Pesanan Buat Ketua Keluarga

Mohon admin hide identiti saya sebelum publickan confession ini..

Bab kata orang tua-tua dahulu ingin lihat hasil didikan yang hebat lihat lah pada didikan anak2nya, pada akhlak anak2nya, pada ketaatan anak2 kepada penciptanya iaitu ALLAH dan kedua orang tuanya dan kepada saudara mara nya..

Ingin rendah diri saya memohon pada para lelaki, para suami, para ayah menggerudilah keluarga dan rumah tangga dengan elok, berlandaskan islam, dengan kesabaran, ketabahan kerana hasilnya cukup hebat suatu hari nanti..

Pengalaman saya dalam keluarga bermasalah membuat saya hidup dalam tekanan, kekusutan, ketakutan sehingga kini dan semuanya berlaku di depan mata di usia yang baru menerjah ke alam dewasa dan hampir 10 tahun ianya tetap sama.. Segala nasihat dan kata2 semangat saya perlu buat ketika ini.. Jika post saya akan disiarkan mohon doa untuk saya kuat dan tabah dan keluarga saya akan bahagia di akhir kehidupan saya..

Sebelum saya akhiri tulisan saya, saya ingin saya sampaikan mesej kepada para ayah dan suami di luar sana..

DARI KECIL KU MELIHAT KEGANASAN DI DEPAN MATA, AKU MELIHAT SEORANG KETUA KELUARGA YANG SEHARUSNYA MENDIDIK KAMI MELINDUNGI KAMI DAN MENYAYANGI KAMI SANGGUP MENGANGKAT TANGAN, MENCARUT ANAK2 DAN MENGANGKAT SENJATA (PENUKUL, TONGKAT BESI, SELIPAR, CAWAN, GELAS ETC) UNTUK MEMUKUL ANAK2 KAPAL KETIKA OMBAK MEMBADAI DAN DIA TERUS MENGANGKAT APA YANG ADA DIDEPAN MATA TANPA MEMULIHKAN KEMBALI KAPAL DARI OMBAK YANG MENERPA MEREKA DAN MENEGELAMKAN KAPAL TERSEBUT..

KAPAL ITU SATU CIPTAAN MANUSIA YANG PERLU DISELENGGARA SELALU AKIBAT KEROSAKAN YANG AKAN DATANG ATAU KEROSOKAN SEDIA ADA BEGITU JUGA ANAK2 KAPAL YANG MANA KESILAPAN KECIL MEREKA BUKAN DIPUKUL DAN DIHERDIK MALAH DIPERBETULKAN DENGAN SATU DAKAPAN, SATU KASIH SAYANG,DAN SATU IKATAN KEKELUARGAAN YANG BAHAGIA..

JADIKAN KELUARGA SEPERTI KATA2 DALAM BAHASA ARAB YANG BERBUNYI “RUMAHKU SYURGAKU”

– nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *