Assalamualaikum. Saya nak bertanya pendapat semua.
Saya Orked dan berkenalan dengan X melalui IG.
Pada mulanya kami berbalas mesej dengan baik, tapi lama-kelamaan dia macam jadi lain macam, dan kami pun berhenti berhubung.
Beberapa bulan kemudian, dia muncul semula dan kami mula berhubung kembali.
Saya dah nyatakan awal-awal yang niat saya adalah untuk untuk settle down, and tak nak buang masa.
Tapi respon dia masa tu agak samar-samar dan tak meyakinkan, namun dia juga mengatakan dia mempunyai intention yang sama. So, kami tetap terus berhubung.
Sampai satu tahap, bila saya rasa perbualan kami makin hambar, saya ambil langkah untuk menjauh. Sebab saya ada attachment issue, and cepat sangat suka and attach dengan someone even tak pernah jumpa lagi.
Tapi dia masih mencari, so kami pun sambung bercakap macam biasa, namun lebih kepada topik2 santai yang membosankan.
Kemudian, saya sekali lagi buat ‘silent treatment’, sebab saya penat dengan conversation yang membosankan.
Dalam masa yang sama, saya berdoa dan minta petunjuk dari Allah, minta Allah tunjukkan sama ada dia ni jodoh saya atau bukan.
Satu hari tu, lepas solat Asar, saya doa khusus untuk dia.
Selepas sahaja bagi salam terakhir, saya ambil telefon and terus nampak mesejnya. Padahal masa tu kami dah sehari tak contact. Saya terus rasa sebak dan merasakan itu ada petunjuk dari Allah.
Sejak dari tu, saya layan dia dengan baik sebab saya yakin mungkin dia adalah orangnya.
Tapi sekarang ni saya tertanya-tanya, betul ke cara saya ni? Adakah ini sekadar perasaan sendiri, atau benar-benar petunjuk dari Allah?
Namun communication kami sangat membosankan dan tiada yang menarik. Mohon kalian beri pandangan.
Terima kasih.
– Orked (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Minta maaf, tp awk x perlu terlalu ‘bergantung’ kpd kptusan istiqorah awk, mahu pon org lain.. walau pon dia ws or call mse awk memerlukan jawapan, itu x smestinya dialah org yg paling ‘sesuai’ utk awak.. klau awk kta hubungan awk dgn dia sgt ‘hambar’, so carilah jalan utk perbaiki, itu pon klaw awk mmg masih ‘serius’ nk berkawan dgn dia.., cari kelebihan atau knp awk masih nk pertahankan hubungan ini, confront n bincang dgn dia secara terbuka, sbb awak berdua je yg tahu keadaan sbenar n yg akan buat kputusan utk bersama atau tidak.. kalau dia mngelak, or mcm saja nk suka2, or x bagi jawapan sptmana yg awk harapkan, then just ‘move on’, jgn buang mse dgn perkara yg x pasti sehingga bertahun2.. klau betul u all mmg nk ‘bersatu’, bincang n cari solusi ke arah itu : kumpul dt, buat plan macamne nk mulakan langkah seterusnya dsb.. awak kna lah ‘matang’ utk bertindak, di samping tu boleh lah mohon petunjuk Ilahi or pendapat org lain yg awk boleh percaya.. x pyah la ‘buang masa’ lama2, skrag masa mmg cepat berlalu, skejap je rase dah seminggu, sbulan, setaun dsb.. so, fikir2lan n cepat bertindak.. wasalam
pernah dengar tentang taaruf tak? jalan taaruf, mcm sesi perkenalan ke arah perkahwinan (strictly bagi yg serious only) xda sembang2 kosong, takda masa nak hanyut2 dulu. Yang penting ada mahram, org tua masing2 involve in perkenalan korang dua. Takda sendiri2. Bila dh capai kata sepakat, tunang dulu, jgn kahwin terus, sebab tunang ni jalan selamat utk kita org pempuan n laki2. nak tengok ngam ke tidak dgn kita, percayalah, tunang ni lebih sacred drpd bf and gf r/shp sebab ianya jln menuju pernikahan. segala red flag and green flag WILL COME OUT. So, nasihat saya kepada adik, dan kepada semua yg nak mengambil langkah mencari teman hidup, jgn buang masa dgn bf dan gf, its not good, dan perbuatan ni xda dlm agama pun. Ikhtilat kita tak terjaga.
Tanya diri sendiri betul2 kalau belum nak nikah, jangan into r/shp dulu, fokus benda lain. Dlm dunia ni bukan r/shp antara lelaki dan perempuan jer yg seronok, benda lain pun bnyak lagi yg boleh bagi kebahagiaan kat kita.
Bila dh ready nak nikah, perbaiki diri kita seiring dlm process nak bernikah tu. Cth: perbaiki fardhu ain kita ke, belajar memasak ke, gitu…
Banyak cakap pulak saya. hehe maaf membebel pulak. Semoga ada yg bermanfaat daripd kata2 saya ni. Thanks bai. All the best to you.