Pesanan Buat Puan Emillia

Assalamualaikum dan hai semua. Aku Seri, yang buat confession “Jawapan Kepada Kehidupan Terumbang Ambing”. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/jawapan-kepada-hidupku-terumbang-ambing/).

Aku depression survivor. (Pernah depression 2 kali dan berhenti belajar 2 kali), lambat habis belajar sebab sakit depression aku dan gangguan makhluk halus (selalu histeria). Habis degree umo hampir 30 dan sekarang dah kerja, dah berkahwin dan anak seorang.

Aku kembali setelah triggered dengan confession yang dibuat oleh seorang pensyarah menggelarkan dirinya sebagai Emillia, mempunyai anak lelaki 7 tahun yang tidak dapat anugerah kecemerlangan.

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/hari-anugerah-cemerlang-bukan-milik-anakku/).

Dalam banyak2 perenggan yang aku baca, yang benar2 meruntun jiwa aku ialah perenggan di bawah:

“Untuk hantar tuisyen, jadual anakku sudah penuh dengan sekolah sesi pagi dan petang, kemudian aktiviti sukan lain pada hujung minggu. Malam pula hanya tinggal masa untuk siapkan homework. Jadi, aku tidak tahu macam mana lagi untuk aku selitkan tuisyen dalam jadualnya.”

Aduhai. Anak lelaki… Umur 7 tahun dah macam gini jadual hariannya?

Aku terimbau peristiwa silamku. Mungkin ada yang tertanya2 kenapa aku depression? Sakit untuk aku nyatakan kebenaran. Puncanya ialah ibu aku yang terlalu dominan, memaksa, tak pernah berpuas hati dengan kejayaan aku, sering mengungkit kelemahan aku dan memalukan aku depan keluarga dan saudara-mara lain.

Tapi nak tahu apa yang anehnya? Anehnya aku sentiasa top 3 sejak darjah 1 sampai tingkatan 5. UPSR, PMR straight A, SPM banyak jugak A walaupun tak straight A. Tapi ibu aku tak pernah puas.

Pernah ibu aku tanya semasa sekolah, aku dah dapat no 1 dalam kelas dan tingkatan. Hanya kerana aku tak straight A, dan subjek yang aku tak A tu ada pula student lain dapat A, aku akan dimarah dan diperli, pemalas, tak suka belajar, anak menyusahkan, degil, dan macam2 kata lain.

Ada satu lagi keanehan ibu aku. Aku bukanlah anak tunggal. Aku punya adik-beradik yang lain. Anak2 yang low achiever sentiasa dimaafkan asalkan mereka rajin belajar. Aku, walaupun perform, tetapi sebab dia tak nampak aku belajar dan ulangkaji pelajaran… Aku dah disumpah seranah berbakul2.

Jadual tusyen? Bayangkanlah.. Aku bayi 80an. Kalau ingat.. Zaman kami dulu mana ada tusyen sangat. Seawal darjah 1 aku dah tusyen. Dengan jadual waktu penuh untuk belajar.. Aku juga dinafikan kegembiraan untuk join aktiviti sekolah macam sukan, perkhemahan dan lain2 atas alasan ia akan mengganggu pelajaran dan tiada nilai merit pun untuk ke universiti.

Hasilnya, aku memberontak dengan makan banyak sangat sehingga obesiti. Lagi sekali, ibu aku marah2 kerana aku terlalu gemuk dan memaksa aku bersenam dengan alat senaman yang dibeli di rumah supaya aku kurus semula.

Ya, kisah aku lain sedikit dengan Puan Emillia dan anaknya. Tapi ada perkaitannya. Iaitu betapa ibu aku obses dengan kejayaan dan kecemerlangan sekolah sehingga menafikan hak aku sebagai anak perempuan yang mahu disayangi, ditunjuk ajar, dihargai.

Walaupun aku perform di sekolah, aku rajin masuk pelbagai pertandingan wakil sekolah, aku juga sekali sekala buat persembahan main alat muzik untuk acara sekolah. Aku pengawas sekolah, tegas, lantang, tapi jiwa aku rapuh. Aku benci diri aku. Aku dah tertanam dalam pemikiran yang ibu aku hanya akan sayang aku bila aku cemerlang, akan sumpah seranah aku bila aku gagal.

Moment yang trigger depression aku bila aku gagal ujian matematik semasa di universiti. (ujian je bukan final exam). Lepas tu aku rasa nak mati, nak bunuh diri, aku dah takde nilai pada ibu aku. Sebab dulu kalau aku dapat rendah dari kawan pun dia akan sumpah seranah.. Apatah lagi gagal?

Aku ada cubaan bunuh diri, dan kemudian aku dapatkan rawatan psikiatri, disahkan kemurungan. Selepas itu baru ibu aku slow dengan aku. Menangis pagi siang malam berdoa supaya aku sembuh semula dan boleh belajar semula.

Puan Emillia,

Walaupun ibu aku perlahan2 berubah, dah tak pentingkan achievement macam dulu, tapi parut 20 tahun dia pasak dalam hati aku bukan semudah tu aku nak ubati. Sebab tu aku faham bila mana ada orang yang ibu bapanya toksik. Tak semua orang bertuah dapat ibu bapa yang saling mendukung dan mendoakan.

Ibu aku gila kejayaan sebab nak canang kejayaan aku pada kawan2 dan saudara mara dia. Punca aku sakit gangguan makhluk halus tu pun sebab ada yang sihirkan aku, cemburu sebab aku berjaya dalam pelajaran tak macam anak dia dan terasa hati dengan ibu aku yang kerap bangga-banggakan kejayaan aku. Dan memang aku disihirkan untuk gagal dalam pelajaran.

Aku tak boleh bayangkan anak Puan Emilia ini macam mana tercalarnya emosi dia. Baru 7 tahun. Aku masa ni dok main baling selipar, main batu seremban je (sebelum kena sumpah seranah dengan ibu).

Puan Emilia,

Kawan2 aku masa belajar biasa2 je.. Sekarang ramai berjawatan besar dan jadi hebat. Aku dulu top achiever sekarang masih merangkak dalam kerjaya dan kehidupan. Puan, lain anak lain karekter. Kepandaian manusia bukan IQ semata2.

Bagi aku, manusia yang hebat ialah manusia yang mantap EQ dan SQ. Lagi mantap kalau dia bagus dalam PQ. Manusia macam ni akan jadi survivor. Campaklah ke mana2 pun, dia tak susah dan jarang susahkan orang. Itu adalah lebih baik puan. Daripada menjadi seorang yang ulat buku tetapi tak tahu makna kehidupan dan akhirnya bila dapat tekanan… Mula hilang arah.

Puan,

Sayangilah anak tu. Takpe tak dapat tayang anak cemerlang itu ini. Anak bukan piala untuk ditayang2. Anak adalah amanah untuk dijaga, disayangi, diberi bekal ilmu dunia dan akhirat yang cukup. Kalau anak ingat Allah, insya allah dia akan ingat ibu bapanya.

Janganlah calarkan emosi anak. Jangan layan anak seperti ibu saya layan saya. Meskipun saya cuba memaafkan ibu saya.. Parut itu tetap ada dan saya terlalu sukar untuk berlemah lembut dengannya walau saya terlalu sayang dia.

Masih belum terlambat. Saya cadangkan puan emilia banyakkan research tentang developmental psychology untuk memahami anak2. Banyakkan baca artikel IQ vs EQ.

Saya pernah baca satu jurnal artikel lama.. Kajian selama 30 tahun kepada pelajar 1st class University Harvard kalau tak silap. Dapatan kajian 30 tahun tu… Mendapati.. Tak semua mereka berjaya dalam hidup walaupun dapat 1st class. Di situlah bermulanya barat mengkaji EQ dan kemudian sekarang SQ berbanding IQ.

Saya doakan urusan puan emillia dipermudahkan.

Dan aku mohon semua doakan aku sekeluarga harmoni sentiasa.

– Seri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *