Haii semua kepada pembaca IIUM Confession. Hari ni saya nak luahkan apa yang saya rasa selama ni.
Nama saya YN. Saya ada mak yang sifatnya pilih kasih kepada saya. Layanan kepada saya sangat berbeza dari adik beradik yang lain. Saya ni anak yang bongsu.
Saya dari kecil selalu kena pukul. Silap sikit pukul. Sampai lah saya dah besar mak masih pukul saya.
Masa saya kecil apa yang saya cakap semua mak tak percaya. Mak lebih percaya cakap kakak saya. Boleh dikatakan kakak saya play victim.
Dengan izin Allah semasa umur saya 20 tahun saya kahwin.
Bila saya dah kahwin mak tak pernah pukul tapi dia selalu marahkan saya, benda2 yang kecil pun dia nak perbesarkan. Selalu kena jerit2.
Saya sampai sekarang masih menumpang rumah mak, begitu juga dengan adik beradik yang lain.
Dah berapa tahun berlalu kan ini lah yang saya hadap setiap hari. Kerja2 dekat dapur semua saya buat kemas2 rumah pun saya.
Kalau saya tak buat 1 kerja mula lah dia jerit2 tak boleh nak cakap elok2 dekat saya.
Pernah dulu anak saya sakit nak bawak pergi hospital. Masa tu kami tak ada kenderaan. Ada kereta pun ayah saya.
Saya mintak tolong tapi diorang hina2 saya cakap itu ini. Saya sangat malu dan sedih.
Depan2 suami, saya kena hina sebab mintak tolong hantar ke hospital.
Mak saya suka jerit2 saya tapi dengan yang lain diorang gelak2 happy lah nampak.
Beberapa hari ni, mak saya masak banyak lauk. Tapi semua lauk2 tu dia simpan untuk adik beradik yang lain. Tapi saya dia tak simpan kan pun untuk saya.
Pernah sekali tu makanan tu terusik. Depan saya dia jerit2 marah ada orang usik makanan tu. Masa tu saya sorang je kat situ dan saya sangat terasa.
Semalam saya luahkan semua dengan suami. Suami saya pun tahu macam mana layanan keluarga saya dengan saya.
Tolong doakan kami dapat keluar dari rumah ni. Dah bertahun saya sabar cuma tak ada rezeki lagi dapat rumah..
– YN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
awak….cari la bilik utk disewa pun jadi la….
please keluar dari situ, suami awak kne main peranan..
sampai bila nk ddk menumpang…dgn keadaan persekitaran yg toksik
tak sesuai utk ketumbesaran anak awk…..
usaha la awk…cuba….
Keluar jer cari rumah lain, kamu dan keluarga kecil kamu ada harga diri, walaupun kamu tidak punya apa2, jgn biarkan hidup kamu terus dibuli
Umur 20 tahun kawin? Duduk dengan family lagi? Macam mana awak buat life decision ya? Husband awak pun umur 20 ke masa kawin? Dia pon clueless macam awak ke? Hidup ni simple je. Dah tau orang tak suka, cau je la. Perkahwinan tu sepatutnya salah satu cara untuk awak lepaskan diri. Tapi tak. Banyakkan berpikir lagi ya. Saya dengar cerita awak pun dah rasa nak marah. Macam orang yang takde common sense. Apatah lagi mak ngan family yang duduk sekali.