Pesanan Buat Si Bujang Yang Sedang Bercinta

Assalamualaikum para pembaca iiumc. Semoga post kali ni admin dapat publish.

Post ini tak lain tak bukan sekadar peringatan untuk semua wanita dan lelaki di luar sana. Semoga menjadi peringatan buat semua.

Post ni diubah sikit untuk elakkan dikenali watak sebenar.

Aku bekerja di sebuah negeri yang pesat membangun, jadi tumpuan anak muda dari luar kota untuk datang mencari rezeki. Telah berkahwin dan mempunyai anak.

Di pejabat aku, ada beberapa staf lelaki dan wanita. Kebanyakkan perantau dari negeri orang. Hanya beberapa saja yang telah berkahwin.

Beberapa bulan lepas, aku dikejutkan dengan berita bahawa ada kawan sekerja aku mengandung tanpa nikah. Berita ni cukup mengejutkan semua termasuk pihak HR.

HR buat meeting tergempar untuk bincang macam mana nak handle kes ni. Atas budi bicara pihak pengurusan, si dia ni tak dikenakan tindakan tatatertib.

Dia terus bekerja, dalam masa yang sama masih takda planning untuk anak yang akan lahir tu. Bila aku bertanya, kenapa buat macam ni, dia hanya menjawab entah, dia sunyi duduk jauh dari keluarga.

Aku hanya mampu tepuk dahi. Setiap hari aku terfikir apa lah nasib anak tu nanti.

Si dia terus dalam dunia dia, pergi checkup di klinik swasta guna duit sendiri tanpa dibantu si “bapa”. Betapa useless nya si lelaki tu. Betapa cetek nya akal si dia.

Setiap minggu si dia akan dipanggil HR untuk di’review’ performance sebab makin hari makin banyak isu di tempah kerja yang dia buat, kerja tak siap berbulan2, etc.

HR juga selalu bertanya adakah dah jumpa keluarga angkat. Dia cuma cakap entah. Ini dia sendiri cerita pada aku.

Bila ditanya apa yang lelaki tu dah sumbangkan? Dia cakap takda. Bila ditanya, masih serumah ka? Dia mengangguk. Tepuk dahi lagi aku.

Dia cakap nak letak anak tu dekat baby hatch. Aku cerita apa akan jadi pada nasib anak tu kalau diletak di baby hatch. Dia murung. Tapi takda plan lain lagi.

Tak lama lepas tu, ada satu hamba Allah ni offer jadi ibu angkat sebab dia dah 10 tahun kahwin takda anak.

Dia terima dengan 1 jumlah bayaran yang hampir 10k. Aku hanya mampu terdiam tapi bersyukur dan berdoa semoga anak tu dijaga dengan sebaiknya.

Dia baru bersalin semalam. Masih takda berita dari dia.

Tujuan aku post ni, aku harap sangat, mana2 yang baca post ni, ingat lah mak ayah kita. Penat2 diorang besarkan kita, didik kita, bagi ajaran agama, kenapa kita nak rosakkan masa depan kita.

Hentikan lah benda2 bodoh macam ni. Nak bercinta, bercinta lah, tapi jangan musnahkan masa depan sendiri.

Bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu yang dah penat mengandung 9 bulan tiba2 kena serahkan anak dekat orang lain disebabkan dia khilaf. Tak penat ke? Tak sayang ke anak tu?

Bertaubat lah. Semua manusia buat kesilapan, tapi tu bukan tiket untuk kita lepaskan diri dari pegang tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Tanggungjawab terhadap Allah untuk kita jaga maruah kita.

Aku kesian dekat kawan aku tapi dia sendiri hancurkan masa depan dia. Tolong ambil ni sebagai iktibar.

Sekian…

– Madam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *