Petunjuk Istikharah?

Assalamualaikum, nama saya Indah (nama samaran). Terima kasih kepada IIUM Confesssion if penulisan saya disiarkan.

Tujuan confession adalah untuk share pengalaman sebab saya sangat suka menulis. Agak lama jugak tak hantar confession dekat sini.

Okay, kali ni saya nak story tentang mimpi dalam tempoh solat istikharah dilakukan. Jom mulakan. Kisah ni berkaitan Saya dan Dia

Solat istikharah dilakukan berhari-hari tanpa henti sehari pun. Akhirnya sampai satu masa saya sedar, seiring berlalunya masa seiring bercambah pengharapan yang ingin dikuburkan buat selama-lamanya.

Akhirnya, saya sedar bahawa diri saya terbatas. Saya mulai dari awal, bermuhasabah untuk membunuh rasa pengharapan.

Pada akhirnya, saya mengapai kemenangan. Tiada lagi pengharapan yang tersisa. Langsung tiada.

Tibalah suatu malam, di sepertiga malam terakhirnya, saya memaksimunkan zikrullah ketika waktu sepertiga malam. Seketika saya terlelap kerana kepenatan.

Tidak lama kemudian, alam mimpi memperlihatkan sebuah keluarga yang sakan bermandi manda. Saya sedang giat memerhati daripada kejauhan.

Sedang saya sibuk memerhati, kelihatan sepasang suami isteri sedang berjalan ke arah saya.

Sungguh jelas raut wajah kedua-duanya yang agak berkedut dan mulai mengendur. Menandakan raut wajah yang sedang dimamah usia.

Tenang sungguh raut wajah mereka. Bila terpandang wajah mereka, saya yakin bahawa mereka adalah ibu bapa kepada Dia.

Seketika mereka berborak mesra bersama dengan saya seakan-akan sudah lama mengenali. Segenap hal berkaitan saya diketahui mereka.

Sebelum berpisah dengan mereka. saya dan ibu Dia tersebut saling berpelukan di antara satu sama lain. Rasa macam real.

Seketika, saya meminta izin untuk pulang. Kepulangan saya diakhiri dengan kedatangan kesemua adik beradik Dia kecuali Dia yang malu-malu kucing tersenyum disebalik sebuah pintu.

Kedengaran jelas suara riuh rendah adik beradik Dia yang sakan sakat menyakat saya dan dia.

Akhirnya, saya mulai terjaga. Tergambar satu persatu di benak fikiran akan apa yang dilalui saya, sebentar tadi di alam mimpi. Saya mulai tersenyum.

Ketenangan di alam mimpi menjengah keluar ke dunia nyata. Sungguh tenang dan nyata rasanya.

Seolah-olah saya tidak bermimpi tetapi saya berada di dunia nyata. Hati bermonolog sendiri “Petunjuk isktikharahkah?”.

Masa berlalu dari hari ke hari dan saya bertawakkal sepenuhnya takdirnya di masa hadapan.

Solat istikharah disambung lagi berkali-kali melebihi 3 kali.

Dalam tempoh tersebut, mimpi lain datang bertamu. Mimpi kedua yang bertamu dalam tempoh istikharah adalah dalam mimpi tersebut = saya, dia serta ayah saya bersiar-siar.

Kami duduk di belakang tetapi berjarak manakala ayah saya memandu kereta.

Sebelum masing-masing turun, dia sempat menghadiahkan sebuah senyuman kepada saya. Sangat manis senyuman itu dan rasa sangat tenang. Sampai sekarang masih teringat senyumannya itu.

Third mimpi, saya balik kampung. Dalam mimpi tersebut secara ringkasnya mak saya dan family saya mention dia dan suruh bertanyakan sesuatu kepada dia.

Konklusinya, tidak semua solat istikharah yang saya laksanakan = hadirnya mimpi. Sekian sahaja coretan saya. Terima kasih kerana sudi baca. Have a nice day dan stay safe.

– Indah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *