Salam semua~ Alhamdulillah kita diberi peluang untuk bernafas pada saat ini. Saat korang tengah baca confession ni, bersyukurlah Allah bagi banyak nikmat untuk kita. Korang ada masa untuk baca confession ni. Korang ada data atau wifi untuk baca confession ni. Korang ada smartphone dengan skrin yang clear untuk baca confession ni. Kalau skrin retak patah seribu hati ku, data habis, line kena bar, ataupun takde masa memanjang, mesti tak senang duduk kan? Ni baru nikmat untuk membaca confession. Tak kira lagi nikmat dari kita mula bangun pagi sampai lah kita letak kepala atas bantal. So, panjatlah kesyukuran ke hadrat Ilahi sebab tak henti-henti memberi nikmat kepada kita.
Rasanya ni post terakhir aku dengan nama samaran kegemaran aku, Hayatul Husna. Sebab aku rasa aku dah curahkan semua ilmu tentang LOA yang aku mampu curahkan. Aku pun banyak lagi benda tak tahu dan masih lagi tatih belajar menjalani kehidupan seharian. Post terakhir ni aku nak bagi langkah atau petua bagaimana nak dapatkan jodoh terbaik melalui Law of Attraction (LOA).
1. Senaraikan semua benda/sifat yang korang suka pasal diri korang
Langkah pertama sekali dan paling kritikal ialah, tulis semua benda atau sifat yang ada pada korang yang korang suka. Mula-mula untuk segala permulaan, korang kena mula sayang pada diri sendiri dulu. Korang kena mula tukar perspektif terharap diri korang. Korang kena fikir yang positif tentang diri korang. Contohnya, aku ni peramah, aku ni suka tolong orang, aku ni suka masak, masakan aku sedap, aku pandai bergaul dengan orang tua, dan macam-macam lagi. Bila korang mula sedar sebenarnya banyak benda positif yang korang ada, korang akan mula sayang pada diri sendiri dan secara tak langsung korang akan bersyukur dengan Allah sebab baru korang tahu korang ni sebenarnya satu dalam sejuta. Nak jumpa yang macam korang memang tak dapat lah. Haha. Remember, love yourself first then you can love someone else.
2. Senaraikan semua benda/sifat yang korang nak ada pada pasangan korang
Langkah kedua ialah senaraikan semua benda atau sifat yang korang nak ada pada pasangan korang. Korang nak yang penyayang, hormat orang tua, suka menderma, suka layan kanak-kanak, pentingkan kesihatan dan macam-macam lagi lah. Tulis yang elok-elok je taw. Jangan tulis yang negatif. Nanti korang menyesal di kemudian hari. Lagi satu elakkan tulis sifat fizikal yang akan dimamah dek usia, contohnya muka hensem/lawa, berat badan BMI normal, ataupun badan sado. Sebab yang ni sifat yang akan berubah dan tak tetap. Korang fokus kepada sifat-sifat positif dan yang korang tahu akan memberi kesan positif kepada korang berdua hingga waktu tua nanti.
3. Adakah senarai korang sama?
Bandingkan senarai benda/sifat korang dengan pasangan korang. Kalau sama insyaAllah anda akan dapat jodoh seperti yang korang harapkan. Kalau tak sama, boleh lah mula tambahkan apa yang kurang tu. Contohnya, korang nak pasangan yang pandai mengaji Quran supaya korang boleh belajar mengaji dengan dia. Laa.. kenapa nak tunggu dia baru nak mula mengaji? Mula lah sekarang. Korang belajar mengaji sebab untuk kebaikan korang sendiri. Janganlah niat hanya nak mula mengaji bila dah kahwin. Aku pernah baca dulu ada kisah yang si suami ni kecewa dengan isteri sebab ingatkan isteri dia alim, rupanya baru bertatih nak mengaji. (Tapi yelah si suami pun satu hal, patutnya bersyukur isteri dah ada kesedaran nak mengaji). But the point is, kalau dalam senarai benda/sifat kat pasangan korang tu takde dalam senarai korang sendiri, sila lah upgrade. Takkan rugi pun kalau korang upgrade sebab ini adalah untuk kebaikan korang sendiri. Jadilah versi diri korang yang terbaik. Dan percayalah pasangan korang akan muncul dengan versi terbaik mereka jugak.
4. Bayangkan keadaan hubungan korang dengan pasangan korang.
Langkah ni ramai yang tak terfikir nak buat. Korang senaraikan macam mana situasi kehidupan sehari korang dengan pasangan korang. Contohnya kalau waktu hujung minggu korang bayang korang berdua suka lepak kat rumah je. Sambil marathon movie atau kemas rumah sesama. Korang bayang kalau makan kat luar korang suka duduk sebelah menyebelah sambil suap antara satu sama lain. Ataupun korang bayang kalau bangun pagi biasanya pasangan korang yang gerakkan. Ataupun korang bayang bila pergi supermarket, korang suka beli barang basah dan pasangan korang pulak suka yang frozen food. Pendek kata, bayangkan suasana korang dan pasangan korang yang saling melengkapi. Senaraikan semua situasi tak kira kecil atau besar atau remeh atau complicated. Korang nak hidup dengan pasangan korang sampai mati kot. Memang patut korang bayang macam mana keadaan korang lepas kahwin.
5. Berikan ruang kepada pasangan
Bila korang dah jumpa someone special, mesti korang nak kahwin dengan dia kan? Lepas dah kahwin mesti korang hidup sesama kan? Haa jangan lah mula fikir pasal ni bila dah nak kahwin. Korang sepatutnya dah mula tukar mindset kepada keadaan/situasi korang dah kahwin. Maksud aku, berikan ruang secara fizikal punya ruang. Ruang almari bagi kosong separuh untuk pakaian pasangan korang, ruang parking kereta bagi kosong kat sebelah untuk kereta pasangan korang, bila masak buatlah portion untuk dua orang (Yang lebih boleh makan kemudian kann.. Haipp jangan membazir pulak.), bila nak tidur bagi ada ruang kat sebelah untuk pasangan korang tidur. Pendek kata, beri ruang kepada pasangan anda secara fizikal. Walaupun pasangan korang tak muncul lagi, korang dah boleh mula bayang macam mana keadaan rumah korang lepas kahwin nanti. So, nanti bila dah kahwin takde lah culture shock sangat. Haha. Tak semestinya langkah ni untuk korang dah ada rumah sendiri je taw. Yang dok menyewa dengan kekawan pun boleh buat hokay. Antara mahu atau tak mahu je. Kalau korang taknak beri ruang kepada pasangan korang, macam mana dia nak masuk?
6. Lepaskan yang dah pergi
Ni langkah untuk yang putus cinta, putus harapan, putus jiwa, atau putus semua lah. Kalau korang takde perasaan ni, korang boleh skip langkah ni. Aku tahu langkah ni mesti ramai yang susah nak buat atau ambik masa yang panjang untuk lepaskan. Nasihat aku untuk langkah ini ialah janganlah terlalu menyeksa jiwa korang. Kalau perasaan tu datang, tak salah korang layan perasaan tu. Yang salah ialah korang tepis-tepis perasaan tu atau korang pegang lama sangat perasaan tu. Korang sepatutnya terima perasaan tu datang dengan hati terbuka dan lepaskan perasaan tu dengan hati terbuka jugak. Pastikan perasaan tu jangan dok singgah lama sangat. “Okay dah dah. Time to move on. Banyak kerja lagi tak siap hoiiii.” Ni contoh monolog masa korang lepaskan perasaan tu. Then, korang boleh sambung/fokus dengan kehidupan seharian. Satu lagi jangan lah dok layan lagu balada lama sangat. Satu dua tiga lagu sudah. Macam aku cakap tadi, boleh tapi jangan layan lama sangat.
Bila korang terlalu melayan perasaan satu ni, susah untuk korang tengok dunia yang luas ni. Sebab hati korang hanya fokus kepada yang satu tuuu je. So, kalau korang dah buat semua senarai bagai tapi korang taknak lepaskan perasaan tu, memang sesat lagi lah jodoh korang sebab korang kunci ‘pintu’ hati korang daripada jodoh korang nak bukak.
7. Terima dengan hati terbuka
Langkah yang ni pun susah jugak nak buat kalau korang takde minda yang positif. Aku jamin 100% hanya orang yang berfikiran positif sahaja boleh menerima sesuatu dengan hati terbuka. Korang boleh mula nyahkan fikiran-fikiran negatif dalam minda korang. Bak kata Prof Dr Muhaya, “Buanglah keladak-keladak dalam hati.”. Tak kira apa pun yang berlaku dalam kehidupan korang, terima lah dengan hati yang terbuka. Walaupun benda yang terjadi, tak sama dengan apa yang anda harapkan, terimalah dengan hati terbuka. Ingatlah pesan Allah, ayat 5 dan 6 surat Al Insyirah (94): “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (5). Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (6).”. Masa tengah susah tu sebenarnya ada kemudahan. Percayalah Allah bagi kemudahan masa kita dalam kesulitan.
8. Istiqamah dengan amalan sunat yang Allah suka
Last but not least, langkah ke 8 ni takde dalam LOA. Yang ni aku tambah sendiri. Haha. Ni ultimately apa yang patut kita sentiasa amalkan sebagai Muslim. Rasanya ramai dah boleh agak amalan apa kan. Amalannya ialah solat tahajjud, solat istikharah, solat sunat, solat dhuha, puasa sunat, mengaji Quran dan macam-macam lagi lah ibadat yang kita tahu Allah suka kalau kita buat. Langkah ni sebenarnya yang patut kita pentingkan sebab Allah yang pegang hati kita dan hati pasangan kita. Tapi aku saje je letak last sekali. Save the best for the last kan. Hehe. The point is, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan sesama manusia.
Alamak. Terpanjang pulak kali ni. Haha. Harap-harap ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mendapat jodoh terbaik. Kesimpulan dari 8 langkah ni ialah, jadilah versi diri korang yang terbaik dan Allah akan bagi jodoh yang terbaik untuk korang. Bila korang dah sayang pada diri sendiri, Allah akan datangkan jodoh korang pada waktu korang yang tak sangka langsung. Percayalah dan yakinlah dengan Allah. Husnuzon lah dengan Allah.
Sekian, terima kasih. :)
– Hayatul Husna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit