Hai semua, terima kasih admin sebab approve confession, saja aku nak kongsi tentang pilih kasih dalam keluarga. Benar.. pilih kasih dalam keluarga, oleh mak ayah adalah benar.
Pernah terbaca confession tentang pilih kasih, ada yang suruh berlapang dada. Terima semua tapi pernah ke orang yang bercakap tu hadap? Dan jika baca kisah aku ni masihkah kalian boleh berlapang dada?
Ini kisah aku, maaf jika terpanjang. Cerita ni bermula dari kami kecil sehingga membawa ke alam dewasa
Aku berumur 27 tahun dan sudah berkahwin sedang mengandung anak pertama, alhamdullilah allah kurniakan suami yang sangat baik sepanjang perkahwinan. Kisah pilih kasih aku bila mak ayah aku lebih sayang kan angah aku aka kakak yang nombor dua.
Terlupa, aku 4 orang adil beradik, yang sulung arwah along aku (al fatihah untuk kakak kesayangan aku), angah (anak emas, anak paling cantik, paling tersempurna), aku dan adik bongsu lelaki.
Mak aku tersangatla sayang angah aku, sebab? Ya dalam keluarga angah aku paling cantik sebab ikot keturunan mak aku thailand + bugis campur keturunan ayah kelantan. Sangat putih, berbanding aku arwah along dan adik bongsu.
Arwah along dan adik bongsu ikot kulit ayah hitam manis, aku? Tengah2 kuning langsat. Jadi perkara nie menyebabkan mak aku sentiasa meratib kemana pon dia pergi,
‘Dalam ramai2 anak saya, yang kedua nie paling cantik, lahir2 macam anak mat salleh rambut perang, kulit ikut saya’ sampai kan arwah along sedih sentiasa mengadu dekat aku.
Ouh ya masa tue aku masih kecil, jadi aku tak heran sangat sebab dalam pikiran aku cuma pikir main, dan aku pulak sedikit boyish so, aku tak terasa sangat. Dan arwah along pulak, badan agak chubby.
Jadi setiap hari mak ayah aku akan cakap, hang ni kuat makan macam lembu, sebab tula badan jadi tong dram.
Kami semua berbeza perangai, arwah along, sangat baik hati, tak suka melawan, pandai dalam pelajaran, suka memendam, dan akan ikot semua arahan mak ayah aku kalau mereka cakap A arahan tu, A lah arahan tu. Arwah along takkan berani melawan.
Cuma ada satu ketika masa arwah along tingkatan 4 mak aku suruh arwah along pergi pasar malam, naik motor dengan sepupu lelaki kami yang sama umur dengan along, along menolak along cakap mak tak nakla, along malu, along perempuan naik ngan laki.
Terus mak aku penampar muka along, cakap hang kenapa suka melawan aku? Jangan nak mengajar aku. Along redha dan pergi.
Macam mana aku tahu semua ni? Along ada tulis dalam diari, dan aku baca semua (masa kecik2 aku nakal hihi) tapi aku rapat dengan arwah along. Ouh ya beza umur along dengan aku 9 tahun.
Angah pula, king of the family, paling suka memerintah, paling suka ikot kepala dia, paling suka marah, naik angin, bercakap kasar dengan mak ayah aku, cakap ikot sedap mulut menghina orang akan badmood kalau orang tak ikot arahan dia.
Tapi mak ayah aku sayang, turutkan kata angah. Sebab ya, angah terpaling cantik. Angah memang ramai peminat, ramai orang suka dengan dia walaupun umur masih belasan tahun sebab dia matang. Jadi angah memang akan test market, dan ramai teman lelaki.
Masa angah tingkatan 4 dia bercinta dengan seorang budak lelaki sama sekolah dan memang akan sentiasa dating, ayah tak tahu (ayah larang kami bercinta) tapi mak tahu dan mak sangat bangga, jadi mak akan mintak tolong sepupu laki tolong hantar kan angah pergi dating.
Nak dijadikan cerita, satu hari angah nak jumpa pujaan hati dia di malam hari,merayu dengan mak suruh minta tolong sepupu aku hantarkan, jadi nak call sepupu tolong hantarkan angah,
Masa angah dengan boipren dia tengah dating, ayah dan kawan ayah ternampak, kawan ayah cakap eh tu bukan anak hang ka, awat dok berdua dengan jantan mcam tu, hang biaq ja kaa!
(sepupu menunggu kat tempat lain smpai angah habis dating sebab nak hantar balik rumah pulak) ayah memang naik angin sangat, dan malu tapi ayah tak terus terjah angah.
Ayah balik rumah marah mak, bising2 dekat mak mengamuk dekat mak kenapa biar anak dara dating macam tu. Tahu mak cakap apa?
Mak salahkan sepupu lelaki aku yang bawak, yang ajar angah menggatal. Masa angah balik dengan sepupu, ayah ambik parang, letak kat tengkuk sepupu, sambil cakap hang ni memang anak sedara biadap ajaq anak aku bukan2.
Sepupu aku terpinga sambil takut yang amat sangat, cakap, pak tam (panggilan ayah aku, apa salah saya? Saya tak buat apa ponn. Mak tam yang suruh saya bawak angah pi keluaq.
Mak jawab, hang pandai sebut nama aku noh. Macam biasa angah yang kecut, masuk bilik buat rasa tak bersalah letak kesalahan atas kepala orang sebab ada mak yang membackup.
Lepas ayah cool down, ayah suruh sepupu balik, dan start daripada tu sepupu langsung tak jejak kaki kat rumah aku dan sangat benci dengan mak dan angah. Sampai sekarang hubungan mak sepupu aku, (mak teh aku) tak baik dengan mak.
Aku pulak, outspoken, suka memberontak, akan lawan bila benda tu salah,, seorang yang sempoi tak suka sakitkan kepala dan aku sangat sangat berdikari (start kerja dari aku form 4) dan ramai orang sayangkan aku sebab aku baik hati kikiki. Musuh ketat angah dan mak.
Yang bongsu adik lelaki sama perangai dengan arwah along cuma dia sentiasa takde sangat dalam situasi family sebab ayah start hntar dia belajar kat asrama dari sekolah rendah dan bila dia masuk menengah ayah hantar pergi luar negara belajar agama.
Nak dijadikan cerita masing2 bawak diri arwah along sambung belajar dekat kl, angah sambung form 6 (duduk asrama) aku masih stay dengan mak ayah, adik aku ada kat luar negara.
Ouh ya mak ayah aku ada kedai runcit, jadi itulah sumber pendapatan kami sekeluarga, arwah along sangat2 bagus walaupun ptptn tak cukup, arwah along akan buat parttime takkan sesekali mintak kat mak ayah.
Beza dengan angah, duit sentiasa sangat tak cukup yela orang cantik kena bergaya, setiap minggu akan mintak duit kat mak ayah, sampai ada satu tahap dia takut nak mintak sebab dah asyik selalu mintak.
Dia call aku, mintak tolong ambik kan senyap2 aka mencuri yaa duit mak ayah sebab terdesak nak pakai duit call aku menangis2.
Aku pon dengan bodohnya ikot arahan dia, pergi ambil dan kantoi hahaha. Sebab mak kira duit tu, bila tak cukup jadi mak akan tahu, apa lagi mengamukla mak maki2 aku, kaki pencuri, patutla duit aku selalu hilang, kepala pencuri hang rupanya, anak tak sedar dek untung.
Aku menjawabla balik ni anak kesayangan mak yang mintak bukan untuk orang. Mak sayangkan anak kesayangan, mak backup laa. Mak cakap anak dia tu baik, bukan macam aku, takkan kecewakan dia.
Macam2 la aku kena. Aku pulangkan balik duit tu, angah call aku maki2 aku pulak, bagi tahu jangan sebut nama dia, aku pon maki balik hahah. Aku cakap sebab manusia tak kenang budi macam kau ni aku kena marah padahal aku tak buat, jangan harap aku nak tolong dah!
Angah dengan mak memang benci aku. Aku sikit tak heran sebab aku lagi benci angah aku. Haha.
Nak dipendekkan cerita masa arwah along habis belajar arwah along balik tiba2 arwah along sakit. Dengan tiba2, along yang gemuk, dan sihat tiba2 along jadi kurus, kurus yang amat sangat. Masa tue aku tingkatan 4, along jadi tak berdaya sepanjang masa terbaring.
Tapi masa tu along belum convo, jadi ayah pon bawak along pergi hospital, doktor tak boleh detect along sakit apa, masa along admit perut along kembung, doktor cakap banyak air. Segala test doktor buat kat along masih tak dapat tahu sakit apa.
Masa tu along asyik rasa panas2, nak terjun bangunan, cabut drip kat tangan. Aku yang jaga along, aku menangis2 tengok keadaan along, jadi ayah mintak izin kat pihak hospital nak bawak balik along berubat dekat rumah.
Dah sign segala surat, along dibenarkan balik, masa ni la memang ramaila perawat2 islam dari smua tempat orang suggest untuk along. Tapi along masih tak berdaya dan terbaring.
Masa along sakit aku jaga along, aku temankan dia tidur, aku tadahkan muntah along, aku kerja partime sebab tak suka mintak duit mak ayah aku, belikan along makanan kesukaan dia, apa yang dia request smua aku penuhkan even masa tue aku bru form 4.
Tapi lain dari mak aku, pernah satu malam along cakap mak along teringin la makan jagung pasar malam, boleh mak tolong beli. Mak aku cuma ya kan aja.
Tapi balik dari pasar malam mak tak belikan pon jagung untuk along, along tanya aku, mak beli tak jagung, aku pon tanya mak beli tak jagung untuk along, mak aku jawab aku tak beli pon, kenapa?
Aku jawabb laa awat tak beli kesianlah alonng kempunan nak jagung, berapa sen ja pon.
Mak aku terus tengking aku cakap, hang jangan nak mengadakan along tue sangat, nnti makan jagung gigi sakitla terlekat la, kang bukan makan sangat pon.
Tinggai sisa ja nanti. Aku menaip ni sambil sebak bila kenangkan arwah along. Okla gais, nanti aku sambung part 2, panjang lagi kisah aku nie. Terima kasih sudi baca :)
– Purple (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit