Pesanan Untuk Setiap Muslim

Assalamualaikum semua. Aku Ayyash. Terpanggil untuk berkongsi satu rahsia besar. Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tak tahu. Mungkin ada yang sedar mungkin juga ada yang tidak sedar atau mungkin ada yang sengaja untuk tidak mempedulikan hal ini.

Wahai saudara seislamku.

Kita semuanya sedang diserang. Diserang dan dirantai namun kita seolah olah merasakan kita sedang bebas.

Hari hari kita ‘dibunuh’. Ya dibunuh. Dibunuh pada jiwa sehingga melumpuhkan fizikal kita untuk bertindak dengan betul.

Identiti Islam kita ibarat hanya pada gelaran semata mata. Cukup hanya pada nama. Cukup hanya pada kad pengenalan kita.

Aku teringat perbualanku dengan seorang kawanku yang berasal dari negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang

‘Abe abe saya namo pejuang islam blako. Ada nama Tariq, Salehudin, tapi gak malah smaye blako’ (Abang abang saya semua nama pejuang Islam. Tariq, Salehudin, tapi semua malas nak solat)

Mula mula aku gelak sahaja dengan gaya percakapannya yang bersungguh-sunguh meluahkan kekesalan.

Tapi..

Ya itulah realiti dunia sekarang.

Sangat ‘contradict’.

Islam itu cuma tinggal pada nama bukan lagi pada perbuatan dan akhlak.

Tidak sukar untuk menghancurkan Islam.

Tidak perlu pada kereta kebal.

Tidak perlu pada jet pejuang.

Tidak perlu pada tembakan senjata yang bertubi tubi.

Tidak perlu pada kuda perang.

Hanya perlu pada serangan rahsia ini.

Ya inilah rahsia yang aku ingin sampaikan. Serangan apakah yang sedang menyerang kita tanpa kita sedari? Pernah dengar tentang serangan pemikiran?

Dan pernah tak terfikir, kenapa kini kita tidak diserang lagi secara fizikalnya?

Ya kita tak perlu pada serangan fizikal sebagaimana yang dirasai saudara saudara kita di Palestin, Syria, Ughyur, Kemboja dan sebagainya kerana hanya menggunakan serangan pemikiran sahaja kita sudah tewas. Kita sudah longlai.

Dan netizen masih bangga melaungkan ‘Malaysia masih aman’ sedangkan kita di ambang kejatuhan.

Tidak sedarkah kita umat kita semakin hari semakin teruk.

Aku antara pembaca tegar surat khabar walaupun hanya di Facebook. Berita Harian online, Harian Metro, Astro Awani dan sebagainya ; hari hari melaporkan berita yang semakin tidak masuk akal. Dunia makin gila dengan kehadiran manusia manusia yang semakin aneh.

Pemandu van sekolah rogol anak murid.

Budak 4 tahun dirogol anak pengasuh yang berumur 12 tahun.

Dibunuh secara tragik kerana disyaki mencuri laptop.

Kewujudan gula gula berasap seperti rokok yang semakin ‘popular’ dalam kalangan anak anak kita.

Anak beranak dera remaja OKU.

Kisah artis malaysia yang free hair sesuka hati dengan alasan ‘saya rasa hipokrit jika bertudung’.

Kes hubungan seks mirip menteri yang tak habis habis lagi.

Belum lagi masuk berita luar Malaysia.

Contohnya beramai ramai merogol kambing dan sebagainya.

Dasyhat sangat ni saudara saudara sekalian.

Tahukah anda itulah antara kesan kesan serangan pemikiran yang sedang dilakukan pada kita.

Persoalannya, apakah yang sebenarnya mereka lakukan pada kita?

‘Kita tidak dapat kalahkan umat Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini (Al Quran)’
-Pemimpin tentera Salib, King Louis VII

Ya Itulah kunci kejayaan mereka.Dan mereka sedang menang besar.

Kita makin jauh dengan Al Quran. Bila last kita baca Quran pun kita dah lupa. Al quran seolah olah hanya pada Surah Yasin sedangkan banyak lagi rahsia dan mesej besar yang terkandung dalam Al quran. Malah ibu bapa lebih memikirkan kecemerlangan akademik berbanding kecemerlangan dalam memahami Al Quran.

Dan bukan setakat itu. Mereka datang dengan formula formulanya yang terbukti keberkesanannya.

Aku bentangkan dulu formula 6S yang mana merujuk kepada Sex, Sport, Screen, Song, Smoke, Spirit. Anda boleh kaitkan setiap satu dengan realiti sekarang?

Kita sangat dihidangkan atau dibentuk untuk mengejar kepuasan dalam bentuk bentuk 6S ni sampai melupakan Al quran dan tujuan kenapa kita dihidupkan di muka bumi ini.

Remaja dikatakan kolot jika tidak melakukan seks. Cerita atau filem filem terbaru wajib menjadi antara orang yang terawal yang menontonnya. Lagu kumpulan BTS dan Blackpink sentiasa bermain di bibir namun bila disuruh membaca Al Fatihah hanya terdiam sepi. Dan banyak lagi contoh yang tak sempat dihuraikan di sini.

Formula kedua iaitu 3F yang merujuk kepada Food, Fashion dan Fun. Kita ambil satu sahaja contoh iaitu Food. Contoh musim sekarang, manusia sibuk berlumba lumba mencari Milk tea pearl /Boba hunting sampai sudah tidak kisah halal atau haramnnya. Asalkan diri sendiri tidak terlepas dengan benda benda ‘viral’ dan tidak dianggap kolot.Malah dapat bergambar dan meng ‘upload’ di media sosial itu adalah satu kepuasan yang tidak terhingga.

Itulah permainan kecil kita sekarang. Disibukkan dengan perkara perkara picisan sehingga lupa pada benda yang lagi besar yang perlu kita kejar.

Tuan puan sekalian, sampai bila kita nak ditipu dan dijadikan boneka begini? Sedangkan dahulu menjadi Muslim yang sebenar adalah sesuatu yang hebat dan menjadi impian kita.

Persoalannya; what should we do now???

#leaveanimpact
#proactivemuslim
#shiftyourparadigm

Muslim yang semakin risau,

– Ayyash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *