Phone Number Misteri

Mungkin ape yg aku nk share ni berbeza dengan org lain. Klu tengok pada tajuk pun dah mcm funny kan.. betul ker ni atau just buat cerita?
Aku nak share pengalaman aku yg berlaku pada aku masa aku masih lagi belajar kat IPTA. Ianya berlaku semasa tahun 1999…

Yer.. sudah lama berlaku… kira2 17 tahun yg lalu. Skrg aku da berumur 35 tahun.. Dah menuju ke senja ahahaha.. tapi jiwa masih remaja gitu… buwerk.
Kisahnya.. aku ni jenis suka beli handphone.. selalu sgt tread-in handphone.. zaman tu klu ade handphone baru mmg org akan tengok ko semacam la.. mcm best sgt la kan.. dan kegemaran aku.. suka sangat singgah kedai handphone.. tengok handphone yg terbaru.. lagi2 masa tu org gile sgt dengan handphone Nokia. Sesiapa yg pakai hp Nokia butterfly tu mmg win la ahahaha.. and aku la antaranya…

Ok, tutup kisah pasal hp nie.. sbb x kena mengena dengan crite aku ni kan..

So, masa tu aku penat dah nk top up Maxis.. time tu skali top up RM60.. klu x silap.. time tu msg pun mahal.. lagi nk call kan… so gatal la nk guna line.. bayar bill bulanan la kiranya.. aku dapat la nombor tu…
Ok, bermula la episode misteri dalam hidup aku..

First day talian da boleh guna.. aku start buat call kat kawan2 rapat aku la… konon2nya pakai bill.. siapa yang pakai talian yg ade monthly bill mmg bapak kaya la ngko.. tapi bapak aku x kaya.. aku jer yg memandai nk pakai nombor telifon yang ade bill hehehe..

First Case:
Time tu hp aku x ade bateri.. aku tinggalkan hp aku kat bilik hostel. Masa tu malam dlm pukul 830. Kitaorg ade perjumpaan fasilitator.. maklum la aku ni jenis aktif sikit bab2 macam tu masa kat IPTA dulu. So perjumpaan tu smpi la pukul 1030 malam..
Lepas tu kitaorg semua balik hostel lepas perjumpaan diskusi habis. Aku terus masuk bilik, on hp sbb charge dah penuh. Lepas tu aku letak balik hp aku.
Tak lama lepas tu, kawan aku bernama Suhaila telefon aku.
Jam dah 1130 mlm.. dia tanya aku kenapa call dia banyak kali. Ade missed call dlm 20 -30 dari aku sepanjang masa aku pergi perjumpaan tu. Aku jadi pelik skejap sbb aku ngn Suhaila ade dlm bilik yg sama semasa perjumpaan tu. Aku dan Suhaila antara fasilitator.
Dia mcm risau la kenapa aku telefon dia banyak kali, aku cakap aku x call.. mcm mana aku nak call dia sedangkan aku x ade no dia.. sbb baru tukar phone masa tu. Dan aku x pernah save no dia.. (masa tu aku just abaikan rasa pelik ni)

Second Case:
Aku lepas solat Isyak masa tu.. tiba2 phone aku berbunyi… aku jawabla mcm biasa.. tapi nombor telefon tu mcm dari talian rumah mcm tu.
Org lelaki yg call aku.. aku tak kenal dia.
Dia tanya aku kenapa aku asyik buat missed call kat company dia. Nombor aku ni tertera kat display phone dia. Bila dia angkat nk jawab aku putuskan call tu. Banyak kali nombor aku naik smpi dia da tak tahan dan call aku.
Dia siap marah aku.. Kalau belajar, belajar betul2 jangan nak menggatal telefon sana sini.. Adoi.. time tu aku memang tak boleh nk back up diri sendiri sbb terkedu.. serious aku jadi speechless.. aku rasa mcm bengong skejap.

Third Case:
Aku nk gi makan kat luar dari hostel.. masa tengah berjalan tu.. tiba tiba telefon aku berdering. Aku tekan nk jawab tapi diam…. Tiada org di talian.. bila aku check balik received call… no history langsung… Serious aku blurrr

Fourth Case
Pukul 1230 malam masa tu.. semua roommate aku da nk start tidur… so one of my friend suruh tutup lampu so bilik jadi gelap teramat sangat la.
Katil aku belah atas. So lepas tutup lampu aku terus panjat katil.. tiba2 telefon Kak Ma berbunyi. Masa tu bingit sgt. Kawan aku yg mata dia dah pejam tu x boleh bukak suruh aku amekkan hp dia atas meja sebelah aku jer.. aku mencari hp dia x jumpa biasa bila call hp dulu2 kan.. bila ade call in hp tu aku menyala.. lepas tu hp kak Ma senyap balik. Aku nk panjat katil balik. Kak Ma da mula membebel, x kan x nmpk hp dia.. Dia risau klu ade emergency call.
Lagi sekali hp dia berbunyi.. dan aku kena amek hp dia sbb aku belum panjat katil lagi. Sekali lagi aku mencari-cari hp dia.. Sumpah aku mmg x nmpk hp dia tu.. dia mcm nak marah pulak.. tak kan tak Nampak hp tu.. kan ada cahaya? Adoi,, tak pasal2 kena marah.. lama sikit tangan aku terpegang hp dia.. OK settle masalah.
Aku terus ambik hp dia.. bagi kat dia time tu jugak hp tu stop berbunyi. Adeh… 2 kali call x leh jawab. Kak Ma da tenyeh2 mata dia cari balik received call.
Lepas tu dia cakap, MiMi… kenapa ko telefon aku??
Aku cakap, x kan aku call dia.. kan aku ni nk tdo.. da ready nk panjat katil. Muka aku da pucat masa tu.
Kak Ma lagi sekali tengok hp dia.. Cuba utk confirmkan.. dia check lagi.. memang sah panggilan tu dari hp aku.. 2 kali missed call pukul 1235 (konon2la yer sbb da x ingat masa sebenar)
Aku x puas hati, aku gi bukak lampu bilik, nak ambil hp aku tunjuk kat Kak Ma yg aku x ade buat call.
Time aku nk capai hp aku tu.. Ya Allah… Hp aku tgh charge and it is switch off!
Aku amek hp aku, aku tunjuk kat Kak Ma.. Serta merta Kak Ma menjerit ketakutan. Aku terus bukak bateri dah buang nombor tu.
Lepas tu terus panjat katil kak Ma.. tidur sama2 satu katil dan biarkan lampu menyala sampai pagi.

Lepas tu aku da tak guna nombor tu.. aku telefon abang aku bercerita pasal ni.. x semena2 bulu roma dia mencacak.. dia cakap ape yang aku cerita ni betul. Abg aku ni jenis ade six senth kot agaknya.. Kalau ko bercerita hantu kat dia.. dia x ade rasa ape2.. mmg sahla ko tipu.. dia boleh feel.. x macam aku.. ko cerita hantu buku pun aku leh takut huhuhu..

So lepas tu aku nekad. Aku tak pakai dah nombor tu. Aku beli prepaid.. top up bulan2.. lagi bagus.. Tiada lagi terima panggilan pelik2.. tiada lagi mangsa missed call.
Aku pergi bayar semua bill dan mintak stopkan line tu.. Tapi sebelum tu bill tu sampai kat rumah keluarga aku.. Last bill… bila aku bukak bill.. tak ada pun history nombor yang call sepah2 tu.. adoii.. mmg seram.

Sebenarnya banyak lagi ceritanya tp banyak yg aku da tak ingat.. Ni jer antara yang aku ingat.. Dan nombor tu pun aku dah tak ingat.. sebab menakutkan sgt.. ahhahaa..

OK, itu jer yg aku nk share kat sini.. Dah lama aku simpan story ni.. aku tak pernah cerita dengan mak ayah aku sebab mereka tak akan percaya cerita karut macam ni… tetapi.. ianya bukan karut.. ianya memang benar2 terjadi pada aku.. tak tahu macam mana nak rungkaikan misteri ni.

Terima Kasih sudi membaca.. 

– Mimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit