Pesanan Buat Pengasuh

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya cerita saya ni di publish. Ni first time saya tulis kat sini. Tujuan saya cuma nak berkongsi cerita je tanpa mengguris hati mana-mana pihak.

Saya ada terbaca satu confession berkenaan ‘Murung Dek Pengasuh’ yang diceritakan oleh Mina, (https://iiumc.com/murung-dek-pengasuh/).

Saya anak seorang pengasuh. Betul lah kata kebanyakan orang, nak jadi pengasuh yang sebenar benar pengasuh ni bukan mudah.

Kalau ikutkan kena ada lesen, lepastu persekitaran rumah kena bersih, cukup serba serbi supaya anak yang dijaga tu ditinggalkan dengan baik dan diambil dengan baik juga. Emosi si pengasuh yang paling penting.

Betul juga, zaman sekarang ni ramai yang nak jadi pengasuh tapi tak ada asas seorang pengasuh pun. Emosi sendiri pun tak pandai nak kawal, diri sendiri pun kadang tak tersempat nak jaga (maaf, tapi saya cakap pasal diri sendiri).

Tapi disebabkan itu adalah satu cara nak dapatkan duit sampingan, bedal je lah walaupun perangai hauk.

Bukan nak banggakan ibu sendiri, tapi saya sendiri anak kepada seorang pengasuh. Ibu pun pengasuh biasa.

Tapi sepanjang ibu mengasuh anak orang, dari dulu waktu saya masih sekolah rendah, sampai la saya dah 20an. Saya belajar banyak benda yang saya takkan dapat dari orang lain.

Sejujurnya saya ni tak penyabar, kadang2 ada masa tengok budak2 ramai2 lari main2 sana sini, aih geram jugak. Lagi2 yang main tukar channel tv time saya tengah syok tengok sinetron pukul 2.

Belum lagi yang bergaduh pastu meraung sampai dengar selang 4-5 buah rumah.

Dalam lebih kurang 15 tahun ibu mengasuh ni, saya tak pernah nampak ibu mengamuk ke apa. cuma kadang bila ibu geram, ada jugak la dia jegil mata kat budak2 tu.

Ibu jaga dalam 5-6 orang dalam satu2 masa, cumanya syaratnya hanya ada satu baby sahaja.

Yang lain budak budak 2-7 tahun ibu kata takpe, diorang dah tak meragam sangat macam baby yang baru 4-5 bulan. Jadi, kemusykilann saya pada ibu ni macam ni.

1. Mak ayah pengasuh hampir kesemua hantar awal pagi.

Paling awal 7pagi dan paling lambat 8.30pagi, tapi baliknya lewat. Kadang2 pukul 8malam pun belum balik lagi sedangkan rumah mak ayahnya cuma sebaris rumah kami, satu taman kami. Why?

Jadi bila saya cakap dengan ibu, ibu patut charge ni, paling lewat 6.30 petang okay lagi. Ni dah pukul 8 malam.

To be honest, pernah beberapa kali budak2 tu tidur dirumah saya. Esoknya senang tak payah dihantar sebab memang dah ada kat sini. Tapi ibu senyum je dan kata tak payah.

Why? Sebab ibu cakap, anak2 yang ibu jaga tu satu amanah dan ibu rasa anak2 yang ibu jaga tu dalam tak sedar bawa rezeki.

Macam mana mak ayah diorang cari rezeki sampai balik lambat, macam tu juga ibu sekarang tengah mencari rezeki untuk kitorang adik beradik. Bukannya diorang susahkan kita pun ibu kata. Bagi makan je, biar diorang main2, selesai masalah. Jadi, kenapa nak berkira?

2. Saya survey2 rate untuk baby lain, untuk yang dah besar lain, untuk budak2 yang transit pun lain di mana betul lah, ibu pun ada rate2 yang berlainan.

Cumanya saya perasan charge yang ibu minta tu terlalu rendah. Contoh, untuk baby ibu ambil RM250-300, tanpa extra charge, saya pelik sebab saya tengok orang sampai buat list harga lagi per jam berapa.

Jadi ibu jawab, charge2 yang ibu buat tu adalah charge yang ibu rasa cukup bila kumpul2 untuk buat belanja rumah sebulan.

Ibu tak cakap banyak pasal ni, tapi bila fikir balik saya rasa saya faham kenapa walaupun kami bukan orang yang senang, hidup kami rasa cukup alhamdulillah. Mungkin separuh sebabnya adalah dari apa yang ibu buat.

3. Gaji ibu adalah gaji bulanan. Saya percaya mostly pengasuh pun macam tu. Cumanya ibu jenis yang saya rasa sangat baik hati.

Pernah beberapa kali mak ayah anak2 ni bagi gaji, tapi tak cukup. Ibu cuma bercerita tapi saya yang emo. Sebab kurangnya bukan 10-20 ringgit. Sampai 50-100 ringgit.

Jadi saya cakap dengan ibu, ibu tak boleh macam ni. Kena tanya mak ayah nya tu. Sebab ibu tak bercakap kot dia buat macam tu.

Sama juga dengan mak ayah yang datang dekat ibu tanya boleh minta kurang tak. Ibu tak pernah cakap tak. Ibu mesti akan bagi juga kurang. Alasan ibu, mak ayah dia tu dah kira kawan ibu. Alaa, tolong kawan2 juga.

Tapi jawapan ibu tetap tak payah. Ibu cakap bersangka baik lah. Entah2 mak ayahnya tu tak cukup duit. Ada kesusahan yang dia tanggung tapi setengah orang malu nak bagitahu.

Jadi dia terpaksa buat macam tu. Malu la nanti kalau kita tanya2. Ibu cakap, dapat tang tu, maknanya tu la rezeki yang Allah bagi.

Semua jawapan ibu kat atas ni buat saya termenung sekejap, tapi dalam masa yang sama saya ambil tiap2 apa yang ibu cakap supaya satu hari nanti saya jadi orang yang peduli pasal orang lain.

Dan baru saya tau kenapa ibu buat macam tu. Semua sebab silaturahim. Saya perasan, hubungan ibu dengan mak ayah pengasuh sekalipun tak pernah dingin. Semua mak ayah pengasuh tak pernah berkira dengan ibu. Kalau kami pergi mana2, ada buah tangan untuk diorang.

Kalau diorang pergi mana2 ada buah tangan untuk kami. Budak2 tu pun sangat2 rapat dengan ibu. Ada yang sampai nangis2 bila nak balik sebab taknak pisah dengan ibu.

Bahkan anak yang ibu jaga dari baby dan sekarang dah sekolah menengah pun hubungan mak ayah nya dengan ibu masih sangat baik.

Ibu sekarang jaga budak2 transit je. Ibu pun dah makin tua. Kaki kerap sakit. Tak larat nak jaga baby lagi dah. Paling saya happy, kebaikan ibu disebut sebut sampai ke hari ni.

Bila balik rumah je kadang2 ibu bercerita ada mak ayah nak ibu jaga anaknya bila dah bersalin nanti, ada yang call ibu tanya nak jaga budak tak.

Paling kelakar, kawan ibu, anaknya nak bersalin tapi sebelum bersalin dah cakap nak ibu seorang jaga anak nya lepas bersalin nanti, taknak orang lain.

Alasannya sebab anaknya yang sulung ibu yang ngasuh dan ngam dengan ibu. Last2 ibu jaga juga, tapi sekejap je la.

Ada kot dalam 4-5 bulan macam tu. Tapi yang lain semua ibu terpaksa tolak, tapi ibu tak pernah pun tolak kosong. Dia mesti akan recommend kawan2 pengasuh dia yang lain. Baiknya hati ibu.

Korang, doakan ibu saya sentiasa sihat, sentiasa dimurahkan rezeki ya. Buat pengasuh2 kat luar sana, bukann saya minta jadi macam ibu saya, tak perlu pun. Teruskan dengan cara sendiri.

Cuma satu je, bila kita jaga anak orang, ingatlah macam mana kita jaga anak kita, macam tu juga orang nak kita jaga anak dia.

Bila kita jaga anak orang, ikhlaskan hati tu, anggap anak tu sebagai amanah dan sayang macam anak sendiri. in shaa Allah kalau kita fikir macam ni, penderaan apa semua takkan terlintas dalam hati kita nak buat macam tu.

Terima kasih korang sebab sudi luang masa baca cerita yang panjang ni. Assalamualaikum.

– Anak Seorang Pengasuh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *