Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak share sikit cerita pasal peti ais dengan harapan perkara ni takkan berlaku lagi kat org lain.
Aku masih belajar di salah sebuah universiti di semenanjung malaysia. Aku dan beberapa orang rakan duduk menyewa di sebuah rumah berdekatan dgn U kami. Tuan rumah ada menyediakan peti ais untuk kegunaan kami.
Peti ais tu hanya ada satu pintu dan masalah yg sering kami hadapi ialah, bahagian sejuk beku mudah diliputi ais tebal. Makanya ketulan ais yg tebal tu menutup ruang2 yang ada. Dahlah peti ais tu memang sedia kecik, ditambah pulak dengan ketulan ais tu, makanya memang tak muatlah kami semua nak letakkan bahan-bahan mentah kami dalam tu. Kami pulak ada 10 orang ditambah masing2 rajin memasak, jadi peti ais tu tak dapat memuatkan bahan-bahan mentah kami. Disebabkan itu, setiap kali ais tu membeku, kami akan ketuk. Siap guna lesung lagi. Ganas tak? Tapi tu tak ganas lagi..
Lagi ganas bila baru-baru ni, aku sendiri yang memecahkan ais-ais tu. Sebab geram sangat dengan ais yang sangat tebal & susah dipecahkan walaupun aku dah off kan suis selama sejam, aku ketuk ais-ais tu guna pisau! Dicampur pulak dengan tukulan lesung batu. Nak tau apa jadi?
Aku terpecahkan saluran gas kat bahagian sejuk beku tu. Dan sebelum ni serius aku tak tau yang jalur-jalur kat bahagian sejuk beku tu adalah tempat laluan gas. Aku ingat tu corak je. Sebab memang tak menampakkan mana wayarnya kan.. Menyesal tak sudah. Makanya lepas berlaku kejadian tu, aku segera call orang yang boleh repair peti ais tu. Nasib aku kena rm180 je. Dan nasib baik lah betul2 lepas kejadian tu, aku tak on balik suis. Kalau tak, ia boleh memudaratkan compressor peti ais tu. Dah la kalau nak tukar compressor, mencecah rm500! Baik beli peti ais baru terus kan.
Technician tu pon bagilah tips2 kat aku macam mana nak handle situasi ais beku ni.
First, jangan sesekali ketuk ketulan ais tu guna lesung batu dan benda2 yg tajam spt pisau dan gunting.
Second, off kan suis semalaman. Paling kurang 6 jam untuk bagi ais tu cair dengan sendiri. Memang lah leceh kan sebab nanti berair peti ais tu. Tapi nak buat macam mana, tu lah langkah paling selamat.
Third, jirus air panas dekat ketulan2 ais tu. Tapi sebelum tu, off dulu suis. Air panas ni pon takkan membahayakan peti ais. Ia takkan membahayakan bahagian saluran gas tu. Sebab saluran gas tu diperbuat daripada aluminium. Bak kata technician tu, aluminium ni sifatnya kuat kecuali kalau kita tertusuk pisau kat dia. huhu
Dan 1 lagi tips untuk orang yang telah pon terbuat perkara yang macam aku buat tu, yakni terbocorkan saluran gas tu. First korang jangan cuak. Just terus off kan peti ais, jangan on. Takut nanti dia akan affect kat compressor. Nak tukar tu bukan murah. Second, andai kata masa korang terbocorkan saluran tu masih ada baki2 ais yang belum dipecahkan, sebaiknya korang cari plasticine untuk tutup lubang bocor tu. Kalau guna sellotape, dia takkan lekat. Sebab bercampur dengan air kan. Takut mudah tertanggal. Sebab apa kena tutup lubang bocor tu? Sebabnya, takut lebihan ais yang mencair tu akan masuk kat bahagian lubang yang bocor tadi. Dan nanti takut air2 tu masuk kat dalam compressor. Bila dah masuk, memang tipis lah nak selamatkan. Terbang rm500 korang.
Mungkin ada yang dah sedia maklum pasal benda ni. Tapi apa salahnya kan kalau kita ingat mengingatkan antara satu sama lain? Dan untuk yang tak tahu macam mana rupa saluran gas tu, macam aku yang sebelum ni taktau apa-apa, korang boleh search google. Ni untuk langkah berjaga2 agar perkara ni tak berlaku kat korang di masa hadapan. Sekian
– Bedah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit