Pesanan ini terpakai untuk semua golongan wanita. Yang nak kecam aku silakan. Yang penting aku dah cuba nak sampaikan perkara penting ini. Insyallah padat dan ringkas. Baca sampai habis.
Nombor satu, tolong pakai baju yang longgar. Menutup aurat. Dari atas sampai bawah. Jangan pakai pakaian yang ketat sampai menampakkan aset anda. Stop pakai seluar atas buku lali. Stop pakai lengan 3 suku. Stop pakai pakai tudung atas dada.
Nombor dua, ibu mengandung berhenti pos gambar baby bump anda. Jangan bangga tayang baby bump anda. Ya. Memang comel memang cantik. Tapi tak okay sebenarnya.
Nombor tiga, hormati ayahmu dan hormatlah suamimu. Muliakan suamimu. Ada masalah bincang. Dan rahsiakan masalah rumah tanggamu dari orang yang bukan sepatutnya didengar.
Minta pandangan orang yang pakar. Jangan adu masalah pada orang luar. Jangan tinggikan suara pada suami.
Nombor empat, tolong jaga kebersihan diri. Pakai pakaian yang bersih dan yang elok. Mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh. Sesudah masak. Sebelum maghrib.
Stop pakai panty liner. Beli seluar dalam banyak-banyak. Tukar setiap kali membuang air kecil atau besar. Jaga penampilan diri. Sama ada dirumah mahupun diluar. Ingat jaga diri untuk diri sendiri bukan sebab orang lain!
Nombor lima, solat 5 waktu. Pastikan solat 5 waktu cukup. Insyaallah Allah jaga anda. Emosi stabil. Allah cukupkan segalanya. Andai ada ujian melanda, insyallah hati tenang. Andai rajin dan ada kelapangan buat solat-solat sunat.
Nombor enam, jaga pemakanan. Minum air putih 8 kali sehari. Banyakkan serat. Kurangkan karbohidrat. Protein jangan lupa. Amalkan buah-buahan yang low G.I.
Nombor tujuh, buat content yang berfaedah sahaja. Ini khas untuk yang suka ber Tik Tok joget-joget. Stop it guys. Buat sesuatu yang berfaedah sikit. Jangan berjoget sakan, post muka ala-ala comel. No, tak comel pun.
Nombor lapan, berhati-hati dalam pergaulan. Poin ni lebih kepada untuk wanita apabila berkenalan dengan orang lelaki. Nak pesan jangan sondol laki orang ya. Jangan sesekali.
Dan jangan buat langkah pertama iaitu menyembang benda tak berfaedah sama ada di aplikasi Whatsapp atau diluar. Kerana ini permulaan kehancuran rumah tangga.
Nombor sembilan, awasi pergerakan anak anda dari jauh. Kalau dekat2 dikata kongkong. Lihat dengan siapa dia berkawan. Pastikan tahu keberadaan anak anda dimana.
Satu lagi, jangan pos gambar anak yang tengah tidur sampai terselak kain, tak berbaju, baju yang basah sebab mandi air hujan or kolam.
Nombor sepuluh, perbanyakkan istighfar dan sedekah. Istighfar untuk Allah ampunkan dosa kita. Sedekah pula tak memiskinkan kita. Tidak sesekali. Sedekah lah apa pun walau sebiji kurma kepada seseorang. Allah akan balas ganjaran yang lebih besar.
Rasanya cukup pesanan ini. Kenapa aku pesan? Sebab diluar sana penuh dengan kegelapan. Lebih-lebih untuk wanita. Dunia sekarang pun dihujung jari. Berhati-hatilah ya.
Tangan tu beratkan sikit untuk pos benda yang tak perlu di media sosial. Untuk lelaki pun dah tak selamat sekarang. Lelaki pun aku tengok ada sahaja diganggu oleh orang-orang jahat. Aduhai. Apa nak jadi.
Okay itu sahaja. Ingat Allah, jaga diri. Semoga Allah melindungi kita semua. Aamiin.
Korang jangan cakap aku ni berat sebelah. Aku bukan apa, wanita kena dilindungi dan dijaga. Perhatian kepada mereka kena lebih. Kalau tak percaya, kau tanya lah mak ayah kau. Antara anak lelaki dengan anak perempuan mana yang kau paling risau.
Off course anak perempuan. Bukan senang nak jaga anak perempuan. Perempuan ni kaum yang lemah dan lembut. Dorang ni patut dilindungi bukan dijadikan “bahan eksperimen” untuk orang yang tak bertanggungjawab.
Jadi aku rasa patut aku tulis pesanan ni sebab aku risau dengan anak-anak perempuan sekarang. So perempuan kena jaga diri, kuatkan pertahanan diri anda.
Tak kisahlah apa cara sekali pun tapi janganlah kau pilih nak jadi tomboy ke pengkid . Adoi. Jangan. Just buat apa yang Allah suruh. Okay. Adiossss!
– Kecik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit