Pesanan Kepada Feminist II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pesanan-kepada-feminist/).

Salam dan Hi warga IIUM Confession… Terima kasih kepada admin jika menyiarkan confession kali kedua aku. Confession pertama ada kaitan dengan penulisan aku kali ni.

Maaf jika tertypo atau penulisan aku berterabur. Kalau rasa anda bukan golongan feminisme jangan kalut, gelabah dan terasa ye.

Kalau rasa nak tahu rahsia feminisme ni lebih jauh boleh scroll bawah lagi, Kalau rasa tak nak , baiki diri, pro-feminisme, tak nak berubah dan keras kepala boleh baca the next confession.

Aku tak paksa korang nak mengamuk, tak setuju, kecam dan maki silakan yang penting aku sampaikan yang reality sebenarnya yang berlaku walaupun pahit untuk ditelan.

Dari korang sanjung confession aku yang menjanjikan bulan bintang tapi korang hanyut dengan labu-labu angan mat jenin korang tu.

Okay guys semalam tak habis lagi aku tulis ni sambungan sikit.

Sambungan….

13. Kebebasan

Feminisme ini sukakan kebebasan. Aku faham korang bukan burung kena kurung dalam sangkar memanjang.

Tapi nampak tak bila kebebasan diberikan kepada perempuan?, bila mereka ni keluar berduyun-duyun dari rumah?, makin berlambak jenayah, kes penculikan, kes curang, kes penceraian.

Ye la mangsa kat mana-mana apa lagi habuan kat pemangsa la. Mostly mereka salahguna kebebasan yang diberikan. Perempuan sekarang kuat maki, tinggikan suara, kesopanan dan kesusilaan dah hilang.

Aku bersyukur sangat aku tak kerja sebagai polis atau pegawai agama yang handle masalah jenayah dan penceraian laki bini.

Maybe sekarang aku kat hospital sakit jiwa dah. Perempuan dulu senang nak handle jarang jumpa kaki fitnah, cakap jujur, malu berbohong, berbudi bahasa.

Zaman sekarang kau yang tak salah dia boleh play victim 360 darjah. Kebaikan kau as husband dia boleh lupa, berani fitnah dan cakap bohong di mahkamah.

Mereka kalau nak menang nak menang juga sebab mereka ni kebal di Malaysia bila minta simpati di sosial media dan kes viral, netizen lebih backup mereka dari kau yang sebatang kara.

Ye la kebebasan dah diberikan. Keluar rumah dah bercampur macam-macam orang, kena brainwash fahaman Ayah Pin Feminisme hilang dah beauty of Heart and Brain tu. Asyik nak menang je.

Kecuali yang kes memang wanita tu kita kenal seorang yang baik dan teraniaya oleh suami macam kes dera, kes rogol dan kes pedophile ke takpe kena ambil serius, protect dan tolong selamatkan mereka.

14. Hubungan intim/Layanan

Ni parah. Sorry aku terpaksa sentuh isu ni. Memalukan tapi ini reality. Kau ingat bila dapat isteri lawa, flawless, putih melepak, pandai bergaya lepas kahwin pandai layan ke?

Hahahaha jangan tertipu guys tak semua. Susah mereka nak beri dan macam-macam alasan mereka akan create. I penatlah, I mengantuk, I nak tido awal, I sakit kepala la.

Ada yang berbulan tak dapat layanan intim. Tu yang ramai suami gila pergi layan porno, layan budak wechat, langgan pel*c*r, layan officemate.

Ada seorang Mat Salleh dari US ni dia buat table kekerapan berhubungan intim selama 30 hari. Dalam table tu jika isteri menolak dia akan tulis alasan.

Kau tahu tak hanya 3 kolum je yang berisi , 27 hari lain, wife dia beri alasan sakit kepala dan penat. Parah tak isu ni?

Feminist ni bising kalau korang berpoligami, usha awek2, kantoi curang tapi bila ajak bersama nak cepat habis je bukan bagi suami feel dan kemudi. Nak tamak berlaki sorang tapi layanan low class.

Pandai-pandailah ambil hati dan menggoda suami, pahala dapat dan malaikat tak laknat korang. Bila perut dah berisi dan peluru dah keluar takde maknanya kami bernafsu tengok perempuan kat sosial medi, tempat kerja dan di luar sana.

Bukan nak merendahkan martabat korang tapi bagi aku melampau dan bias kepada lelaki-lelaki lindungan kaabah yang baik-baik ni turut dapat tempias.

Ramai je suami yang baik cuma tak mendapat liputan media sosial je. Aku kasihan tengok perempuan di Malaysia ni kena cerai, kena tinggal, kena curang, kena pukul.

Dah tiada sinar kebahagiaan ke buat korang ni, ada yang takut nak kahwin, ada yang nak hidup membujang sampai tua sebab trauma.

Hari-hari berita sama so aku cuba buat kajian dan cari punca setelah kawan-kawan aku jadi experimen, mereka share pengalaman ditambah kerja aku banyak berurusan dengan orang so aku perhati, aku fahamkan dan cuba cari punca dan penyelesaian.

Korang selalu tunding jari kat lelaki tapi lupa korang pun buat silap. Perempuan yang baik dia jarang tuding jari kat orang lain tapi dia akan cuba baiki diri, dia tak kata dia baik tapi dia cuba untuk menjadi terbaik.

Allah akan hadirkan yang baik-baik juga la. Pegang janji Allah. Orang baik tu umpama gula. Tak perlu jadi perhatian semut akan datang cari.

Sedarlah korang sangat ketinggalan dengan perempuan/isteri/wanita di negara-negara lain. Kita di Malaysia ni masih sibuk pasal fesyen, kosmetik, suami kaya raya, rumah design apa, gosip artis, mengumpat.

Kat negara lain isteri-isteri mereka kini memicu peradaban dan pembangunan modal insan yang kompeten.

Aku bagi contoh beberapa negara yang tidak mengamalkan sangat pun feminisme ni tapi hidup mereka serba cukup, bahagia dan terjamin.

Nak jadi surirumah kena berilmu juga bukan yang kosong-kosong laparkan perhatian lelaki di media sosial, 24 jam berkepit dengan phone tak guna juga baik kau kerja tolong suami at least dapat isi masa lebih bermanfaat dan tambah pendapatan keluarga.

1. Jepun

Kebanyakan wanita/ isteri bangsa Jepun tidak bekerja, Ramai yang menjadi surirumah sepenuh masa, suami sahaja bekerja dan menampung keluarga. Mereka korbankan kerjaya, kecantikan dan kebebasan untuk mendidik anak bangsa Jepun.

Mereka mengurus rumah, mendidik anak, hantar anak ke sekolah, ajar anak belajar, bawa anak mandi, ajak anak bersiar, berkomunikasi dengan anak, boleh dikatakan ibu-ibu di Jepun hanya berenggang dengan anak mereka jika anak ke sekolah dan waktu tidur sahaja.

Pernah satu hari tu aku di Jepun nampak seorang ibu bawa anak-anak dia bersiar di taman area Osaka. Mak dia macam cakap something kat anak dia pergi tegur Tourist berbangsa Belanda.

Bila aku tanya Sensei aku dia kata itu biasa di Jepun sebab mak nak latih anak mereka pandai berbahasa asing, membina keyakinan diri dihadapan orang dan sentiasa ramah. Tengok je Jepun sekarang maju, kaya, indah, bersih, beradab, berbudi bahasa dan dihormati negara jiran.

Aku lagi terpegun bila ada suatu video tu menunjukkan pelajar Jepun ingin melintas jalan dan meminta kereta berhenti setelah melintas budak perempuan tu tundukkan kepala dan badan beberapa kali sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada kereta-kereta yang memberinya laluan melintas.

Siapa punya didikan mestilah ibunya di rumah. Tak pasal-pasal ibu-ibu Jepun mendapat nama sebab Bangsa Jepun yang memiliki adab yang tinggi.

2. Pakistan

Tak semua la ye tapi ada beberapa orang yang ku kenal. Aku kenal abang Ihsan dari pakistan ni. Dari dia merantau belasan tahun lagi sampailah sekarang. Dulu dia just bekerja dengan orang tagih hutang dari rumah ke rumah sekarang ni dah ada 5 perniagaan kedai runcit dan kedai kain.

Rumah dan kereta beli cash tanpa berhutang. So aku tanya apa rahsia hidup dia? Sebab isteri dia jenis dengar kata, tak bagi pening, senang dia buat kerja dan cari rezeki.

Isteri dia duduk rumah je jaga anak tapi sentiasa dihadiahkan emas oleh Abang Ihsan tanda terima kasih atas pengorbanan dan kesabarannya susah senang bersama.

Mereka di Negara Pakistan wanita/ isteri duduk dirumah hanya lelaki sahaja cari rezeki. Demi keselamatan dan maruah isteri mereka tidak mengizinkan isteri-isteri ini keluar rumah atau dilihat lelaki lain.

Dia terpaksa bertegas dan marah kalau isterinya bazir benda tak perlu. Aku nampak majunya hidup mereka laki bini. Isteri yang baik membawa keberkahan rezeki dalam hidup suami.

3. Turki

Wanita Turki pada amnya setia pada rumah, suami dan anak-anaknya. Kesetiaannya kepada suami dan keluarganya tidak berbelah bagi.

Mereka melindungi nama baik suaminya, selalu berada di samping suami dalam keadaan apapun, mendukung dan mencintai, hormat dan setia, ramah, memberikan layanan baik kepada tamu yang datang ke rumahnya, murah hati dan wanita yang tidak suka bergosip.

Wanita-wanita ini tidak pernah berselisih dan tidak menyebabkan kekacauan. Selalu memberikan ketenangan dan kedamaian. Tapi kualiti dan gaya hidup mereka maju dan mewah.

Ibu-ibu di Turki amat cerewet dalam mendidik anak-anak mereka walaupun nampak kasar dan tegas tapi Anak-anak turki mandiri, terampil, bijak, beradab, peramah dan pemurah.

Tengok je la Turki sekarang sibuk pasal Palestina dan maju dalam semua aspek. Maju pun agama seiring bersama. Bila Turki maju segala kelebihan percuma diberikan kepada rakyatnya.

Tengok tak benda ni akan berbalik kat korang as perempuan/wife. Manalah tahu rezeki anak korang jadi perdana menteri berkat usaha korang mendidik anak tersebut jadi PM yang mengagihkan kekayaan sama rata untuk dinikmati bersama rakyat.

4. Minangkabau, Indonesia

Jarang orang Minangkabau berdepan dengan masalah nafkah tak cukup atau menanggung biawak hidup.

Anak-anak lelaki mereka sudah diajar dari kecil berdikari mencari rezeki dan bila dewasa kebanyakan mereka akan merantau untuk mencari rezeki. Tiada istilah merajakan/ memanjakan anak lelaki dalam budaya minang.

Selagi mereka tidak berjaya mereka tidak boleh pulang. Anak lelaki Minang dididik dengan berdikari, didekatkan dengan masjid, diisi dadanya dengan ilmu agama sebelum mereka merantau jauh mencari realiti dan kelangsungan hidup.

Mak-mak mereka bukan sibuk bertik-tok ye tapi sibuk mendidik anak lelaki mereka erti tanggungjawab dan memiliki daya fikir yang tinggi terhadap masa hadapan mereka bila sudah berkahwin tak silap aku kena sediakan rumah dan sebidang tanah untuk isteri.

Lepas kahwin pun isteri mereka dapat lebih banyak pembahagian harta untuk menjamin kehidupan si isteri. Banyak orang minang ni kaya raya, banyak perhiasan emas dan tanah-tanah kerana anak-anak lelaki dididik betul-betul cari rezeki ya.

Di Malaysia aku pelik boleh pula makbapa hadiahkan PS5, kereta, iphone, buang masa main game, melepak, seluar dalam pun makbapa beli.

Ni la didikan korang tu bila besar dah kahwin semua jadi biawak hidup. Ini yang sepatutnya betul bukan korang yang feminist ni sibuk bekerjaya, tinggalkan rumah tunggang-langgang, abaikan suami dan anak sebab nak kumpul aset peribadi sebagai jaminan sendiri konon.

Tiba-tiba kena cerai, anak-anak jadi biawak hidup sebab kau takde kat rumah untuk mendidik. Anak kau tu kahwin dengan anak orang lain benda sama berulang isu tak cukup nafkahlah, guna duit isterilah.

Ok aku bagi 3 contoh je la panjang pula nak type. Bukan nak menangkan lelaki tapi mereka dah cari rezeki 9-6 tu bagi aku cukup penat dah. Lagi kesian yang buat 2-3 kerja atau yang kerja shift macam driver loti. Takkan balik nak tengok anak lagi. So harapkan koramglah sebagai surirumah.

Kamii cari rezeki. Islam tu Adil. So korang nampak kan feminisme tu tak bermanfaat pun untuk negara dan keluarga kita. Sebab Islam tak mengajar kita sikap pentingkan diri, menyalahkan orang lain dan berpecah-belah.

Korang jangan lupa cara Iblis dan yahudi rosakkan sesebuah negara Islam itu bermula dengan merosakkan ibu dan para wanita. Itulah yang berlaku sekarang ye. Harapan aku agar Malaysia makmur dari perempuan-perempuan berfahaman feminisme ni.

Aku nak Malaysia maju, memiliki rakyat yang beragama, beradab, berbudi bahasa, kaya dan bersaing yang dididik oleh ibu-ibu benar dan berilmu. Bukan yang rajin menyalak tapi tin kosong-kosong je. Bukan ibu-ibu bekerjaya tapi anak sumbat main henfon je 24 jam.

Kalaulah feminisme ni bagus dah lama Malaysia ni makmur dan maju berpendapatan tinggi, anak-anak kita menguasai ekonomi tapi apa jadi lagi ramai jadi kuli orang asing, lagi ramai penjenayah, lagi ramai miskin dan lagi ramai bercerai-berai.

Begitulah cycle adat dan budaya orang melayu islam kita di Malaysia sentiasa penduduknya masalah laki bini bercerai, masalah sengkek duit, gosip artis walaupun makin ramai wanita bekerjaya.

Aku pun nak ada pemimpin macam Erdogen tu rakyat Turki kaya, berpendapatan tinggi, terbela dan hidup aman makmur tapi apakan daya aku tak boleh beranak korang perempuan je la yang boleh lahirkan dan didik anak tu molek.

Maaf salah silap, terlanjur kata dan bicara terima kasih kepada pembaca yang setia sehingga akhir confession aku.

Aku bukanlah pandai menulis guna bahasa tersusun, kemas dan hebat walaupun carca merba tapi banyak input dan point penting korang jadi rujukan. Nak kecam silakan tapi this is Truth.

Aku tak nak korang tertipu dah yang mana fahaman feminisme ni akan memakan korang sendiri percayalah sampai tua korang akan bermasalah dan tidak tenang walaupun gaji dan pangkat korang lagi tinggi dari lelaki.

Aku happy korang bahagia, dapat suami dan anak yang baik, hidup serba cukup tapi please betulkan diri korang as wife/ ibu dan belajarkan menerima kelemahan.

Tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia dengan syarat Islam, iman dan ilmu yang betul. Bukan Feminisme itu dari pengaruh barat.

Terima Kasih.

– Detective Malaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> http://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *