Pesanan Kepada Yang Bergelar Suami Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Cempaka Sariwati (bukan nama sebenar). Menetap di Kuala Lumpur.

Harap artikel ini dapat diterbitkan oleh admin. Saya ingin menyampaikan pesanan kepada lelaki dan wanita yang bergelar suami dan isteri. Juga pesanan kepada lelaki dan wanita bujang.

Pesanan untuk yang bergelar suami dan isteri:

1) Ingatlah pasangan anda setiap waktu. Pasangan yang menerima anda seadanya, yang sedia hidup bersama dengan anda hingga ke akhir hayat.

2) Sekiranya masa bujang dulu anda pernah berkawan dengan sesiapa tapi anda berkahwin dengan orang lain, lupakanlah yang lama, fokus pada pasangan halal sekarang saja.

Jika yang lama tu cuba hubungi anda, abaikan. Block terus. Bukannya melayan acah acah kawan baik.

Anda dah ada pasangan yang cintakan anda, ada anak, apa lagi nak daripada orang lain. Syaitan memang akan sentiasa menghasut untuk runtuhkan rumahtangga.

Jadi kita sebagai hamba Allah ni kena la lawan. Bukannya ikut hasutan tu. Block, delete phone number orang tersebut jika dah tak bekerja bersama dah. Sudahlah.

3) Kasihan pada pasangan anda yang usaha gembirakan anda. Pandang wajah dia lama-lama. Dia terima anda masa anda di bawah, kenapa bila dah di atas, anda curang pula.

Kenapa nak melayan jantina lain-lain lebih-lebih tanpa urusan penting. Hentikan. Haram perbuatan anda itu.

4) Hormat pasangan dan diri sendiri. Anda melayan orang lain dalam diam, tanpa pengetahuan pasangan, bukan atas urusan rasmi, itu bermakna anda tidak hormat pasangan anda.

Anda juga tidak hormat pada diri sendiri kerana membawa diri sendiri melakukan perbuatan haram.

Pesanan kepada lelaki dan wanita bujang:

1) Kurangkan interaksi berlebihan dengan suami atau isteri orang. Tak kiralah melalui mesej, panggilan telefon atau berjumpa. Kecuali betul-betul ada emergency, atau urusan kerja penting.

Bukannya sengaja contact sebab teringat-ingat, sebab dah lama kawan. Mesti ada batas.

2) Henti mengganggu suami atau isteri orang. Tak perlu anggap dia kawan baik, walaupun sebelum dia kahwin anda pernah flirt dengan dia.

Sudahlah. Orang tu dah kahwin pun. Delete terus phone number, Facebook semua. Syaitan suka hasut kita buat kerja haram ni.

3) Punya ramai lagi orang bujang, kenapa nak diganggu pasangan orang lain? Takde self respect kah? Tak payahlah nak cakap kawan baik. Sudahlah. Menipu saja semua tu. Hentikan terus mengganggu.

Anda bayangkan apa perasaan anda jika pasangan halal anda bermesej-mesej dengan lelaki atau wanita lain setiap hari? Sampai ke malam pun nak bermesej, apa benda tu?

Saudara saudari, benda begini, hanya Allah dan agama saja menjadi benteng kita. Bila rasa nak contact suami atau isteri orang tanpa urusan penting, fikir balik, perlukah?

Apa pasangan dia rasa kalau aku contact ni? Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Jika anda buat juga, ketahuilah kafarah itu ada. Allah Maha Adil.

Apa benda tak elok yang kita buat memb**itkan orang lain, menyebabkan orang lain sedih/ kecewa atau runtuh rumahtangga, kafarahnya 100 kali ganda lebih hebat buat anda.

Jauhkan diri kita semua daripada menjadi HOMEWRECKER.

Jauhkan diri kita daripada mengganggu suami atau isteri orang.

Dah la ganggu suami/isteri orang, ada orang bujang yang suka, dia reject pulak. Dasar tak cerdik.

Sekian…

– Cempaka Sariwati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *