Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya siarkan penulisan saya.
Percaya tak hidup ini tiada happy ending?
Kebahagiaan yang selama ini kita kejar, bukanlah sebuah pengakhiran. Hakikatnya bahagia tu cuma datang dalam masa yang singkat. Kemudian ia berlalu. Dan kemudian ia datang lagi.
Begitulah kehidupan. Bahagia yang datang sebentar cuma. Tugas kita hanya menikm4ti kehidupan, dan terima saja apa yang mendatang.
Aku bukan nak bercakap tentang macam mana nak mencari kebahagiaan. Cuma nak kongsi pengalaman aku yang tidak seberapa ni. Di samping nak ingatkan diri aku yang kadang-kadang hanyut takde hala tuju.
Dah banyak kita baca pasal perkongsian macam mana nak jemput rezeki. Macam mana nak hidup tenang. Dan sebagainya.
Banyak amalan yang ramai dah kongsikan. Antaranya amalan zikir, solat sunat, dhuha, tahajud, taubat, beristighfar, amalan surah-surah, ayat Al-Quran, bersedekah, tolong orang. Dan banyak lagi.
Sejak zaman belajar ijazah dulu aku amalkan solat dhuha setiap hari. Dari 2 rakaat naik ke 4 rakaat. Pastu bila rasa susah sangat urusan-urusan aku ni, aku tambah lagi sampai 6 rakaat.
Aku susah bangun malam. Jadi, aku amalkan before tidur tu solat taubat siap-siap dan solat lain yang aku larat.
Setakat ni solat dhuha je yang aku komited. Kalau ada hari yang aku rasa susah hati sangat, aku tambah amalan-amalan lain.
Orang kata, bila susah baru nak ingat Tuhan. Aku takdelah alim pun. Cuma sebagai makhluk yang bertuhan, aku rasa aku perlu bergantung sepenuhnya pada Dia.
Walaupun aku ni cuma hamba Allah yang biasa-biasa dan banyak buat dosa, pertolongan Allah untuk aku sentiasa ada.
Sampaikan benda yang aku rasa bukan untuk aku, tapi Allah make it possible untuk jadikan ia milik aku. Baik kan Allah?
Setiap kali kita ditimpa kesusahan, sepatutnya kita bersyukur. Sebab itu adalah cara Allah nak bagi kita kembali concentrate dekat Dia.
Cuba bayangkan hari yang kita senang. Ada tak kita bersungguh-sungguh solat, buat amalan sunat, perbaiki diri. Ada? Jarang kan?
Jadi, mulai dari sekarang kalau rasa hidup ni susah, embrace je kesusahan tu. Hadap je. Redha. Berdialog dengan Tuhan. Minta Allah kuatkan kita. Sebab Dia kan lebih tahu urusan-urusan kita. Jadi, berserah sepenuhnya kepada Dia.
Aku terfikir orang yang selalu ditimpa kesusahan tapi dia boleh hidup macam takde apa yang berlaku. Agaknya ini lah apa yang dia fikir. Kan?
Walaupun kita ni dah jaga solat, jaga amalan sunat, tapi hidup tak jugak senang. Macam mana tu? Pendapat aku, dalam hidup ini bukan setiap hari kita akan happy.
Kalau hari ni kita bahagia, esok mungkin kita derita. Kalau hari ni kita dapat makan sedap-sedap, esok mungkin boleh makan nasi dengan telur je. Hidup ni memang macam ni. Ada pasang surut.
Tapi kena ingat. Walaupun datangnya tidak menentu, hari-hari yang membahagiakan ni tetap akan tiba. Mungkin bukan esok. Bukan minggu depan. Bukan bulan depan. Tapi suatu hari nanti. Kita takkan tahu bila.
Jadi, setiap kali hari yang membahagiakan tu datang, boleh lah hargai betul-betul.
Hidup ni kena banyak menghargai. Seseorang yang hadir dalam hidup, suatu masa pasti akan pergi. Apa yang kita dapat hari ni, esok mungkin dah kena cari lagi.
Allah ni baik. Tuhan kita baik. Tak perlu nak jadi alim dulu baru nak jaga solat, buat amalan-amalan sunat tu semua. Benda ni basic. Semua manusia kena buat dan boleh buat.
Tak perlu rasa kita ni tak layak nak berbuat baik dengan Tuhan sebab dosa-dosa kita yang menggunung ni. Kalau kita tak bergantung dengan Tuhan, dengan siapa lagi?
Untuk orang yang hidup sendirian (macam aku) mungkin boleh relate. Sebab we have no one to rely on. Saat kita sendirian ni kita cuma ada diri kita dan Allah je. Takde ahli keluarga. Takde kawan. Cuma ada Allah.
Tapi untuk orang yang hidupnya sentiasa dikelilingi keluarga, kawan-kawan, mungkin agak susah untuk cari Tuhan.
Maksud aku, kita tend to minta pertolongan daripada manusia instead of Allah. Hmm faham tak apa yang aku nak sampaikan?
So, begitulah secebis luahan dan pesanan daripada aku. Aku sekarang pun tengah serabut dengan urusan dunia. Jadi, singgah sini jap sebagai terapi jiwa. Semoga aku dapat melalui urusan-urusan aku. Doakan ya.
Semoga kalian yang baca pun Allah mudahkan urusan kalian semua. Ingat, Allah tu baik. Apa-apa jadi, cari Dia.
– Qwert (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit