Pesanan Kepada Feminist

Salam and Hi Guys…

Terima kasih kepada admin jika menyiarkan confession aku ni. Ilmu kan kita share jangan tamak pendam sorang-sorang nanti lagi tak jernih masalah trend salahkan lelaki atau perempuan ni.

Kalau tertypo tu sorry eh. Harap baca dengan lapang hati, tenang dan terbuka.

Bismillah…

Sebenarnya aku dah lama nak confess isu ni. Cuma tangan aku saja berat nak taip kat IIUM Confession.

Lelaki malas nak kecoh, nak taip panjang-panjang kadang berdiam lebih baik. Tapi sampai bila kan?

Aku perasan Malaysia kini menerajui zaman keemasan bagi Feminism. Serius lama dah aku perati benda ni. Selain itu apa yang aku nampak sendiri dari pengalaman keluarga, rakan dan orang sekeliling.

1. Kualiti.

Kita makin kehilangan perempuan yang berkualiti. Korang perasan tak di media sosial berlambak gambar dorang selfie, bertik-tok, buat video, jadi model, jadi pelakon. Ramai gila mostly 70% kat dalam tu.

Aku tak add or friend pun muka depa ni asyik naik kat wall aku. Kadang aku terfikir korang ni banyak masa eh nak jadi attention seeker or mangsa lelaki yang berpenyakit hati.

Yang bertudung, berniqab, berpurdah dan free hair berlambak post gambar. Bagi aku la kan sebaiknya tersembunyi, tertutup, rasa malu dan tolong lelaki jaga iman.

La buat quotes-quotes agama /motivasi pun letak bunga or gambar nature saja yang simple2 jujur aku cakap lelaki respect dan ada rasa hormat kat korang. Ni tak guna filter bagi lawo muka lepas tu salahkan lelaki tak jaga pandangan.

2. Kaki Lepak.

Kalau aku ke mall ramai gila budak perempuan lepak. Kadang aku terfikir korang ni tak takut keluar rumah ke malam-malam, mak korang kat rumah siapa tolong buat kerja rumah, tak takut ke orang culik, rogol, rompak atau berniat tak baik. Berani sungguh.

Bila masuk news kena culik waktu malam pula malas nak komplen sendiri cari pasal yang kau berkeliaran sampai 1 @ 2 pagi tu kenapa?

Kecuali yang kerja shift malam cari rezeki buat keluarga takpelah dikecualikan ni kadang jatuh air mata jantan aku perempuan baik tak bersalah jadi mangsa.

3. Fesyen dan Pembaziran.

Fesyen pun makin merapuh dah depa ni. Sakit otak kalau aku jadi suami depa. Orang dengan ekonomi kurang cantik sebab kobid ni berjimatlah.

Ni aku baca pengakuan berani mati seorang perempuan dalam komen setiap kali gaji dia akan beli berbelas tudung sampai almari dia penuh nak tumbang. Kita suami ni bukan kedekut tapi fikir long term untuk savings dan kecemasan.

Korang boleh predict ke korang sihat, helok dan kerja selamanya. Lagi satu aku ada terdengar ceramah ustaz Adi Hidayat yang setiap pakaian kita akan dihisab.

Jenuh nak jawab untuk 10000 tudung, 20000 kaju kurung, 9000 scarf, 8000 seluar, 30000 blouse. Lepas tu pakai cantik2 bukan untuk suami tapi tatapan lelaki hidung belang kat luar sana.

4. Self Management.

Lagi satu aku perasan depa ni tak tahan duduk rumah nak keluar je. Mak kita dulu-dulu kau peramlah setahun kat rumah tak komplen langsung. Jiwa tu nak hidupkan rumah ala-ala Jannah gitu. Suami dah bagi izin kebenaran bekerja tapi ketegaq nak keluar juga.

Kerja rumah berlambak masa cuti saja nak buat ni kau pergi bonding la, Me-time la. Aku faham stress kerja kat luar tu tapi kau dah pilih bekerja pandai-pandailah manage masa.

5. Isu tak cukup nafkah.

Ni pengalaman aku sendiri bila kawan aku kena fitnah macam-macam kat mahkamah oleh bini dia. Sedih weyh sebab aku salah sorang nampak dia struggle penuhi keperluan anak bini dia. Buat 2-3 kerja. Aku rasa nak jerit saja kat hakim tu bini dia ni kaki fitnah. Loan PTPTN, Loan Kereta, Loan Rumah, nafkah RM800 bulan-bulan bagi, Duit dapur RM400 bulan-bulan kawan aku bagi.

Tak pernah skip. Kad kredit kawan aku pun dia share dengan bini dia bagi password bagai. Kak kau belajar agama ke tak? Nafkah wajib tu adalah tempat tinggal, makan, minum dan pakaian sahaja. Yang lebih2 tu cari sendiri yek.

6. Pemalas.

Ha ni aku takut dapat bini pengotor, pemalas dan ratu tidur di singgahsananya. Kahwin beria tapi dalam rumah macam orang cacat. Husben tu sebelum pergi kerja dia kena mandikan anak2 dulu, balik kerja basuh berak anak, buka tudung makanan kosong tak masak apa.

Penat kot kerja kat luar kena maki dengan bos, berhujan, berpanas balik rumah kebulur. Sama-samalah berkorban ye dak. Macam mana tak timbul isu laki melepak kedai mamak 24h nak balik rumah takde hati.

7. Trend Hantaran mahal.

Orang melayu kita ni macam menyimpang jauh dah. Mudahkanlah urusan membina masjid.

Aku lagi kesian bila depa lepas kahwin. Rumah masih sewa, bayar personal loan, perabot takda, setengah mati kumpul duit nak tengok komitmen konon. lepas kahwin kena kejar ah long dan bank.

Kau kahwin sehari saja sanggup bazir 20K dan 4k setiap 4 jam majlis hanya nak puaskan hati orang kau yang tanggung bayar hutang sampai beranak-pinak.

Kalau perempuan tu level nenek or mak aku zaman dulu jenis taat, tak melawan, tak degil, tak kuat merajuk sedia berkorban susah sanang takpe juga. Ni lepas kahwin tak boleh deliver as wife. Nak makan pisang goreng dan cekodok pun kena beli kat luar.

8. Tak insecure.

Orang yang tak yakin agama dalam hidup mulalah ambil ahli kerja Tuhan.

Eh, aku kena kerja nanti ada gaji sendiri boleh survive kalau laki tinggal

Eh, aku kena paksa husben tukar nama aku untuk semua aset dia nanti cerai aku tak dapat apa2

Eh, aku kena jadi wanita bekerjaya biar suami tak pandang rendah dan pijak2 aku

Kalau kau as wife jaga tip top, tak melawan, tak membangkang, tak seolah2 menjadi nahkoda dalam kapal, deliver as wife, tak berkira buat kerja rumah, bersederhana, tak meminta di luar kemampuan suami, boleh ikut plan future bersama suami tak payah risau itu la, ini la.

Kami lelaki ni dapat isteri baik in sha Allah kami akan prepare semua untuk korang tanpa paksa-paksa.

9. Lupakan sirah.

Depa ni banyak yang depa banggakan tu LALALISA MONOBAN tu ha. Baca ke tak perjuangan wanita dulu. Easy gila Para sahabat nak buat kerja, tak pening, tak stress.

Suruh duduk rumah taat duduk rumah, Jangan layan lelaki mereka taat, jangan berhias berlebihan mereka taat. Ok saja hidup depa, bahagia, harmoni dan berkekalan hingga akhir hayat.

Ni suami cakap A, korang ketegaq dengan fahaman feminism ayah pin korang tu. Mana tak punah ranah rumahtangga. Rajin-rajinlah baca dari dok melayan drama tak membina dan banyak berangan tu.

10. Ilmu rumahtangga.

Kalau aku buat test ni untuk semua perempuan kat Malaysia confirm tak sampai 10% lulus. Kadang aku terfikir juga kenapa para ibu dulu lebih bijak mendidik anak semua berjaya jadi manusia.

Maka kita dulu SRP saja ada yang sekolah sampai darjah je, ada yang tak reti membaca dan mengira tapi anak-anak hebat dari segi akademik dan akhlak.

Ibu kita zaman urban ni PHD, MASTER and DEGREE holder tapi kualiti anak-anak sedih tengok. Sebaiknya wanita tu duduk di rumah didik anak sungguh-sungguh nanti kita dapat kurangkan risiko para penjenayah, politikus bebal, suami tak berkualiti dan anak-anak biadab.

Besar nanti dah kawin korang kata lelaki tak berkualitilah, salah pilih pasangan hiduplah, lelaki tak romatik macam Nabi, lelaki tak pernah salah la. Korang as ibu patutnya lebih banyak masa mendidik dari pegang fon memanjang atau berkeliaran di luar.

Honestly pengalaman aku kawan-kawan yang ibu dia surirumah sepenuh masa yang baik2 ni selalunya melahirkan anak-anak lelaki yang Family man, penyayang, bertanggungjawab dan matang.

Ye la ibu depa Depa nak minta pendapat, mendengar, ditegur, beri semangat, disayangi kat rumah selalu ada 24h.

11. Equality.

Nampak tak korang sebagai perempuan jadi complicated. Korang tak kenal diri korang betapa Islam memuliakan wanita. Korang ubah apa yang Islam dah gariskan. Kerja korang tak nak buat, kerja lelaki nak buat pula

Nak equality tapi bila suruh buat kerja lelaki “Eh kami women okeyh tak boleh buat kerja berat-berat ni”

Nak gaji sama rata bila suruh tombak sawit, kerja construction, kerja repair jalan “Eh kami perermpuan kot, tak kan kerja berpanas bukan tu kerja lelaki ke?

Nak pangkat sama tinggi dengan lelaki tapi bila kerja banyak jadi moody, lagi2 period dan pregnant habis satu office kena maki. Tu sebab jangan memandai ubah apa yang Islam dah gariskan.

Tak semua kerja lelaki korang boleh buat. Allah dah cipta helok dan cantik je. Lelaki ada peranan, perempuan pun ada peranan. Muhasabah diri bersama dan jadikanlah pasangan dan pernikahan satu motivasi kita menggapai redha Allah dan SyurgaNya.

12. Aurat.

Pasal Poligami bising, tak nak terima sunnah konon menzalimi dan menganiaya para isteri. Yang korang post gambar gedik, pakai baju kurung ketat ikut shape, tudung nampak dada kat facebook, instagram dan Tik Tok tu jadi tatapan lelaki bukan mahram tu halal pulak.

Terima Kasih baca confession aku yang panjang berjela.

– Detective Malaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> http://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *