Hai Assalamualaikum.. Thank you in advance pada admin jika confession aku disiarkan. First of all, aku anak sulung dari 8 adik beradik. 2 perempuan 6 lelaki. Nearly 30. Masih single. Family aku datang dari keluarga yang sederhana. Tak kaya. Tak juga miskin.
For the record, aku tak lah sebegitu ‘lucky’. Aku tak macam sesetengah orang yang perjalanan hidupnya teratur dan mudah. Contoh nya lepas habis SPM (secara am nya life kita bermula selepas SPM kan), dapat sambung diploma. Habis dip sambung pulak degree. Habis degree terus dapat kerja. Dah selesa dengan kerja semua dalam umur 26 27 dah kahwin. And so on. Aku tak bertuah macam tu.
Lepas SPM aku tak sambung belajar, aku buang masa 2 tahun. Kerja part time, belajar computer yang memang tak bawak aku pegi mana pun. Masuk 20an baru aku sambung belajar. Tu pun sijil je. And lepas habis belajar, aku harap aku cemerlang dengan kerjaya aku tapi tak. Lastly aku kerja je ape2 tapi dilur bidang aku. Tapi semua tak lama. Ada je problem yang buat aku resign an so on. Last aku keje masa tahun 2016. Kiranya dah dekat 2 tahun aku menganggur. Tapi alhamdulillah lusa aku dah mula start keja tempat baru.
Yang buat aku nekad nak keje balik ni adalah sebab mak aku. Mak aku takde apa kurang. Pandai serba serbi hal rumahtangga. Tapi aku tak suka cara dia. Cara dia cakap dengan aku. Cara dia lepaskan marah kat aku. Bila aku bandingkan dengan cara dia terhadap adik2 aku. It’s different. Mungkin pada dia aku ni tak mendatangkan apa2 faedah. Yela 2 tahun menganggur. Tapi time aku keje dulu aku tak pernah miss weh bagi dia duit.
Contoh aku buat silap. Aku buat kerja dapur then aku tersilap. Laju je marah pastu tanya aku, “takde akal ke?” And the next day, datang adik lelaki aku yang umur tak jauh beza dari aku, buat silap yang sama. Respon mak aku biasa2 je. Marah yang dia lepaskan pun x merencang2 mcm marah kt aku semalam. Guys, aku perempuan, umur dah nearly 30,wajar ke untuk kena herdik mcm tu? Boleh tak pikir perasaan aku macam mana?
Another case is, adik perempuan aku degil sikit. Biase lah teenagers. Bila aku suruh dia ape2 dye selalu melawan. Bila depan mak aku, dia diam je. Konon macam x masuk campur. Kadang aku bagitau dia perangai bukan2 adik perempuan aku tu, dia buat derk je. Langsung takde effort pun nak tegur adik aku tu sekali. Tapi bila abang dia(adik2 lelaki aku) suruh, tapi dia degil, laju je mak aku bukak hikayat cerita pasal macam mana takutnya mak aku kat abang2 dia dulu. Kiranya terus nasihat sat2 tu jugak jangan derhaka kat abang. Aku ni siapa? Aku kakak sulung. Tak layak nak didengar kata ke? Atau mgkin pada mak aku bila jadi kakak tu kena lemah lembut penyanyang kat adik2 walaupun kene pijak kepala?
Banyak la lagi case2 yang sama. Korang boleh imagine. Let say, kalau mak aku lebih kan adik2 lelaki aku, sebab dorang jenis ambil berat, apa2 dulukan mak, jenis gaji tiap2 bulan bagi tak miss, aku boleh paham la. Tapi tak pun. Degil mcm tu jugak. Gaji takde jugak bagi tiap2 bulan. Aku ni yg keje dulu, tiap2 bulan bagi kat dia tak miss. Tapi sikit pun dia tak pernah ingat.
Tu belum lagi bab makan, adik aku cakap lapar laju je masak. Kalau aku tak pernah la. Aku nak makan apa2 semua buat sendiri. Ye aku tau aku kakak sulung memang patut aku masak tapi sebagai anak, kakak sulung pun mesti ada makanan favourite dia yang mak dia masak kan? Aku selalu masak sendiri lastly kecewa sebab rasa tak sama. Bila mintak kang kena maki pulak. Kalau untuk adik2 aku siap simpan lagi.
Benda mcm ni buat aku heartless. Aku dah tak kisah mak aku nak susah camana pun. Aku dah x kisah kalau dia demam sakit apa. Sebab time aku sakit pun dia tak kisah. Siap panggil2 lagi suruh buat keje dapur. Cuba adik aku demam sikit, laju bagi ubat suruh makan nasi semua. Aku? Sakit kena bangkit sendiri cari makanan sebab nak makan ubat. Teruk kan aku? Aku bukan malaikat, Aku bukan nabi.
Aku manusia biasa. Bila hati aku dah keras mcm ni aku jadi tak kisah. Tak yah cakap ini rezeki sebab dpt duduk dengan parents, no, pada aku ini bala. Selama 2 tahun ni aku duduk rumah aku hilang life aku semua. Aku tak rasa ini rezeki.
Haritu aku ada buat ujian saringan untuk kemurungan. Tahap kemurungan aku tak normal. Teruk jugak. Then aku saje screenshot kat group family nak bagi dia tengok. Tipikal nasihat orang melayu, kena bangun pagi solat, doa, tahajud semua. Dalam hati aku, dia tak tau ke aku mcm ni sebab dia? Aku stress dalam diam. Aku sendiri pun tak sedar.
Lepas tu ada sorang motivator tu nasihat kan aku supaya cakap dengan mak aku. Ape2 yang aku x suka. Aku try. End up dia kata aku kurang ajar lepas tu merajuk 2 hari. So ape2 semua aku pendam je la. Semua tu makan diri. Lama2 aku jadi macam dia. Suka marah2, tension, overthinking. Aku benci sangat dengan diri aku sebab aku end up jadi mcm dia.
So lepas ni aku dah mula kerja. Aku akan habiskan masa kat tempat kerja. Aku dah malas nak hadap mak aku. Tapi jangan risau aku da plan siap2 untuk asingkan duit belanja nak bagi dia tiap2 bulan.
Kepada makcik2 ibu2 yang ada anak sulung perempuan tu, aku nak tanya la sikit, apa dosa anak perempuan korang tu ye? Korang anggap dia kena perfect semua benda kena tahu padahal dia manusia dia ada flaws. Bila dia wat salah korang marah dia macam tak de hari esok dah. Why? Korang rasa terluka sangat ke bila dia salah bubuh minyak? Atau bila dia sibuk mengemas masa korang masak then dia terlupa nak tolong kacau lauk atas api then korang terus cop dia, takde akal.
Bende yang korang takkan sebut pun bila dengan anak2 lelaki korang. Padahal same je bengap, degil, lagi pemalas dah makan tak reti basuh pinggan. Korang rasa anak lelaki korang tu maksum ke tak pernah lukakan hati korang?
– Dania
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit