Assalamualaikum wbt buat pembaca IIUM.
Saya perkenalkan diri nama sebagai Adam(bukan nama sebenar). Berumur 26 tahun dan sudah bertunang dan insyaallah, ikut perancangan akan berkahwin hujung tahun ini.
Cerita saya tentang hubungan tunang saya. Kita namakan sebagai M saja. Saya kenal M melalui kawan baik saya sendiri diawal tahun 2017. Selama setahun kami berkenalan, saya memutuskan untuk merisik M. Dan keluarga M setuju dan ibubapa M anggap merisik itu sebagai tunang. Tiada majlis. Hanya ibubapa kami saja hadir.
Untuk pengetahuan pembaca, sebelum saya memutuskan untuk merisik si M pada Jan 2018, sekitar bulan Oct 2017, saya telah mendapat tahu kisah silam M bersama bekas teman lelaki. Kisah silam yang jauh dari norma umat Islam dan orang Melayu. Harap pembaca boleh faham.
Lalu, bila saya dapat tahu kisah silam tersebut, hati saya bergolak, fikiran serabut. Tak tahu nak buat apa. Maka, saya mohon petunjuk dari Allah, apakah benar M itu jodoh saya. Kalau betul jodoh saya, saya mohon tetapkan didalam hati agar dapat terima M seadanya. Saya takut bila sudah berkahwin, bila ada waktu bergaduh, saya akan ungkit kisah silam tersebut. Didalam doa tersebut, saya menyebut nama M tanpa menyebut nama ayah dia. Hanya nama penuh M.
Dipendekkan cerita, bulan 11 2017, di tempat kerja saya, dipertemukan dengan seorang gadis yang baik. Dan paling mengejutkan saya, namanya sama dengan M. Yang beza hanya ejaan saja.
Gadis tersebut banyak persamaan dengan saya. Kami kongsi hobi yang sama. Dan sifat gadis tersebut bagai langit dan umi dengan M. Tapi saya memilih M sebab saya rasa bertanggungjawab sebagai seorang lelaki untuk menjaga maruah wanita. Dan saya juga menganggap gadis tersebut sebagai dugaan saya dalam mahu membina masjid.
Sebelum terlupa, M mempunyai kawan2 baik. Yang menjadi masalah, kawan2 baik M tidak tahu yang kami sudah bertunang. Kawan2 M selalu match making M dengan seorang lelaki bernama R. Saya sudah pesan, M kena bagitahu kwn2 nya tentang statusnya, agar tidak salah anggap. R pula asyik contact si M mahu memikat.
Disebabkan perkara ini, saya tidak tahu apakah ini dugaan bertunang atau petunjuk dari Tuhan yang saya dan M tiada jodoh? Apakah gadis yang mempunyai nama sama dengan M itu adalah jawapan dari Allah untuk saya? Saya buntu.
Sejak akhir2 ini, kami kerap bergaduh. Selang 2-3 hari bergaduh. Owh ya, saya dan M jauh. Sorang di KL, sorang di Johor. Mungkin jarak menjadi punca pergaduhan kami. Saya mohon pandangan dari pembaca sekalian tentang situasi yang saya alami.
Sekian terima kasih.
– Mr. Adam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit