, sudah tentu akan bising dan serabut, tak ubah macam majlis kenduri.. anda sedia maklum kan rupa hotel budget bagaimana??
Bilik antara satu sama lain rapat-rapat dan bukan kedap bunyi.. bila terlampau bingit ada la nanti guest dari bilik lain yang akan complaint dan masam muka.. sudah ditegur pun masih tak faham bahasa, takkan kami nak halau kan.
Cukup luahan saya, suka la saya cadangkan jika yang membaca di sini ada ahli keluarga yang bakal menunaikan umrah/haji pada masa akan datang atau masa terdekat ni boleh lah kiranya tinggal di homestay yang lebih sesuai untuk anak kecil berlari dan kawasan parking yang luas.
Indahnya bila kalian dapat beribadat dengan tenang di sana sambil diiringi doa orang-orang yang pernah anda temui di sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Sekian…
– Nadiya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit