Pesanan Pada Aku Yang Dulu

Assalamualaikum semua pembaca.

Sungguhpun kedudukan aku ni tidak layak untuk memberi nasihat, aku rasa aku perlu jugak sampaikan pada adik2 20-an dari seorang kakak lewat 30-an yang menyesali usia 20-an nya.

Aku dulu boleh dikatakan gadis yang banyak cela dosa yang amat aku kesali dan sekarang aku sedang berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah swt. Sungguh tak sempurna, sebab tu aku rasa tak layak memberi nasihat, tapi aku tetap ingin. Supaya adik2 di masa kan datang tak merasa kesal seperti aku.

1. Usah berbangga ramai lelaki yang mendekati mu, ia bukan lah satu kemuliaan.
– Tak semua lelaki mendekati kita sebab nak memperisterikan kita. Aku dulu suka berkawan dan dalam ramai2 kawan, ada yang dalam tak sedar menyimpan perasaan. Nak kata cantik tu tidak lah, tapi mungkin ada yang buat mereka tertarik. Yang pasti, masa tu ada sedikit riak dalam diri aku seolah2, aku meletakkan satu level yang tinggi untuk memilih pasangan hidup. Yang tidak melepasi level tersebut aku tolak mentah2, kecewakan mereka, ada yang sampai kena buang universiti sebab frust dan aku tetap dengan ego aku buat tak tahu. Ya, benda ni buat aku jadi seorang yang ego dan aku rasa hebat. Sampai lah satu tahap giliran aku dikecewakan, masa tu tak ada seorang pun yang ingin mengubati bahkan ada yang mentertawakan aku.

2. Kurangkan berpakaian sendat
– Aku dulu pakai seluar jeans sesendat yang mampu. Yelah, kaki kurus cantik. sekarang aku dah kahwin, aku alami kompilasi untuk mendapatkan zuriat. Mungkin kah sebab tekanan pada perut atau rahim aku dari zaman muda dahulu? Ini akibatnya? Doktor pun ada menasihatkan aku pakai kain, pakai cullotes. Bagi la perut tu bebas sikit. Lagi satu, makin ketat berpakaian tu, aku rasa lelaki akan fikir ‘mudah’ nya nak dapat kau. Sekarang bila tengok adik2 20an pakai jeans, baju ketat2 tu, risau je aku tengok…nak2 pulak fesyen tudung jerut leher skrg tu. Kesian.

3. Banyakkan makan berkhasiat
– Aku paling tak suka makan sayur. Sekarang dah tua baru nak terhegeh berbaik dengan sayur. Satu lagi ketagihan dulu adalah kopi dan air bergas. Percayalah apa yang kita makan sekarang, kesannya mungkin tak nampak sekarang. Dah tua cam aku ni baru lah menyesal. Perut aku ni mudah sangat sakit. Silap makan sikit terus la memulas2 dan effect jugak pada period. So better berhati2 lah. Asam pun aku suka dan sekarang aku rasa macam kulit perut aku ni nipis je…sensitif je manjang. Tiapkali gi klinik, doktor pun dah agak aku sakit apa. Mesti berkait ngan perut. Even aku kontrol makan sekarang pun, kesan jangka panjang dari yang aku makan dulu tu masih ada.

4. Jangan bercinta kawan sekelas.
– Aku dulu masa putus cinta, aku mengamuk2 kat ex aku dan jugak girlfriend baru dia sekali. Buruk sangat perangai aku masa tu. Aku marah bukan sebab putus tapi sebab aku rasa aku dah kalah pada perempuan lain. Kalau fikir otak matang sekarang, memang lah aku akan sekeh aku yang dulu tu dan cakap tu bukan jodoh kau. Kalau jodoh dipaksa2 camtu, silap2 aku dah jadi magsa dera ke kena cerai pas sehari kawin ke, yelah kena paksa kan. Lelaki macam2 boleh buat. Sepatutnya masa tu aku end up dengan cara baik dan terima takdir…takde lah aku nak awkward pegi reunion sekarang. Tak pasal2 bini dia pandang sinis, kawan2 lelaki pun jauhkan diri sebab tahu kau ada history.

5. Jaga hubungan dengan keluarga
– Jiwa muda, aku selalu memberontak dengan abang2 aku dulu. Aku marah dan buat perangai buruk dengan kakak ipar aku, sudah nya masa aku kawin diorang tak datang kenduri aku even aku da minta maaf dan jemput diorang. Mungkin perangai aku dulu effect sampai sekarang, aku buat apa pun keluarga aku macam tak heran. Aku rasa aku dah berjaya habis tapi hubungan keluarga aku tak jaga. Sekarang baru nak pulihkan balik. Susah memang susah, tapi tak salah usaha kan? Jadi jagalah hubungan kekeluargaan korang. Sebab masa susah nanti, memang BFF macam mana pun susah nak tolong, baik buruk pun kau tetap akan balik pada keluarga kau.

Wassalam.

– Kakak2 sangat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit