Assalamualaikum wrbt. Aku harap admin dapat siarkan confession aku ni. Ye lah, banyak sangat isi dekat iiumc asyik asyik pasal kawin, cintan cintan, drama perasaan je hahaha.. maaf aku gurau je hahaha.
OK sebenarnya aku nak tulis sesuatu yang lain dari ‘genre’ yang aku sebutkan kat atas tu.
Bukan lah aku nak cakap pengisian macam tu tak bagus, cuma tu lah.. sebagai manusia normal takkan la hari hari nak makan lauk sama je kan. Kau makan siakap 3 rasa hari hari pun boleh jemu juga akhirnya..
OK, cukup lah bergurau, topik aku nak bawa ni mungkin tak sesuai untuk dibaca semua orang.
Hmm, kalau sesiapa yang sekarang ni tengah baca dalam keadaan berseorangan di rumah, atau tengah malam gelap tolong lah tak payah baca melainkan kalau sanggup terima apa aku nak sampai kan ni..
Confession yang aku nak bawakkan ni ada kaitan dengan hidup dan mati seseorang..
Haaa.. aku nasihatkan kalau tak berani jangan lah terus kan baca.. kalau degil juga apa apahal jadi jangan nak salahkan aku pulak, haha.
Aku cuma nak sampai kan lah dari pemerhatian dan pengalaman aku sendiri.
Aku pasti siapa yang baca pun ada pengalaman sama kalau perasan, iaitu dalam hidup kita pasti akan kita mengalami kematian seseorang, tak kisah lah yang meninggal tu baik ahli keluarga sendiri atau sekadar kenalan.
Sekarang, aku nak fokus kepada topik aku.. PETUNJUK.
Kenapa aku katakan sebagai petunjuk, macam aku katakan sebelum ni, hal ni sekadar pendapat berdasarkan pengalaman aku, tapi bagi aku benda ni lazim dan biasa berlaku kalau perhati betul betul.
Apa yang aku alami, sebelum seseorang meninggal, dia akan keluarkan beberapa signal. Boleh jadi macam2 tapi aku sampai kan 1, 2 je lah.
Yang pertama, kalau orang yang meninggal tu kenalan atau kawan yang dah lama tak jumpa, Tiba tiba 1 hari dia akan muncul dan jumpa, tanya khabar bersembang mesra, kita pun happy je sebab kawan dah lama tak jumpa.
Tup tup lepas 1 dua hari, tak pun seminggu ke sebulan macam tu, dia pun pulang ke rahmatullah.
Bila berita tu sampai kat kita mesti kita dengan heran lepas tu bagitau kat semua orang yang kita baru je jumpa hari tu, elok je masa jumpa tau tau dah meninggal, kita sambung heran dan berserah pada Allah je.
Hampir setiap orang yang meninggal, selalu je akan ada testimoni kenalan yang macam ni, benda ni lazim. Mungkin ada hikmahnya Allah bagi last minute macam tu..
Signal yang kedua, sebelum seseorang tu nak ‘pergi’. Dia akan berkata sesuatu yang bagi kau merepek, remeh atau sesuatu yang lain dari kebiasaan yang selalu dia cakap.
Masa dia cakap macam tu, kau akan ada rasa semacam tapi akhirnya kau biarkan je, tapi lepas je dia meninggal baru kau teringat balik apa benda merepek yang dia cakap tu. Signal yang ni lagi ketara kalau terjadi kat orang sakit atau orang tua.
Hint dia, apabila benda yang merepek dia cakap tu bermaksud sesuatu yang jauh, atau cepat. Dan dia tak merepek dalam mode dia bergurau. Contoh macam dia nak naik roket ke, terbang ke mexico ke.
Kalau dia mention nak pergi satu tempat dengan kenderaan hispeed, lagi lah kau kena bersedia, sebab kenderaan highspeed macam jet turbo, kereta sport atau apa2 saja berkaitan, Itu mengindikasikan waktu dia nak pergi tu dah tak lama.. hmm.
So, signal ni tak ada lah aku nak cakap 100% tepat, cuma ikut pengalaman aku 2 signal ni lazim. Dan aku minta maaf la kalau ada yang menganggap tulisan aku ni tak ada sensitiviti, aku dah pesan awal2, kalau tak selesa jangan baca.
Bukan apa, kadang2 tu bila ada 2 signal ni jadi kat seseorang aku kenal, aku dah standby tapi tak ada lah sampai nak heboh kat semua orang.
Pernah juga signal macam ni jadi kat salah seorang ahli keluarga aku, dan pada akhirnya memang betul dia pun meninggal.
Dengan sikit petunjuk ni, tak ada lah aku terima berita dengan terkejut atau kecewa, ya sedih tu mesti lah ada, cuma dengan PETUNJUK ni aku dah lebih bersedia dan redha je dengan apa nak jadi, aku berserah pada Allah..
Sekian wassalam wrbt.
– Abu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit