Pesanan Seorang Ayah

Assalamualaikum. Thankss admin jika kisah ini disiarkan. Serba ringkas tentang diri aku. Aku anak bongsu dari 10 orang adik-beradik. Dan dipanggil adik. Maaf kalau bahasa aku gunakan ade yang tak faham dan tunggang-langgang.

Sejak kecil lagi aku memang rapat dengan ayah berbanding dengan mak. Maybe ayah yang menjagaku ketika mak keluar memotong getah.

Walaupun adik beradikku ramai tapi kebanyakan sudah berkahwin. Hanya tinggal 2 orang abang dan seorang kakak di rumah. Ayahku suka bergurau. Pernah satu hari tika aku pulang dari sekolah kerana terlalu letih, aku tertido di kerusi panjang yang ayah selalu berehat.

Bapa saudaraku ade datang rumah dan berborak dengan ayah. Suasana jadi sunyi sepi tiba-tiba dan aku merasakan seperti ade seseorang yang bermain rambutku. Dan aku mendengar kembali suara berborak.

Selepas bapa saudaraku pulang. Aku bertanya ayah. Adakah ayah yang mengusikku. Ayah menjawab. Hantu kot. Sebab ayah berborak kat luar tadi. Dan berlalu pergi. Aku pun cakap. Mane ade hantu di siang hari. Dari jauh nampak ayah tersengih-sengih.

Ayah aku nie kalau bercakap suke berkias. Pernah satu hari, ayah bertanye. Adik dah solat ker belum??Aku menjawab, belum lagi ayah.

Aku ingatkan ayah nak bagi tazkirah. Rupe-rupenyer ayah aku menjawab. Habis tuu. Nak tunggu bila baru nak solat. Nak tunggu mati dulu ker. Aku pun diam terus ambik air wudhuk. Ayah aku nie memang suke bergurau tapi garang jugak orangnyer sebab hanya aku 4 beradik tak merasa dirotan.

Ada satu hari ketika aku dan ayah memancing bersama-sama di kebun. Ayah bercakap dengan mak.

Kalau aku mati wehh, sape lah nok jage mung… dan memandang ke arahku (maksudnyer seandainyer abang pergi dulu. Siape nak jaga awak) dan ayah mengizinkan mak berkahwin lain seandainya dia telah tiada. Mak hanya menganggap ayah bergurau seperti biasa.

Ayah juga pernah berpesan, Dik… Hidup niee biarlah berdikari di atas kaki sendiri. Jangan harapkan orang lain. Pada bulan itu juga ayah menghembuskan nafas terakhir usai solat zohor di pangkuan abang keduaku yang mengajar mengucap.

Mak aku tertibe pengsan. Dan aku hanya terdiam kaku. Semua yang mengenali ayah. Terkejut dengan kematian ayah yang tibe-tibe. Tanpe sakit ape-ape. Aku baru berusia 13 tahun ketika itu. Dan seorang kakak dan abangku masih di bangku sekolah. Sedih tu hanya Allah yang tahu.

Penat aku belajar. Tapi tak dapat ku balas jasamu ayah. Ayah aku buat macam-macam kerja untuk membesarkan kami adik-beradik. Bertukang, berkebun dan lain-lain lagi.

Sejak dari itu aku tak berapa minat belajar. Dan hanya belajar di sekolah sahaja. Sungguhpun begitu, masa yang ade, aku membantu emak menanam sayur untuk jualan bagi makan minum sekeluarga.

Mak bekerja keras membesarkan kami 3 beradik dengan pendapatan yang tidak seberapa. Pernah aku melarang mak bekerja. Tapi jawabnyer emak. Kalau aku tak kerja, siapa yang hendak memberinya duit?

Aku hanya diam. Terpanah di lubuk hati yang paling dalam (masa tu aku masih lagi bersekolah). Kakakku yang telah bekerja ada memberi wang ringgit namun masih belum mencukupi.

Bertahun berlalu dan mak mulai jatuh sakit. Dan masuk ke dalam wad hampir 2 bulan sekali. Pada masa ini, alhamdulillah aku dah bekerja. Dan memberi sedikit wang dan membeli barangan dapur sahaja.

Saban hari, sakit mak semakin teruk dan selalu diwadkan. Siang aku kerja. Malam aku akan menunggu mak di wad.

Kebiasaannya 3 hari sekali aku akan pulang ke rumah dan meminta abang nenggantikan tempatku kerana hanye aku seorang anak perempuan yang belum berkahwin. Dan kakak ku yang lain tinggal berjauhan.

Semakin hari kesihatan mak semakin merosot. Dan membuat kami sekeluarga risau. Pada disember 2016 mak juga telah pergi mengadap ilahi.

Aku macam down jugak. Yelah orang yang tersayang telah pergi buat selamanyer. Tak sangke tika usia 27 tahun. Aku dah tiada mak. Tiada ayah. Kawan-kawan nampak aku happy. Tapi hakikatnyer hati nie menangis.

Suatu hari, aku mendengar celoteh seorang kanak-kanak perempuan dengan ayahnya yang kelihatan seperti merajuk dan tidak mahu menjadi doktor apabila dewasa kelak kerana ayahnyer terlalu sibuk dan tiada masa untukknya.

Mase tu aku tersedar. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Dan ade kawan-kawan aku yang lebih tidak bernasib baik. Kerana ayahnya meninggal ketika dia dalam kandungan ibunya. Lagipun aku dah melaksanakan amanah ayah untuk menjaga mak. Alhamdulillah untuk segalanya.

Pada yang sesiapa masih punya mak dan ayah. Jage dan hargailah selagi masih ada. Tidak ade mak dan ayah yang tak sayangkan anak-anak.

Al-fatihah (baca) tuk arwah ayah dan mak.

Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau tak faham. Jangan marah naa. Lazy student biase la.

– Adik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *