Assalamualaikum. Aku perkenal kan sedikit tentang diri aku, aku seorang perempuan, anak kedua dari lima orang adik beradik. Empat perempuan, bongsu lelaki. Telah berkahwin, dikurniakan sepasang cahaya mata.
Harini hampir seminggu aku silent treatment dengan parents aku, aku homesick. Tapi aku ego. Sebab aku tak salah. Sebab aku menegakkan kebenaran.
Kisahnya, adik bongsu aku lelaki. Tahun ni berumur 11 tahun. Satu satunya lelaki pengganti selepas abah tiada nanti.
Aku tak tahu, kenapa dari adik aku yang tu kecil, sampai dah besar. Aku tak pernah anggap dia wujud, aku tak tahu sama ada aku tak sayangkan dia, atau ego. Aku tak pernah dukung dia, berkasih sayang dengan dia. Bagi aku dia punya perangai terlalu jahat. Bukannya nakal.
Disaat budak budak sebaya dia main kejar kejar, main bola, basikal. Tapi dia sejenis yang suka berkepit dengan ibu aku, sampai kan umur 11 tahun pun masih tidur sebilik.
Dah berkali kali aku tegur. Tak boleh tidur dengan ibu abah, berkali kali juga aku usaha angkut tilam dia letak luar. Masih sama. Aku give up.
Apa yang jahat? Phone yang dia pecahkan, tak terkira. Semuanya phone yang berjenama dan mahal bagi aku. Bukannya pecah secara tak sengaja, tapi secara sengaja.
Tv yang baru dibeli tak sampai setahun yang harganya hampir RM4 ribu. Pecah lcd dan tak boleh tengok sebab kan dia. Sofa set baldu yang cantik2 yang harga beribu tu. Ditoreh, dibakar sampai berlubang. Basikal dia yang dibeli dengan harga RM600. Tak sampai 2 tahun dah lerai.
Habis semua jahanam dapat dekat dia. Curi duit? Jangan cakap lah, dia selalu rasa dirinya hebat dekat mata kawan kawan dia. Apa yang dia nak pasti ibu abah akan turuti, padahal dia lebih kepada ikut kepala sendiri. Banyak lagi yang tak mampu aku senaraikan.
Pernah aku dan kakak aku kata pada ibu, cuba bawa dia ni pergi jumpa pakar. Takut ada yang tak betul dekat otak dia. Tapi ibu aku menganggap kami menghina anaknya pula
Apa yang membuatkan aku marah, merajuk dengan parents aku. Lebih lebih lagi ibu aku. Adalah sebab dia sentiasa menangkan anak bongsu nya, anak tak nak sekolah dia ok, anak tak pandai mengaji dia ok, anak tak pandai hormat orang pun dia ok.
Katanya itu saja anak lelaki yang dia ada. Wali kami. Punca silent treatment aku bermula bila, aku menegur adik bongsu aku tak pergi ke sekolah. Setiap minggu mesti ada beberapa hari dia akan cuti. Alasan sakit itu dan sakit ini. Cuma ibu aku saja yang percaya.
Aku bising bising, sudahlah tak pandai akademik, mengaji pun tak pandai. Surah al ikhlas pun taktahu surah apa bila ditanya oleh ku. Aku menegur, untuk kebaikan. Aku marah, benda yang benar.
Tapi ibu ku susah nak terima setiap teguran aku walaupun teguran yang baik baik. Tak habis habis diungkit nya aku ni pun bukan baik sangat dulu.
Ya, dulu aku memang nakal, buas. Tapi ilmu agama yang aku belajar sangat cukup, boleh aku ingat semuanya sampai dah beranak pinak.
Aku menjawab, teguran aku untuk kebaikan, tolonglah ambil yang baik. Tak perlu pun ungkit ungkit kisah silam aku. Sampai kan dikatanya aku derhaka.
Disebabkan aku menjawab setiap ayat ayat dia yang backup adik bongsu aku. Lagi lah aku menjawab. Bila masa pula aku derhaka? Derhaka tu tuhan je yang akan menentukan.
Aku marah, sebab cara aku tiga beradik teratas. Dibesarkan dengan cara agak kasar. Masa aku sebaya adik bongsu aku, apa saja yang aku tak pernah kena. Getah paip, hanger, rotan jangan cakap lah. Setiap minggu beli baru. Sampai berbirat, sampai luka badan ni.
Kena kurung dalam tandas, kena ikat tangan dekat kaki kerusi. Bila tak pergi sekolah je, kena kurung dekat luar rumah berlapar dan haus dari pukul 7 pagi sampai waktu orang balik sekolah.
Paling yang aku tak boleh lupa. Kepala aku pun pernah dipijak betul betul depan pintu rumah. Untuk salah apa aku pun dah tak ingat. Aku memang tak boleh lupa setiap kesakitan yang aku pernah lalui masa kecil.
Tapi aku maafkan ibu. Sebab dia ibu aku. Dan mungkin masa tu dia muda lagi, jadi ilmu, sabar nya mungkin tipis. Tak ada ilmu parenting yang betul.
“Jaga je anak kau” itu lah ayat yang ibu aku keluar kan sebelum aku left group family. Aku sedih, aku marah. Aku rasa tak boleh nak tengok muka adik bongsu aku. Sudahla pemalas, belajar tak pandai, mengaji tak pandai. Anak emak lagi tu.
Adik bongsu aku sangat sangat suka bila kami, yang pernah menegur dia atas kesilapan dia kena marah dengan ibu semula, muka bangga dia, sampai kembang kembang hidung dia. Punya bangga bila di backup oleh ibu.
Memang betul dia bongsu, dia wali. Dia satu satunya lelaki yang patut lindungi ibu bila tiada abah, lindungi kami. Itu memang patut kami jaga patut dibanggakan.
Tapi dari sekarang pun kurang didikan yang diberi. Aku takut satu hari nanti, dia lah orang yang paling menyakiti ibu bila besar nanti. Semoga dijauhkan lah daripada perkara begitu.
Salah ke aku berdiamkan diri aku? Salah ke aku ego? Semalam ibu ada kata yang dia rindu cucunya. Anak sulung aku dulu membesar depan mata dia. Sebab suami aku kerja dioversea masa tu, aku pun bekerja.
Sekarang anak aku pun dah tak nak pergi rumah dia, ada aku suruh suami aku bawa anak aku kerumah dia semalam, tapi anak aku taknak lansung turun dari kereta.
Walaupun aku rasa macam aku tak ada rasa sayang pada adik bongsu aku, tapi tiap kali aku bawa anak aku berjalan, aku akan ajak dia. Beli makan pakai dia. Walaupun aku selalu meluat tengok muka dia.
Aku kakak dan anak yang jahat ke?
– Ms M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mak yang selalu meraja kan anak lelaki ni mmg akhirnya akan hasilkan anak yang tidak berguna, muda lagi adik tu baru 11 tahun masih boleh di bentuk tingkah laku nye. Mintak sesiapa untuk nasihatkan mak agar tidak menjadi hamba kepada anak lelaki tersebut. Jangan menyesal kemudian hari memang dah tak berguna dah.
Hmmm…apa kata puan ajak semua adik beradik puan tazkirah ibu puan dan si spoilbrat tu secara berdepan .. cakap baik baik…jangan emosional..nasihat dan jelaskan apa bakal berlaku kalau si bongsu ni terus dimanjakan berlebihan…lepas tu,terserahlah kat ibu puan nak terima ke tak nasihat puan adik beradik…at least, tanggungjawab puan adik beradik dah selesai…teringat pulak filem Anakku Sazali..maaf saya x berniat nak mengata adik puan tu…tapi boleh cakap kat ibu puan,”Mak nak ke nanti si bongsu tu jadi macam filem Anakku Sazali tu?”..
Sound depan muka mak. Mak tu dah berumur. Esok ni mak dah tak ada…siapa nak tengok adik tu? Kau ckp dgn adik kau tu.. Nanti mak dah mati.. Kau buat perangai hantu ni… Jgn harap kakak kau ni nk backup kau dah..pndai2 la kau hidup. Nak kebulur ke.. Mati ke.. Meringkuk dlm penjaga ke.. Lantak kau situ. Terpaling bagus kan?
Adik kau ni jd mcm ni sbb perangai mak tu satu.. Lg satu dia tak de figura bapak nak ajar dia jd org. Kau tak de ke pak cik ke sepupu yg boleh lempang adik kau tu biar jd org.
kisah adik sis nie mcm orang saya kenal alami mcm sis.. die ada adik bungsu lelaki yg lain perempuan.. ape adik die nk adik die dapat.. mak die siap ckp dekat kami . adik lelaki die.. anak mak.. ape2 kne dengar cakap mak.. adik die pernah buat anak org pregnant luar nikah dua kali.. 1 bg org.. kali kedua kawenkn.. last2 cerai xsampai setahun.. mak die tetap merajakan anak lelaki.. anak lelaki die xsalah ape2.. yg slh menantu sbb xnk tolong ank die.. sedangkan die tau anak die penagih..
ayah xblh tegur anak.. nnti ayah die akan kena dgn mak die.. last2 sekarang anak lelaki kebangaan die jd penagih dadah.. tp die tetap backup besar anak lelaki die.. xde sesiapa boleh tegur anak lelaki die.
ayah diepn pisah dgn mak die sebab rasa mcm xguna bersama.. wlwpn dh kawen lebih 30 tahun..
kesan manjakan anak.. anak jadi dugaan masa tua die..
dulu2 mengata anak org.. ckp anak org pregnant luar nikah..org nie pengotor.. semua buruk org die nmpk.. last2 apa yg die kata terjadi dekat anak2 die..
sekrg org just mampu lihat dan jdkn pengajaran.. jgn sibuk mengata org.. jgn manjakan anak terlebih…