Pesanan Untuk Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekadar perkongsian. Perkara ini sepatutnya semua orang kena tahu. Mengenai confession misteri-misteri tu. Aku nak berpesan, dunia sebenarnya adalah berkongsi. Kalau aku ceritakan 1 yang perlu kita pandang penting ialah mengenai fitnah besar yang kita akan lalui. Ini seluruh dunia dan semua makhluk sepatutnya tahu. Ini adala berita yang paling berat dan paling penting untuk manusia dan jin mengambil tahu setahu tahunya. Jin dan manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah. Apakah beza jin,iblis,syaitan dan manusia? Jin ini adalah makhluk yang Allah ciptakan dari bahang api, iblis pula dari Api yang sangat panas, manusia dari tanah. Bagaimana pula dengan syaitan? Syaitan adalah sifat, sifat yang suka menipu dan jahat. Syaitan terdiri dari bangsa jin dan manusia. Kena faham perbezaan ini betul betul.

Tujuan aku tulis confession ni adalah untuk memberi tahu sesuatu iaitu mengenai perkara yang tidak kita dapat lihat dan tercapai dengan akal manusia kerana ini adala ilmu Allah. Ilmu manusia sangat sangat sikit dan akal kita sangat terbatas. Mengenai kewujudan alam ghaib, ini adalah perkara yang kita tidak nampak dengan mata kasar kita. Senang cerita kita berhijab. Banyak hijab yang Allah kurniakan kepada manusia bertujuan untuk memberi ketenangan hidup sehari-hari. Setiap hijab itu berlapis-lapis. Kita dari kecil sudah ditakut-takutkan dengan cerita hantu, sedangkan jin, syaitan itu kedudukannya rendah dari darjat manusia. Hanya kerana mereka dikurniakan kemampuan yang tiada pada manusia, ada yang menyanjung dan takut umpama menganggap mereka adalah dewa dan boleh bantu manusia. Semua itu adalah ajaran karut marut. Kalau cerita mengenai manusia kita ini adalah bersih, rohani kita bersih tetapi jasad kita umpama rumah yang perlu dijaga. Banyak benda yang boleh menumpang dan duduk di dalam badan kita dan sebab itu kita boleh dipengaruhi nafsu akal dan kelakuan.

Kita tidak perlu takut pada jin atau makhluk yang lain kerana mereka juga adalah ciptaan Allah sama seperti kita. Mengenai saka, kebanyakkan orang tidak mengetahui yang mereka ada saka. Ini adalah makin teruk jika saka itu memberi kemudaratan kepada tuannya. Pada aku lebih baik kita buang sahaja saka ini. Sikap jin memang degil, sebab itu jin banyak mati sia-sia kerana mereka tidak gunakan hidup mereka ke jalan yang betul. Pernah dengar mengenai nak halau jin kena banyak syarat dan pantang? Itu zaman dahulu kala suka macam macam syarat dikenakan oleh bomoh. Jin yang suka menipu ini adalah syaitan iaitu mereka sangat suka mengganggu manusia. Apa yang kita tidak tahu kenapa mereka ini minta pelbagai syarat ketika berubat? Ini yang perlu diambil tahu. Ramai orang telah ditipu oleh makhluk ni. Sebenarnya tiada pantang yang membolehkan makhluk ini pergi itu cuma kata kata kosong mereka kerana mereka tidak mahu pergi. Jika jin ini benar benar berjihad dijalan Allah dan berpenggang pada ayat mereka diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah. Mereka ini akan pergi berdakwah dan melakukan kerja kerja yang mendapat pahala tanpa perlu kita halau mereka dari badan kita.

Kita sekarang manusia dan para jin tengah berkira-kira sama ada mahu masuk islam atau mahu terus dengan agama dan kepercayaan mereka kerana khabar berita muncul imam mahdi dan dajjal di akhir zaman ini. Ini adalah peristiwa penting dan jika para manusia dan jin yang diluar sana membaca tulisan aku ni. Aku nak ingatkan jika kamu semua menganggu manusia dan mengikut iblis kamu akan sia-sia terseksa di neraka. Jika kamu masih punya iman, bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang lurus iaitu pergilah berjihad di jalan Allah. Manusia terutama orang-orang islam haruslah bersatu dan kuatkan iman kerana dunia ini sudah hampir. Maafkan aku kalau ada yang berasa pelik dengan confession ini kerana aku tujukan kepada semua makhluk terutama manusia dan jin. Jangan terkejut kerana jin juga dapat membaca dan mendengar apa sahaja didunia manusia. Fitnah akhir zaman ini sangat dahyat kerana ia adalah penghabisan. Jika siapa-siapa rasa dia ada saka ke apa- apa yang menggangu diri, dakwahlah pada mereka supaya bertaubat. Kerana sesuai dengan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Sekian.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit