Petua Bahagia

Alhamdulillah.. Patutlah Allah jentik hati aku untuk kongsi pengetahuan ini dekat korang semua. Rupanya banyak lagi yang aku tak tahu dan aku rasa seronok sebab ada pengkomen2 yang kongsi pengalaman mereka. Kepada pengkomen yang kongsi link youtube yang Prof Dr Muhaya tu, terima kasih awakkk. Korang boleh search kat youtube program Prof Dr Muhaya : Magnet Minda. Serious sama weih konsep dengan LOA. Cuma Prof sebut sebagai magnet minda. Sekarang aku makin faham konsep LOA ni dan aku rasa semakin bersemangat untuk praktikkan LOA ni. Satu lagi kepada pengkomen yang tanya kenapa nak tekankan LOA sedangkan dah tahu agama Islam dah cukup lengkap. Betul jugak apa yang awak tanya tu. Kenapa nak fokus dekat LOA kan?

Sebenarnya cerita dia macam ni, aku perasan kat carta buku paling laris dekat Popular ada tersenarai buku The Secret tu. Aku tengok dan usha buku ni, macam menarik. Tapi harga dia ya Rabbi.. Mahai sungguh bagi status aku sebagai pelajar waktu itu. Lepas tu, selepas berjaya beli dan berjaya khatam buku tu, aku baru perasan apa yang buku tu ajar sebenarnya Islam dah ajar. Aku lebih suka anggap sebenarnya ni adalah hidayah daripada Allah untuk jentik hati aku supaya nak bagi aku faham kenapa Allah suruh buat sekian2. Tipulah korang tak pernah tertanya-tanya kenapa kena buat macam ni, kenapa kena buat macam tu. Contohnya lah, Allah suruh solat awal waktu. Pernah tak terfikir kenapa kena solat awal waktu? Rupanya bila saintis buat kajian, orang yang solat awal waktu dapat menerima gelombang tenaga azan yang paling banyak (Aku cuba cari balik pasal artikel ni tapi tak jumpa. Kalau ada silap fakta, sila betulkan ye. Thanks!). Manakala orang yang solat gajah akan dapat gelombang paling sikit. Gelombang apa pulak? Gelombang tenaga yang memberi impak/aura positif ke rohani kita. Secara tak langsung, orang yang solat awal waktu akan rasa lebih tenang untuk menjalani kehidupan seharian berbanding orang yang solat gajah atau tak solat langsung. So, kat sini bila kita dapat bukti secara scientifically kenapa Allah suruh solat awal waktu, secara tak langsung iman kita semakin kukuh dan semakin bersemangat untuk solat awal waktu kan? Macam tu lah aku rasa lepas baca The Secret tu, aku rasa semakin bersemangat nak beramal dan semakin berusaha untuk husnuzon dengan Allah. Semua ilmu ni datang daripada Allah, cuma cara ilmu sampai kat kita boleh jadi macam2 cara.

Okay! Kali ni aku nak kongsi tips untuk kita semua macam mana nak kekal positif dan berjaya untuk dapat apa yang kita harapkan. Psstt.. Mungkin next post aku kongsi macam mana nak dapatkan jodoh terbaik.

1. Be gratitude
Dapatkan satu buku nota dan tulis semua benda yang korang rasa bersyukur walaupun kau rasa benda tu remeh atau kecik. Contohnya kau bersyukur dapat minum coffee di pagi hari. Bayangkan kalau takde coffee tu, korang tak boleh fokus untuk buat kerja kan.. Bila selalu tulis semua benda yang kau rasa bersyukur, korang akan rasa perbezaan mood. Korang akan lebih positif dan lebih tenang. Elakkan daripada berfikir benda yang korang tak dapat. Sebab bila korang dok fikir benda yang korang tak dapat, most likely korang takkan dapat langsung benda2 tu. Daripada korang dok fikir tentang benda yang takde, lebih afdhal fikir benda yang korang dah ada. Secara tak langsung korang akan sedar yang Allah itu Maha Pemurah. Ada satu ayat ni aku tak ingat daripada mana berbunyi lebih kurang macam ni, “Kalau lautan ini adalah dakwat, sampai habis dakwat ni pun takkan dapat tulis semua nikmat yang Allah bagi.” So, percayalah sebenarnya banyak benda yang korang dah ada. Ini serious, mula bersyukur dengan apa korang dah ada. Hentikan berfikir dengan benda yang korang tak ada. Sehari sebelum tidur, cubalah senaraikan benda yang korang bersyukur pada hari tersebut. Aku jamin pagi esoknya mood korang akan lebih okay.

2. List all the things you want
Tuliskan semua benda yang korang nak tapi tulis dengan perasaan korang dah dapat benda tu. Tak kisah lah dari segi kewangan, pembelajaran, perkahwinan, pekerjaan, melancong atau apa-apa pun boleh okay. Lepas dah tulis tu, korang ‘act’ macam benda tu dah jadi atau dah dapat. Bayangkan situasi korang dah ada benda tu. Contohnya korang nak ada Honda Civic. Tulis dalam buku nota, “Aku ada sebuah kereta Honda Civic warna silver full spec.” Pastu korang mula bayang korang dah ada Honda Civic tu. Bila keluar rumah ada Honda Civic dok terpacak kat luar rumah. Bila dalam perjalanan nak gi kerja, korang bayang korang tengah drive Honda Civic tu. Simply bayang yang korang dah ada benda tu.

3. Create a vision board
Kalau korang jenis malas nak menulis. Aku cadangkan korang buat vision board atau vision book. Korang google gambar untuk benda yang korang nak pastu tampal kat vision board atau vision book. Vision board ni tak kisah dalam bentuk macam mana. Korang nak letak dekstop wallpaper ke, print semua gambar pastu tampal kat vision board or vision book ka, letak dalam frame gambar ka tak kisahlah. Asalkan korang boleh nampak setiap hari. Renung lah vision board tu sekurangnya sekali sehari dengan perasaan yang korang dah dapat benda tu. Ini cerita daripada kenalan aku, cerita pasal anak dia pernah mintak PS4. Tapi dia taknak belikan. Tahu apa anak dia buat? Anak dia print gambar PS4 pastu tampal kat dinding bilik dia. So setiap hari dia tatap gambar PS4 tu. Suatu hari kemudian, sekolah anak dia adakan pertandingan chorus speaking. Cuba teka apa hadiah pertama? PS4 hokayyy. So anak dia apalagi, semangat lah join pertandingan dan akhirnya dia menang! So anak dia dapatlah PS4 tu. Pengajarannya di sini, jangan anggap benda yang korang nak tu mustahil untuk korang dapat. Tapi mula fikir yang korang dah dapat. Secara tak langsung, satu perasaan yang lain macam akan muncul dalam hati korang. Boleh jadi korang senyum sorang2 sebab dok bayang korang dah dapat benda tu, dan mood korang akan jadi lebih positif dan bahagia. Point utamanya, fikir korang dah dapat. Jangan fikir korang takkan dapat.

Kesimpulannya, bila korang dah amalkan benda ni, mood korang akan jadi lebih positif dan rasa lebih bahagia. Bila korang dah positif, Allah akan bagi apa yang korang nak. Percayalah, semua akan menjadi kenyataan. Antara lambat atau cepat sahaja. Husnuzon dengan Allah. Jangan fikir semua yang korang nak tu mustahil. Sebab bila korang fikir mustahil, memang mustahil lah. Haha. Satu lagi dengar lah talk daripada Prof Dr Muhaya kat youtube. Sangat sangat sangat membantu aku untuk kekal positif dan lebih faham dari segi konsep Islam. So good luck korang! Aku doakan korang semua dapat apa yang korang nak. Amin!

– Hayatul Husna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit