Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca IIUM Confession. Aku tak tahu nak luah kat siapa sebenarnya. Aku sebenarnya seorang farmasis kontrak yang masih berkhidmat di sebuah hospital kerajaan.
Dulu orang cakap, bidang kesihatan ni belajar susah, tapi kerja senang, confirm dapat tetap. Tapi sekarang dah tak semudah itu.
Untuk sapa yang tak tahu lagi, bidang profesional macam doktor, farmasis dan dental diperkenalkan sistem kontrak sejak tahun 2016. Sistem kontrak farmasi lain, bukan macam pekerja lain yang boleh sambung kontrak setiap tahun.
Bayangkan dalam setiap batch kontrak, lebih kurang 30% sahaja yang dilantik secara tetap, yang sampai sekarang kami tertanya tanya macam mana proses pemilihan lantikan tetap berlaku? Berdasarkan apa?
Tapi bila kami bersuara, ada pulak suara sumbang senior farmasis yang marah, katanya kami tak patut persoalkan benda ni. Kami ni disuruh diam dan akur je dengan keputusan, walaupun tak adil. Hehe.
Kepada senior tu, Kalau anda tak mampu nak zahirkan empati, lebih baik diam dari berkata kata. Kami tak kacau periuk nasi awak pun.
Terjadinya sistem kontrak ni disebabkan oleh lebihan graduan farmasi dikeluarkan setiap tahun. Point aku adalah, kenapa pihak berwajib tak sekat kemasukan pelajar farmasi dalam IPTA & IPTS?
Demi nak kejar keuntungan atau macam mana? Sudahnya kenapa kami yang jadi mangsa keadaan? Dan kalau betullah farmasis dalam sektor awam ni dah cukup, area pedalaman sebenarnya masih kritikal perlukan farmasis.
Dan aku kecewa bila kami dinafikan hak bersuara. Isu doktor kontrak, senior senior doktor dan persatuan doktor banyak yang support. Sedangkan kami macam krik krik je. Lagi teruk, senior yang bash kami. Menjatuhkan profesion sendiri je.
Mesti ada yang tanya, dah tau tu lari jelah swasta. Ye cakap pasal swasta, rate gaji kami kat swasta dah turun secara mendadak.
Ada offer gaji macam lepasan SPM (RM1K lebih je pun ada), tapi nak kami kerja macam bangla hari hari. Aku tak tau la benda ni boleh mengadu ke kat badan yang kawal kaji pekerja?
Memang orang cakap kalau gaji rendah jangan terima, tapi kalau dah semakin banyak saingan kau kat swasta, satu hari nanti mesti ada org terima offer gaji tu. Semua orang pun cuba nak ambik kesempatan dalam situasi sekarang.
Kalau pembaca rasa saya ni banyak mengeluh, percayalah saya dah banyak bersabar dan diam. Ini realiti yang saya nak beritahu pada graduan farmasi atau sesiapa yang bercita cita nak ambik farmasi. Sekarang kita tengah melalui zaman zaman kegelapan dalam kerjaya. Plan ur future betul betul.
Tapi, walaupun saya kontrak yang tak dapat tetap, saya masih buat kerja dengan elok. Tak pernah nak datang lewat ke mengular ke. Tapi ada pegawai tetap yang kerja asik membawang, mengular, masuk lewat dan sebagainya.
Nak buat aduan? Dah berbuih mulut. Tapi tau jelah memang orang kerajaan kerja tetap ni susah sikit nak kena hukuman.
Kadang rasa nak pesan je pada junior yang masih belajar tu (terutama oversea), kalau korang boleh terus kerja kat oversea tu, lebih baik kerja sana. Dispensing right dapat, kerja terjamin. Daripada balik Malaysia jadi pegawai kontrak yang dipandang sepi.
– Pekerja Kontrak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit