Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUMC. Terima kasih kepada admin sekiranya publishkan cerita saya ni. Kalau lah ada sesiapa sudi berikan pendapat hal saya ni. Saya amat hargai.
Saya Aina berusia 28 tahun masih bujang tapi sudah bertunang. Saya mulakan cerita saya. Perkenalan saya dan tunang saya bukan atas kehendak dan kerelaan saya. Saya mengenali tunang saya melalui abang saya. Sebab dia merupakan kawan sekerja abang saya.
Umur dia 6 tahun lebih tua dari saya. Sebelum saya mengenali beliau, Saya sudah mengenali beberapa orang lelaki. Tapi semua hubungan tu tak menjadi.
Ada yang tiba2 mendiamkan diri ada yang tiba2 hilang macam tu saja. Saya pernah heart broken teruk lepas ditinggalkan bekas kekasih saya.
Jadi saya sudah berputus asa untuk menjalinkan hubungan dengan mana2 lelaki. Saya ada berkenalan dengan lelaki lain, tapi orang tu dari luar negara.
Tapi mak saya tak suka dan tak setuju. Dia lebih sukakan kawan abang saya. Jadi saya terpaksa lupakan dia. Dan cuba berkawan dengan kawan abang saya.
Kembali pada cerita tunang saya, mula2 dulu saya memang terpaksa berkawan dengan dia. Tapi dia selalu menunjukkan usahanya nak pikat saya.
Jadi saya pun terbuka hati padanya. Sebab dia pandai mendekati family saya. Dia berjumpa dengan mak ayah saya sebelum serious berkawan dengan saya.
Dia bukan jenis yang pandai berkawan dengan perempuan sebab sekeliling dia memang kawan lelaki saja. Tempat kerja dia pun memang semua lelaki saja. Saya jadi lagi okey la macam tu.
Kami start berkawan May 2019 dan bertunang Feb 2020. Mengenai bertunang saya memang nak bertunang. Tapi dia tak nak bertunang. Dia lebih suka kahwin terus macam tu. Tapi disebabkan saya ada pengalaman buruk masa lalu. Jadi saya rasa insecure kalau tak bertunang.
Masa tu rasa at least, kalau dah bertunang tu boleh la jaga hati tak pandang orang lain atau takde la orang nak kacau masuk jarum.
Kita orang sampai bergaduh juga nak decide tunang tak nak tunang ni. Jadi dia pun setuju saja lah untuk bertunang. Dan decide untuk berkahwin bulan 11 tahun lepas.
Tapi selepas bertunang sebenarnya hubungan kiteorg makin buruk. Hubungan kita orang makin lama makin menjauh. Selalu bergaduh.
Baik saja gaduh. Lagi-lagi tahun 2020 adanya hal covid ni. Lagi teruk jadinya hubungan kita orang. Dia jenis suka berahsia. Tapi saya tak suka dia berahsia dengan saya. Banyak benda dia berahsia sampai buatkan saya jadi fikir bukan-bukan pasal dia. kita orang memang jarang berjumpa.
Contact pun jarang. Contact pun dekat whatsapp saja. Call memang susah la apatah lagi video call. kita orang jenis pemalu sikit nak buat macam tu. So cara yang paling selesa whatsapp saja. Dari mula-mula berkawan lagi kita orang memang macam ni.
Dia jenis islamic sikit. Tak suka bawak anak dara orang merata hala dan tak suka nak sweet-sweet sebelum kahwin.
Saya okey bab tu mula-mula tapi lama-lama saya jadi tak boleh macam tu. Saya jadi pelik dengan dia. Tak kan lah caring sikit pasal saya pun tak boleh. Sebelum tunang boleh saja dia buat macam tu.
Bila time PKP lagi teruk la. Saya rasa macam saya takde tunang. Rasa macam takde hubungan dengan sesapa.
Sebelum bertunang dia ada la juga cerita, update bagitau dia pergi mana. Sejak bertunang dia selalu rahsiakan aktivti dia. Contoh bila dia pergi bercuti dengan kawan dia tak bagitau pun dia pergi bercuti dengan kawan-kawan dia.
kita orang selalu bergaduh pasal ni. Padahal saya bukan nak halang dia bercuti ke apa ke dengan kawan-kawan dia. Saya cuma nak tau. Boleh saja dia cerita santai-santai dengan saya.
Bukan kena buat report bagai. Banayak kali dah saya terangkan hal ni dengan dia. Mula-mula dia okey pastu lama-lama dia buat balik.
Dia kata dia tak biasa buat macam tu macam kena kongkong. Saya tak faham nape dia fikir macam tu. Saya tak pernah halang atau kongkong apa yang dia buat. Tapi dia rasa macam tu pulak.
Pelik tak kalau saya cakap saya dengan dia tak follow atau friend pun dekat FB atau IG satu sama lain. Saya pernah tanya dia nape taknak friend atau follow IG ngan FB. Tapi dia tak jawab soalan saya. Mungkin dia tak suka buat macam tu lagi sebab belum berkahwin.
Tapi saya ni perempuan yang agak tinggi curiosity nya dan agak pandai stalk IG orang, jadi saya follow dia guna IG palsu. So banyak aktiviti dia saya tahu dari situ. Bila saya tau aktiviti dia disini tapi dia tak bagitau saya pun hal tu saya jadi geram.
Dekat public dia boleh cerita hal aktiviti dia tapi nape bukan dekat saya? Saya ni tak penting ke dalam hidup dia.
Mungkin saya salah stalk dia. Tapi saya perempuan yang ada perasaan ingin tahu tu tinggi. Jadi saya tak boleh nak halang diri saya. Saya nak tahu apa yang dia nak rahsiakan sangat dari saya ni.
Saya tengok dia berkawan dengan budak-budak lelaki bujang yang lagi muda dari saya. Kadang-kadang saya memang pelik dengan dia.
Umur dorang memang jauh beza tapi macam mana dia boleh berkawan dengan diorang. Takde masalah pun berkawan dengan orang muda tapi bila saya tengok karaktor kawan-kawan dia tu saya jadi tak leh fikir.
Budak-budak tu jenis yang suka enjoy-enjoy tangkap gambar posing-posing. Pastu ada sorang tu jenis yang jaga-jaga kulit buat produk skincare bagai. Memang lawa la kulit dia.
Kulit saya pun tak macam tu. Haha. Saya jadi pelik tengok sebab tunang saya bukan jenis yang macam tu. Tapi dia boleh berkawan dengan dorang gi bercuti bagai. IG kawan dia pun saya stalk dan saya selalu perasan dia selalu pergi bercuti dengan budak yang jenis jaga kulit ni.
Saya memang pelik tapi saya cubalah sedapkan hati taknak fikir bukan-bukan. Takut buruk sangka dan tuduh bukan-bukan berdosa pulak nanti. Tapi saya memang pelik nape dia nak berahsia sangat kalau dia pergi bercuti tu dengan kawan lelaki. Bagitahu saja lah kan. Apa pendapat korang?
Saya perempuan kadang-kadang nak kan perhatian dia juga. Tapi saya tak pernah dapat. Dah lah susah nak jumpa lagi-lagi dengan PKP ni.
Bila saya cakap apa yang saya tak puas hati ke dia mesti akan jadi gaduh. Selalu sangat bergaduhnya. Hati saya dah terlalu sakit bila dia selalu tak endahkan saya. Saya rasa seperti disisihkan oleh tunang sendiri. Ikutkan hati memang dah lama boleh putus ni.
Tapi sebab fikirkan mak ayah saya tahankan saja dan bersabar saja lah. Dengan persiapan kahwin pun saya dah uruskan banyak. Jadi saya tolak ketepi hal nak putus tu. Bila hati dah selalu disakiti, dia akan jadi makin keras.
Saya jadi makin kasar dan berkeras dengan dia. Saya dah banyak bersabar dengan dia. Stress memang selalulah stress, nangis takyah cakaplah sampai tak larat nak nangis dah. Sampailah dah masuk bulan 11. Bulan yang sepatutnya kita orang bernikah.
Hal kahwin banyak yang saya uruskan. Banyak benda yang saya kena ingatkan dia. Dia bukan nak ambik tahu sangat pun hal kahwin kita orang ni. Kadang-kadang saya pelik dia ni serious ke nak kahwin dengan saya atau dia nak main-main saja.
Tapi duit hantaran dia dah bagi dah semua. Semakin dekat dengan bulan 11 makin teruk hubungan kita orang. Lagi-lagi bulan 10 KL Selangor kena PKPB masa tu. Dugaan tu makin kuat. Kita orang jadi makin kuat bergaduh. Bergaduh sebab sikap dia yang acuh tak acuh tu.
Saya hari-hari tunggu pengumuman boleh nikah ke tak. Kalau boleh nikah saja dulu pun takpelah. Kenduri kemudian. Tapi dia macam tak kisah pun hal tu. Saya ni beria-ria lah update dia tapi respond dia buat saya hampa dan marah.
Dia kalau boleh nak tangguh sebab katanya nak family dia dari Kuantan ada sekali.
Tapi waktu dekat dengan tarikh kita orang bernikah tu rasanya dah ada kelonggaran sikit dari kerajaan untuk rentas negeri tapi dia still nak tangguhkan juga sebab risau family dia datang sini time covid tinggi.
So nikah pun ditangguhkan. Masa ni kita orang bergaduh teruk. Bila bergaduh macam-macam lah ungkit.
Tapi paling terkesan dia cakap dia tunang sebab terpaksa saja sebab saya yang nak bertunang. Ikutkan dia, dia taknak bertunang. Saya jadi kecewa dengan apa yang dia cakap. Rasa berkecai hati.
Sebabkan kita orang bergaduh teruk masa ni, dua-dua dah jadi tawar hati. Tapi masing-masing taknak putuskan hubungan.
Sebabkan hubungan ni dah jauh dan saya rasa sayang hubungan ni dan dah penat nak kenal orang baru, Saya pun pujuklah dia balik pastu kita orang okey walaupun dalam hati tu masih sakit.
Borang nikah kita orang tamat sepatutnya hujung bulan 12 tapi lepas tamat tu masih boleh lanjutkan tempoh borang tu 2 bulan. So kirenya akan betul tamat hujung bulan Feb. Kalau borang tu tamat nak kena buat baru balik dari mula kalau nak bernikah.
So saya dan family nak buat bulan Feb ni. Mula-mula tunang saya bagi dah tarikh nak buat nikah hujung bulan 2. Dia sendri call ayah saya bagitahu tarikh.
Pastu lama-lama tiba-tiba dia cakap kat saya nak tangguh ke bulan 6 pulak. Saya jadi angin lah dan marah dia. Tanya kenapa semua. Jawapan dia sebab dia tak sedia nak kahwin.
Sebab nak pergi bercuti dengan kawan lah. Sebab bulan 1 dia nak pindah masuk rumah baru lah. Sebab takut saya makan hati lah nanti sebab dia akan sibuk dan macam-macam lah lagi alasan dia bagi. Dia memang macam tak berminat untuk bernikah ni.
Saya jadi stress sangat dengan keadaan hubungan kita orang. Saya kalau boleh taknak tangguh sebab leceh nak kena buat borang tu dari mula balik. Saya dah penat sangat So saya bagi dia pilihan untuk dia pilih. Sama ada nak buat hujung bulan 2 atau nak putus.
Saya suruh dia fikir baik-baik dan buat istikharah. Saya pun buat juga istikharah. Banyak kali juga buat tapi masih tak nampak jalan nya. Dia pun sama cakap macam tu. Last-last dia decide ikut saja saya untuk buat hujung bulan 2.
Tapi saya boleh rasa tak ikhlas dan terpaksa jawapan dia tu. Saya boleh rasa dia nak putus dan tak sayang saya lagi tapi dia tak nak cakap. Dia macam nak saya yang cakap minta putus tu. Saya jadi stress dan kami bergaduh lagi. Dan sekarang dia mendiamkan diri dengan saya.
Saya contact apa semua dia tak jawab. Tapi bila ayah saya call dia nak ajak bincang hal kahwin ni jawab pulak dia. Dia cakap nanti dia cari masa untuk bincang dengan ayah saya.
Dia kata ada hal dia nak bincang dengan ayah saya tapi tak tahu lah apa dia. Adakah dia nak minta putus atau nak teruskan pernikahan ni?
Saya masih berbelah bagi nak teruskan hubungan ni ke tak. Adakah saya akan bahgia nanti? Tiba-tiba rabu ni nak kena PKP pulak. Lagi susah lah kita orang nak jumpa berbincang ke apa.
Adakah ini petunjuk daripada Allah untuk saya tak teruskan hubungan ni atau adakah ini ujian untuk saya bertahan dan bersabar dengan hubungan ni.
Saya keliru. Kalau tak nak teruskan macam mana saya nak bagitahu ke mak ayah saya? Sebab dorang memang suka dengan tunang saya ni.
Kalau ada sesapa boleh berikan saya pandangan dan pendapat tentang masalah saya ni saya hargai sangat. Terima kasih sebab sudi baca luahan dan cerita saya yang panjang lebar ni.
Doakan semoga saya menemukan jawapan dan kebahgiaan saya nanti. In sha Allah. Semoga doa itu pun berbalik kepada kalian juga.
Assalamualaikum.
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit