Pilih Kasih

Hi semua. Nama aku Nadhira. Stay di utara malaysia. Aku terbukak hati nak confess lepas terbaca confession Merak ( Anak Derhaka ) Oh btw terima kasih kalau-kalau admin IIUM Confessions siarkan artikel ni. Artikel ini mungkin panjang bagi sesetengah pihak. Dan aku mintak maaf.

Aku anak sulung dari 6 orang orang adik beradik. Bapak aku kawen sorang lagi selepas kematian mak aku masa umur aku 6 tahun. Well, mak tiri kan. Aku tau ada je mak tiri yg baik, aku tak nafikan tu. tapi mak tiri aku. hmm. mmg versi mak tiri cinderalla. Nasib lah aku ni anak sulung so takdak la anak-anak mak tiri aku buli aku. haha

Aku dah start belajar memasak, kemas rumah and etc since aku sekolah rendah lagi. Balik sekolah terus masak. Bapak aku? Dia busy gais. Cari duit nak suapkan ke mulut-mulut yang ada dirumah time tu. Kami bukan orang senang. Start dari situ aku berazam jugak nak dduk jauh-jauh. Takdak la mak tiri aku bertanduk sangat. Lepas SPM aku dpat tawaran ke IPTS. Jauh dari sini. Tu je peluang aku. Cuti sem aku tak balik. Mereput dalam bilik sewa. Cari kerja part time.

After graduate bapak aku suruh aku stay rumah. Dengan bapak mak tiri aku sakit. so sebagai anak sulung, aku dipertanggungjawabkan jaga adik-adik aku yang masih kecil. ( ohh lupa nak bagitau aku ada sorang adik perempaun dengan mak kandung aku, dan lagi 4 orang tu anak mak tiri aku)
Adik perempuan aku ni aku perkenalkan sebagai angah la ye. Beza kami setahun je. Masa aku tgh survive untuk hidup time diploma. Dia tengah bekerja. Dah beli, motor , kereta dan ada simpanan. Padahal aku still merangkak untuk mencari peluang pekerjaan. Lepas aku dapat kerja area rumah aku, masalah utama aku adalah transport. Yelah, gila kau nak gi kerja jalan kaki. kawasan aku duduk ni kampung. mana ada teksi. bas pun jarang lalu. kalau ada pun duit aku mana cukup nak naik segala benda alah tu. disebabkan aku ada lesen motor je. bapak aku suruh aku pinjam motor si angah ni. dan dia pegi kerja naik kereta. from that moment, everyday gais. everyday mak tiri aku selalu mengata aku. ada diploma tapi tak berguna langsung. takda duit. takda transport. gais, masa tu aku baru nak menapak kot. baru kerja. so how nak beli kereta? motor? camon lah, fresh graduate nak ambik mana duit berkepuk-kepuk nak beli kereta smua tu.

Gaji permulaan aku RM 1500 gais. RM200 bayar motor si angah yerlah, kan aku yg pinjam kan. even aku just guna pegi kerja dan balik kerja. Tak pernah merayap ke mana-mana. RM 300 aku bayar air, letrik, segala bil astro dan sbgainya. RM200 aku byar PTPTN gais. ada lagi rm 800 kan? sebulan aku bagi bapak aku rm 300, dan selebihnya aku beli lauk mentah tetiap hari gais sebab nak masak. kesiankan adik2 kecik aku selalu makan lauk kedai. mak tiri aku? tetiap hari goreng ikan takpun goreng ayam. itu je. eh lagi satu masak nasik. iyelah kang nak makan lauk dengan apa ye dak?

Gais, korang rasa rm500 tu tahan ke sebulan? dengan aku nak makan lagi, nak beli barang keperluan lagi, nak isi minyak motor lagi? nak fikir lagi adik-adik kat rumah. kadang-kadang sekolah dorang ada buat tu lah, ni lah. tambah adik aku nak dua orang masa tu nak upsr dgn pt3 lagi . kadang-kadang nak sampai gaji tu perit even duduk kampung je.

tu cerita 2 tahun lepas gais. now aku dah kawen. ( eh macam part novel pulak. haha) . ehem, baru 6 bulan. time aku nak buat persiapan tu. sorang dalam kalangan family aku tak tolong aku. sorang pun tak gais. aku lah pergi cari sendiri goodies. aku yang buat bunga telur sendiri, aku lah yang pegi buat kad sendiri. everything on me. dah siap kad baru bagi bapak aku agihkan, duit kenduri aku keluarkan duit simpan aku. kalau orang lain mak bapak yang tolong. tapi aku tak. aku punya keluarga tapi seperti anak yatim piatu. kadang kala aku menangis, tapi ada sorang hamba allah ni cakap. Allah takkan uji hambanya kalau hambanya takkan mampu. kerana ayat tu aku bangkit. bersyukur. even tak macam family orang lain, pagi2 amku still boleh nampak mak bapak aku. adik-adik aku. kawan karib aku. even tak ramai. aku still mampu mengoyak langkah even hampir rebah.

Masa aku akad nikah, aku rasa mungkin perkara yang terbeban ini akan beransur pergi. Tapi aku silap. Perasaan gais. Perasaan yang melemahkan aku. Bapak aku main berusia. kudrat makin berkurang. Adik-adik masih kecil. Paling kecil umurnya 7 tahun. Mana aku sanggup tinggal bdak sekecilnya dgn abangnya yg berumur 12 tahun sendirian tika mak bapak aku kerja? bapak aku malam ke masjid. mak dorang kerja shift malam. Mungkin orang lain sanggup tapi aku tak. perasaan itu buat aku still here until now.

Even masa aku kawen , duit salam kaut dari tetamu sesen pun aku tak merasa. even sesen gais. Alasan nya, bagi upah orang basuh pinggan. Gais. Duit upah aku dah bagi. Bagi lebih dari yang cukup.
Bila nak pergi kenduri menyambut menantu belah husband aku, mak tiri aku buat perangai. Katanya, duit takda dalam tangan. Nak ke Johor tu banyak belanja. Gais. Aku sewakan kereta. Aku bayarkan duit tol, minyak. Dan aku jugak yang bagi duit poket untuk dorang shopping. Nak apa lagi? Korang bayangkan, aku si pengantin perempuan diarak tanpa family. Allah. Hancur . Retak. Di belakang ku cuma ada kawan-kawan baikku.

Bulan lepas si angah kawin. Gais. 3 bulan sebelum kenduri. everything dah siap gais. pelamin dah tempah. bahan kering dah beli. Kad mak bapak aku dah buat. everything. Angah cuma tengok je. Goyang kaki. Sampai aku sendiri kena keluarkan duit . sebab mak bapak aku tak cukup duit. Perkahwinan angah dorang tanggung gais, Padahal gaji angah lagi besar dari aku. Sikit aku tak menolak. Langsung tak.

Tapi sekarang, masa confession ini ditulis. aku terkesan. Pagi tadi gais, aku nak pergi kerja. Sebelum ini, husband aku akan hantar kalau dia free. Tadi mak tiri aku cakap angah nak pinjam kereta sebab kereta dia rosak. Nak pergi kerja takda transport. Klau naik motor takut hujan. Aku ni laki aku hantar naik motor je gais. Naik motor sebabkan nak berjimat. Kereta tu guna bila perlu. Bukan aku taknak kasi pinjam. Dah pernah jadi, Bila pinjam berbulan2 padahal aku yang bayar. Dulu aku pinjam motor dia bulan2 aku bayar. Dia rumah xpayah bayar. letrik, air lagi xpayah. aku yang bayarkan. ( kitaorang stay rumah family) beli barang dapur, lagi lah berangan. air laki dia pun mak tiri aku yang buatkan.
Hutang ptptn xda. motor pun dah habis bayar.

Entahlah mungkin aku patut keraskan hati sikit. Nasib aku mungkin begini. Takdir aku mungkin. Tapi gais, korang yang bakal ada anak atau anak yang masih kecil. Tolonglah aku merayu. Jangan pilih kasih. Klau kau berkawin dgn bapak anak kecil itu, kau sayangi lah dia. Kasihanilah dia. Cintakan lah dia.

Nadhira

– Nadhira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *