Pilih Kaca Dari Permata

Nama aku Nadia, aku nak ceritakan kisah hidup aku dengan bekas laki aku nama dia S (bukan nama sebenar). Aku dan S dah kenal selama 3 tahun. Tapi perkahwinan aku bertahan 7 bulan sahaja.

S ni seorang yang alim, tapi kasar orang nya. Dia tinggi putih melepak, mata sepet, kacak orang nya. Berbanding aku ni, pendek, hitam mata panda pulak tu. Tapi tak tahu dia bole terpikat kan aku pulak.

S ni masa kenal memang asyik bergaduh jugak la. Kejap putus kejap sambung balik.

Pendekkan cerita. Aku dan S pun kahwin jugak akhirnya. 3 bulan pertama tu ok la hubungan aku dan S. Masuk bulan 4 aku dah rasa lain.

First aku perasan dia dah tukar lock telefon dia. Dia tak bagi aku aku post gambar aku dan dia kat sosial media. Padahal dah kahwin kot. Tapi aku ni degil akan post jugak gambar kami berdua.

Tapi yang peliknya, aku akan post gambar aku kat insta. S ni tak ada insta pun tapi dia bole tahu. So aku dah pelik kat situ macam mana dia boleh tahu. Sedangkan aku privatekan acc insta aku tu.

S sejak kebelakangan ni berubah gila. Suka duduk lama2 kat kereta sambil on call atau mesej.

Pernah sekali tu aku nampak dia kat dalam kereta tengah on call lama jugak la aku perhatikan dia.

Aku dah geram aku serbu je dia kat kereta tu, tapi aku perasan dia terus tutup call tu and panggil dia masuk rumah sebab dah malam jam 11 lebih macam tu.

Kau tak syak ke kalau macam tu? Eh otak aku ni laju je dah pikir lain.

Malam tu jugak aku tak tidur sebab nak check handphone dia. Tapi dia dah delete call nombor orang tu. Aku tak dapat nak buktikan lagi.

Sampai la bulan puasa kat sini aku dah tak berapa ok dengan S, sebab S kerap marah aku, tengking aku.

Cakap aku melawan dia padahal aku tak buat salah yang besar hanya salah yang sekecil kuman, tak gosok baju dia dengan betul ada renyuk sikit je kat hujung baju bawah padahal dia akan masuk jugak baju tu dalam seluar. Yela baju formal kan, ber kot bagai.

Masa bulan puasa aku ni balik kerja awal 1 jam, so masa aku balik aku tengok S dah sampai rumah dulu. Tapi S nya tak ada lesap. Entah kemana dia pergi pun aku tak tahu.

Aku pun call dia, S kata dia kena ke KL hantar bos dia kat sana. Hati aku ni tak sedap, macam ada benda yang tak kena dari aku balik kerja sampai ke malam sebelum dia balik.

Sebelum dia balik, dia call aku cakap boleh tak ambil dia kat bus stand.

Aku terkejut bus stand? Pergi KL naik kereta siapa aku tanya S.

Dia jawab sambil dia marah-marah kat aku, cakap aku tak percaya dia. So aku diam dan turuntukan sahaja.

Aku ingat dia akan sampai sini jam 10@11 malam. Dia beli tiket bas jam 11 malam dari KL.

Masa dia call aku suruh ambil tu lepas berbuka puasa so waktu dari lepas buka sampai jam 11 buat apa??

Aku dah fikir lain dah.

Pendek cerita dia sampai bus stand jam 2 pagi.

2 pagi guys, esoknya aku nak kerja. Dia tak kerja esok nya.

So petang esoknya tu, aku balik kerja masuk bilik tengok dia tengah tidur. Aku pun nak baring kejap lelapkan mata tapi mata aku tertumpu kat telefon S. Aku pun cuba buka telefon S ni.

By the way, aku tahu password telefon dia, tapi S tak pernah tahu yang aku tahu password dia. 

Masa dah berjaya buka telefon dia, alangkah terkejutnya aku ada mesej dari perempuan nama A (bukan nama sebenar) paling atas sekali.

Aku buka whatsapp tu and aku ternampak gambar dia dengan perempuan mana entah. Menggigil tangan aku, terus tutup whatsapp tu. Otak aku dah tak boleh fikir lain dah.

Aku simpan dan pendam je tak bagitahu pun dengan siapa-siapa.

Masa hari raya tiba, maka bermula kisah pahit dan hitam buat aku.

Malam raya kami pulang ke kampung nenek S. Beraya di sana.

Malam raya mood dia tiba-tiba ok. Ada la tu benda yang dia nak. Aku pulak sebagai isteri turuntukan sahaja. Dan esoknya raya pertama bersalam salaman dengan nenek dan S.

Masa otw ke rumah atuk belah mak dia. Aku snap gambar kami berdua dan post di insta.

Dengan caption : insyaallah raya tahun depan kami ber 3. Pada hari raya ke 2 aku perasan dia berubah dari sikap dia.

Aku tegur pun macam nak tak nak layan aku. Aku pun diamkan saja.

Malam raya ke 2 tu aku dah balik ke rumah kami la, masa otw balik tu, S singgah 1 masjid, dia yang terawal masuk dan keluar.

Aku ni biasalah perempuan kan, nak remove make up lagi, ambil wudhuk dan pakai telekung je dah berapa minitkan.

Selepas solat je aku terus bergegas keluar dari masjid tu. Masa aku keluar aku dah nampak dia dah tunggu aku dalam kereta.

Aku terus masuk kereta duduk seat belakang, sebab aku nak sambung make up. Masa aku duduk belakang aku ternampak whatsapp dari A ni send screenshot gambar aku post kat insta.

Terkejut aku tengok S boleh ada gambar tu. Dia pun muka dah marah sangat. Terus dia tanya aku, post apa kat insta.

Aku terdiam dan tak jawab pun soalan dia, tapi aku tanya dia balik, siapa A tu.

Terus tengking dan marah aku sebab kan post gambar aku dan S! Aku rasa kali ni aku tak boleh diam, aku kena ambil nombor A tu and serang dia.

Dan cuba teka, aku dapat ke tak nombor A tu. Yes!

Aku berjaya dapatkan nombor A tu. Tu pun kantoi tau aku usik telefon dia.

Dia dah ukur siap-siap2 kat atas meja tu. Bayangkan lah kehidupan aku tu macam mana.

Aku terus whatsapp perempuan tu cakap pasal ni. Siapa dia dan hak dia untuk send gambar tu kat dia.

A play victim, dia yang tersakiti la konon nya aku serang dia melalui whatsapp. And guess what, S marah aku sebab serang A, kata aku bodoh serang budak tak bersalah!!!

Aku tergamam sebab aku ingat kau akan mengaku salah kau dan minta maaf.

Oh no! Jauh meleset sangkaan aku. Dia boleh back up si A berbanding aku yang wife dia.

Aku tak boleh tahan aku balik rumah parents aku raya 5. Untuk pengetahuan korang S belum beraya dan datang rumah aku untuk salam dengan mak ayah aku.

Aku balik sorang diri ke rumah parents aku. Sebab dia halau aku dari rumah.

Mak S mesej aku nak jumpa aku, aku setuju dan terus ke rumah mil aku, aku menangis dan cerita semua kat mil aku. Alhamdulillah mil dan fil aku faham situasi aku dan berpihak pada aku.

Raya ke 10 S panggil aku datang rumah sebab ada benda nak bincang, aku datang tapi aku bawa mil aku teman aku untuk bincang sekali.

Aku tak bawa pun parents aku sebab mak ayah aku tak tahu hal ni.

Masa kat rumah S tarik aku bawa masuk bilik, and marah aku sebab aku whatsapp A tu bagi tahu terima kasih sebab hancurkan rumah tangga aku dan semoga kifarah menanti mu.

S marah sangat2 sebab aku cakap macam tu and back up A kata A tu kawan baik dia. And hubungan diorang sekadar kawan saja.

Tapi mil aku terus buka pintu bilik aku dengan kunci spare and tarik aku keluar dari bilik tu, and marahkan S sumpah serana S tu.

Terus S cakap kat mil aku, dia akan ceraikan aku dan keluar dari rumah tu.

Sebab rumah tu atas hak milik mil dan fil aku. And yes kami pun bercerai secara baik (sebab nak cepatkan proses cerai).

1 je aku nak cakap dekat A. Terima kasih sebab hancurkan rumah tangga kami.

Selepas aku dan S cerai. S dan A kahwin kahwin selepas 8 bulan aku bercerai ya.

And tahniah to S and A.

Selepas aku cerai, aku dan S kurang bergaduh dan kami macam jadi kawan baik.

Yes I know aku salah sebab still keep in touch with S. But you know perasaan sayang pada S tu kuat lagi. Tapi hati tak nak kembali pada S.

Cepatnya S kahwin, tapi mil aku tak restukan hubungan diorang.

Dipendekkan cerita, S dan aku contact dalam diam. Aku jenis malas melayan tapi tu la rasa nak tahu sepanjang perkahwinan diorang tu macam mana.

S akhir nya meluahkan semua masalah dia kat aku, aku jadi tempat luahan dan aku jugak tepuk tangan belakang tirai untuk dia. Jahatkan aku.

Tapi tu la realiti kehidupan S. Antara luahan dia kat aku: 

Luahan 1:

A tidak pandai melayan S seperti mana aku melayan dia. Melayan dari seperti hidangkan makan, minum dan sambut dia balik kerja.

Tapi A hanya dengan telefon dia saja. 

Luahan 2:

A seorang yang pemalas, malas masak dan kemas rumah. Oh baju pun malas basuh.

S yang buat semua kerja tu. S penah cite kat aku lagi, bini dia masak untuk dia sahaja makan, untuk S masak la sendiri.

And periuk masak nasi tak basuh sampai berkulat dan bau tengik. S jugak yang basuh.

Luahan 3:

A tak pernah sapu lantai, bersihkan meja lepas makan.

S kata aku rajin, kemas rumah, rajin sapu hari-hari, mop lantai seminggu sekali dan lap meja bersihkan sampai habuk pun tak ada. Tu la pujian pertama dari S selama kami kenal.

Luahan 4:

A kuat melawan dia, kasar dengan dia, pukul S tu macam punch bag.

Kalau bergaduh semua benda dia hempas barang dan tarik langsir mengamuk menjerit sekuat hati. Sampai S ni yang tak pernah nak berkasar dengan perempuan jadi terpaksa kasar.

S cakap lagi, aku ni sepanjang kenal dan kahwin pun tak pernah melawan dia dan marah dia. Sekali lagi aku dipuji dan aku tepuk tangan di belakang tirai.

Luahan 5:

A suka buruk kan dia pada kawan-kawan A. And nanti kawan-kawan A ni masuk campur dan mesej S cakap S itu ini.

Sepanjang aku kenal hingga kahwin tak pernah sekali pun aku buruk dan cerita hal antara aku dan S pada kawan-kawan aku.

….

Alhamdulillah, sekarang pun aku dah kahwin 5 tahun bahagia, walaupun tiada rezeki zuriat lagi, aku tetap bahagia, sedangkan S merana sehingga sekarang. Macam mana aku tahu, sebab adik dia la tempat luahan dia sekarang.

Untuk pengetahuan korang, A tu sehingga sekarang masih stalk life aku, sampai cemburu aku dapat jalan travel sana sini. Dia dan S pulak tak berjalan macam aku, sebab S bukan seorang yang suka pergi sana sini.

By the way korang doa kan aku dikurniakan cahaya mata ya.

– Nadia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. hahahahahaha puasnya hati aku baca confession sis. syabas beteh. kena kifarah ko ye wahai bekas suami dan pompuan tak tau malu tu.

  2. Boleh sudah kau buat novel ni sis. Dapat juga duit. Daripada kau meroyan dan memburukkan orang seumur hidup dekat confession ni. Dapat apa???? Tuhan bagi berkat melimpah – limpah ker??? Mak Bapak jadi senang kerr??? Orang lelaki bertuah dapat perempuan pendendam kerr??

    • Saya rasa puan ni cuma nak kongsi cerita.

      Setidaknya, kita dapat pengajaran untuk sentiasa hargai pasangan. Jangan lepas dah tiada, terkejar-kejar minta simpati. Lagipun, setiap perbuatan kita ada balasan.

      Untuk S, dia dapat balasan dia. Kerana cinta, dia khianat bini dia yang setia. Akhirnya, Allah beri balasan yang isteri baru tak hormat dia, tak jaga aib dia.
      Untuk A pula, dia runtuhkan rumahtangga orang lain, Allah beri balasan, rumah tangga dia tak bahagia. Jiwa tak tenang atas asbab dosa-dosa dia.

      Untuk Puan Nadia, Allah uji dia dengan pernikahan tak lama, suami tak setia. Tapi kemudian, Allah gantikan kesedihan dengan kebahagiaan baru. Biarpun masih belum punya anak,tetap Allah beri dia tenang setelah ujian berlalu.

      Memang beginilah sistem dunia. Setiap pilihan ada akibat baik buruknya. Sebagai manusia yang penuh dengan dosa, kita muhasabah diri dan sentiasa bertaubat bila melakukan kesalahan.

      Apapun saya setuju yang puan nadia boleh tulis cerita ni dan jadikan novel agar beri pengajaran pada orang lain.

  3. Boleh sudah kau buat novel ni sis. Dapat juga duit. Daripada kau meroyan dan memburukkan orang seumur hidup dekat confession ni. Dapat apa??? Tuhan bagi berkat melimpah – limpah ker??? Mak Bapak jadi senang kerrrr?? Orang lelaki bertuah kerr dapat perempuan pendendam ni.

    Tambahan. Kalau hidup sering berantakan tu faham – faham saja la yerrr. Mungkin hukuman sedang dilaksanakan perlahan lahan.

    Copy paste from Christina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *