Petunjuk Melalui Mimpi

First of all thank you if there is any chance this post could be published. Niat utama adalah sekadar berkongsi pengajaran melalui mimpi.

Pernah tak korang bermimpi pelik. Lol especially mimpi tu be like… seperti hidayah dari Allah or jawapan daripada Allah. Let me introduce myself as “Aku” whose lost and keep looking for an answer.

I was so thankful that this site teach me a lot, also opens up my mind untuk sentiasa bersyukur sebab setiap manusia di uji dengan cari yang lain. And we are all tested. So to start… here for another question.

“What if a person from death come back in to reality?”

Yes I dream of this just last night. I dont know who to share but I need an opinion, Perhaps i misinterpret my dreams or ianya sekadar mainan tidur.

A year ago, I lost my father and that was my biggest regret ever. Sebab tak sempat buat baik dekat ayah and I did really ignore him a lot. To be honest Im not a good daughter to my father. Hubungan aku dgn ayah aku seperti ‘ada takde’.

Mungkin dari dulu lagi aku anggap ayah tu takde or tak wujud sampaikan Allah pun mengambil semula pinjamanNya. I realize I did mistake, and i cant forgive myself for that.. dan mungkin sampai sekarang aku masih membayar hutang hutang dosa aku pada ayah aku.

Terlalu banyak dan tak mampu aku bayar sampai bila bila… mana taknya orangnya pun sudah tidak wujud lagi dibumi ini. Bertemu pun sekali sekali dalam mimpi.

Aku tak pernah berhenti doakan ayahku. Setiap pagi aku akan sedeqahkan 3x Al-fatihah agar melawat ayah dimana pun dia berada dan doaku pada Allah,

“Ya Allah, sampaikanlah Al-fatihah ku ini buat ayah dalam bentuk pelukan yang menggambarkan betapa aku menyayanginya, merinduinya dan sebagai tanda mohon maafku padanya.”

Aamiin aku percaya Allah mendengar doaku dan Allah pasti akan meperkenankan hajat ku.

Aku selalu bayangkan doa tu sampai dekat ayah aku dalam bentuk wajah aku penuh dengan senyuman, seperti angin yang memeluknya erat penuh tanda kasih sayang, dan juga tangan aku yang memohon keampunan. Berdosanya aku pada ayah aku. Maafkan aku ayah. Sesalan yang tiada pengakihran.

Ayah dengan aku tidak rapat sebab dia sangat lah garang. Dan aku tak pernah mintak apa apa kat ayah, apa tah lagi mengharapkan sesuatu daripadanya. Aku membesar semua hasil usaha aku sendiri.

Dia merupakan seorang ayah yang sangat lah garang dan sangat lah ganas ini membuatkan hati aku jauh daripadanya. Namun deep inside my heart. Aku sayangkan ayah.

Sangat sangat cuma disebabkan terbiasa tidak menunjuk atau mungkin masing masing ego aku lebih mimilih untuk simpannya dan biarlah aku tunjuk melalui perbuatan ku seperti yang selalu aku lakukan. Menghulurkan wang sekiranya aku ada lebih, menghantar mesej sekali sekala.

Tak pernah lah dengar aku cakap “ayah saya sayangkan ayah”.

Aku dengan ayah banyak tidak sependapat baginya dia perlu banggakan aku dan heboh heboh kan dengan semua kawan dia dan saudara mara kami yang aku dapat result baik dalam exam, aku kerja bagus, aku itu aku ini. Tapi bagi aku tak perlu lah nak menunjuk, buat apa. sementara je pun.

Little do i know that, It is their Right to be proud of their own kids” haihh banyak sungguh salah faham antara aku dan ayah. Dan aku belajar untuk tidak menyalahi orang lain selain diri aku yang tak patuh arahan Allah dalam Al-quran. Untuk kita sentiasa buat baik pada kedua orang tua.

I forget my father just like that and makes him feel worthless sebab aku sangat sangat pilih kasih, aku sayang mak melebih sehinggakan tiada baki untuk ayah dan lupakan ayah yang dahagakan kasih sayang seorang anak.

Selama hampir setahun ayah pergi…. hidup aku kian berubah. Semua tanggunjawap keluarga was totally pass to me. And sampailah sekarang. So semalam, untuk yang kesekian kalinya aku bertemu ayah dalam mimpi lagi.

To be honest aku selalu je jumpa ayah dalam mimpi. Macam-macam scene tapi satu yang pasti… yang pasti aku sedar dalam mimpi tu aku cuma bermimpi dan dalam mimpi tu lah aku mendapat peluang to treat my father well as how he should be treated or senang kata peluang perbaiki kesilapan yang lalu.

But for sure after I wake up there is no other feeling than just an empty feeling, sayu kerana message mimpi tu bukan lain dan bukan but REGRET. Mimpi tu banyak macam ayah cakap “Aku nak pergi jauh, sebab aku merajuk dengan kau. Kau tak sayang aku so biarlah aku pergi” sedihkan kau rasa.

Hahaha aku pulak pujuk2 dia balik end up aku bangun di alam yang nyata. Kadang aku sedih, kadang aku bersyukur mungkin Allah sayang aku so He allows me to see my ayah even dalam mimpi.

Okay sambung… so semalam aku mimpi ayah, tapi kali ni punya mimpi is like message that seem to be a commanding saying that,

“Oh my servant enough. Dont let your regrets kills you and do not linger in your past for all that I have done is the Best of all” wow….. macam Allah tengah conversation dengan aku kan. Namun… siapa lah aku ni, sekadar seorang hamba yang berdosa.

But literally that was the message given by that dream. Aku mimpi yang ayah tiba tiba ada dekat rumah tapi scene tu mcm scene back to 4, 5, 6 years ago I dont know mimpi tu mcm masa aku umur sekolah menengah lagi. Zaman yang aku ni baik, patuh dan taat pada ayah aku.

Zaman yang aku tak buat dosa lagi dengannya dan merupakan seorang anak yang sentiasa memaafkan ayahnya dan mendoakan ayahnya.

Ye aku mengaku aku berubah selepas masuk Uni.. bila mana Allah berikan aku kejayaan kejayaan yang tak seberapa tu aku sombong dengan ayah aku sendiri worse ever aku dah pandai melawan cakap ayah dan saban waktu perkara tu menjadi jadi.

Baru aku tahu…. Sometimes your blessing are also a test for you, kejayaan kejayaan yang Allah berikan pada kau merupakan satu Ujian buat kamu.

So back to that dream…. dalam mimpi tu, mungkin Allah nak aku perbaiki kesilapan aku yang lalu.

Entahlah yang aku tahu semua tu scene yang dah terlalu jauh kebelakang cuma aku je yang stay presence sebab aku sedar yang aku hanya bermimpi dan yang ayah dah meninggal dan takde lagi dalam dunya ni.

In short all was replaying the in past but me, aku je yang presence. So aku pun layankanlah mimpi tu… mimpi yang aku geram sangat dengan ayah aku sebab dah lah nak menyuruh aje tap nak marah marah pulak.

Lepastu kita dah buat buat ikhlas kot dia buruk sangka cakap aku buat anak dia cam pembantu.

Ok fyi, aku ada adik tiri dua orang dan ayah aku sangat pilih kasih dia sayang diorang dua orang je tak sayang aku pun. Kalau aku buat kerja separuh mati boleh tapi diorang tak boleh penat langsung, free free macam anak raja.

Layanan sehabis baik dah, diorang kene makan dulu baru aku boleh makan. Hahaha old memories. Tak sangka bila ingat balik benda yang pahit pahit mcmtu jadi kenangan yang aku mampu gelak je sekarang.

Perhaps that one of he reason kenapa aku pilih untuk jadi anak yang derhaka overlimit maybe. But still Allah cakap sabar, apa lah salahnya kalau aku bersabar dengan ayah aku mesti aku tak menyesal macamni.

So back to that dream, aku tengah bersihkan kandang rabbit dulu ayah mcm jaga banyak rabbit tau. So muka aku ni lah yang kene bersihkan taik taik rabbit tu, carikan rabit kangkung untuk makan.

Lol aku lah yang kene pergi semak semak tu cari kangkung, yalah kangkung tumbuh dekat semak dekat dengan tasik. So aku pun mintak lah tolong adik tiri aku tu teman.

Dah ayah aku ni marah marah pulak dia cakap aku pembantukan anak dia LOL~ so aku ni kan presence aku pun mulalah nak menyahut lawan cakap balik nada marah eh. Tapi out of sudden hati aku berbisik…..

“dearself, jangan ulangi kesilapan yang lalu. treat him well, you are here untuk perbaiki kesilapan kau” lepas dengar bisikan dari hati ni terus aku jadi calm balik. And then i talk to my father calmly penuh dengan kelembutan.

Aku cakap “ayah, yes saya mintak tolong adik but that doesnt mean saya buli dia, and that doesnt mean i dont love her. because i love them”

But it turns out that dream was hilarious, ayah makin teruk, mengamuk tak tentu pasal, life feels so tiada ketenangan lansung.  Hidup kembali serabut, hidup penuh dengan ketakutan.

Back to life where life is evolving on his rule. Kalau dia cakap buat buat lah kalau tak dia mengamuk. and you have no other choice than to stay nooded.

Haha lawak dalam mimpi tu aku even sorok belakang pintu bilik aku kot nak sorok daripada ayah hahahha. then suddenly my phone rings.

Disebabkan aku je yang ada dalam presense phone aku Iphone X lah keluaran tahun 2019 bukannya adapun tahun 2014 2015 mcmtu lol hahaha, adds on boyfriend aku yang call lagi la lawak.

Hahahaha ni boyfriend baru baru je dulu mmg taklah nak ada boyfriend ayah garang macamtu nak mampus ke. Aku pun angkat:

“Hello”

“Hello hey, where are you lah, what are you doin?”

“Im in the house lah, hiding from my dad. I dont know, how he came back from death?’

“What. lol are you serious?”

“Yes tho.. okay lah bubye, he’s looking for me now”

cellphone conversation end ****

So I watch the whole chapter, me sitting on the chair of the dining table. Slowly that chapter come into presence and then my hearts speaks.

“Dah mati kenapalah tak mati je terus. Kenapa lah hidup balik” daymnnn jahat kali kedua. Takku sangka hati aku akan berbisik mcmni sekali. Then after that aku terbangun. Terjaga dengan kejahatan bisikan hati sendiri. Ada pulak cakap mcmtu.

Jadi korang rasa…. apa maksud mimpi aku, or I actually misinterpret it or perhaps soalan tadi lebih sesuai yang berbunyi seperti….

“If you ever given a chance to live in your past, which mistakes would you fix”

Mungkin lebih sesuai… tapi yang pasti aku rasa mimpi tu nak cakap yang, “Takdir Allah itu adalah yang sebaik baik takdir” Allah maha Adil, Infact ‘He’ put everything in its place, on right time, right situation.

Perhaps kalau ayah masih hidup dia akan jadi lagi teruk. Lagi ganas or marah marah. Mungkin Allah dah selamatkan ayah daripada dunya yang penuh dengan dosa ni dunya pancarobah (tidak menentu).

Mungkin kalau Allah bagi aku peluang kedua aku tidak akan berubah. Perhaps Im still me, my old me, Mungkin aku tak jaga dia pun masa dia sakit, mungkin aku akan cakap dia menyusahkan aku je. Hmmm tak ke lagi tambah dosa macamtu.

Mungkin Allah sengaja hadirkan hati dan perasaan guilt in me so that I would not forget my father. So that I wont stop praying for him. Sebab Allah tahu, itulah apa yang ayah perlukan. ikhlasnya doa seorang anak.

Sekian dari Aku,

– Aku (yang hilang tanpa jawapan) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *