Pilih Kasih Seorang Ibu

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Luahan aku disini bukanlah untuk menyalahkan mana mana pihak cuma sakit yang aku rasakan tidak tertanggung lagi dan dengan luahan ini sahaja bebanan ini reda.

Aku membesar boleh dikatakan sebagai trophy daughter, mungkin kerana niat aku sentiasa mahu melihat mak bahagia jadi Allah sentiasa mempermudahkan urusan aku terutama dalam bidang akademik.

Disebabkan oleh covid dan umur mak yang agak lanjut aku akhirnya memilih untuk bekerja dalam negeri sahaja, berbekalkan gaji permulaan hanya rm1k aku mampu untuk menanggung mak. Aku memang sangat sayang mak tetapi kadang kala rasa sayang aku ini seperti bertepuk sebelah tangan.

Kemana sahaja aku akan pergi bersama mak, selalu lepak sekali, makan, cuba benda viral dan jalan2. Sebab mak takde siapa yang nak bawa cuba semua benda ni. Aku taknak mak rasa ketinggalan atau diremehkan orang lain termasuk sanak saudara.

Cuma, terlalu banyak benda yang membuat kan aku terasa. Contohnya, sekiranya kami bergaduh mak selalu menuduh aku berlagak sombong dengan kepandaian. Sakit, walaupun kata2 itu aku tahu mak hanya mahu meluahkan sakit hatinya tapi macam mana pula dengan sakit hati aku.

Sebagai anak aku memang diam je buat tak tahu. Kalau adik beradik aku yang lain ditengking mak sebegitu, mereka akan menengking dan melawan semula. Jujur, aku tak berani melakukan itu.

Mak menjual kuih setiap hari dan mengambil tempahan, disebabkan kudrat mak tidak seperti sebelum ini maka akulah yang menjadi sandaran untuk menolong menyiapkan kuih. Selalunya aku bangun pukul 5 pagi setiap hari untuk membantu.

Ye aku bukan anak yang baik jadi setiap kali dikejut aku memang mencebik melihatkan adik beradik aku yang lain lena dibuai mimpi.

Pernah sekali tu aku termarah mak disebabkan mak selalu mengambil tempahan kuih melebihi kemampuannya dan ayat mak mengguris hati tapi tahan jela air mata ni dari mengalir. Makin besar makin biadap itu ayat mak.

Tuhan jela yang tahu hati aku ni bagai disiat2, kalau la nak dibanding aku dengan adik beradik yang lain aku rasa banyak perkara yang aku lebih elok dari mereka. Bukan nak membangga diri ke apa tapi ayat mak itu seolah2 tak pernah menghargai aku yang selalu menolong.

Belum lagi part duit. Paling aku tak faham mak selalu sangat takut tak masak untuk anak sulung nya. Kalau along bagi duit makan lagi la mak takut kalau tak masak. Kalau banyak tu faham lah lagi kan. Padahal aku yang belanja dapur setiap bulan 400- 500 tapi mak tak pernah pula begini.

Sampai mak yang sakit masih memikirkan anak sulung yang nak balik kerja tapi tak masak nasi. Kalau aku atau adik boleh pula disuruh order luar.

Berbalik pada part duit walaupun aku anak tengah tapi aku lah yang paling banyak kena bayar 1/4 rumah, bil utiliti, cukai dan indah water. Sebut pasal utiliti, disebabkan bukan adik beradik kongsi bayar hanya aku sorang jadi diorang memang pakai elektrik dan air seperti anak raja ya.

Bukan sahaja tak pernah berjimat, malah keluar rumah tak tutup lampu dan kipas bilik sendiri. Lampu bilik air lagi la tak pernah tutup. Kalau bocor paip buat taktahu sahaja maklumlah bukan mereka yang bayar. Sebulan sahaja mencecah RM350 untuk bil utiliti, memang tak pernah kurang.

Bab kerja rumah memang out la, tak perlu pon aku cakap lagi dah serupa hamba aku ni. Tapi kalau tak aku yang buat kesian pula mak aku.

Yang paling best adik aku, dah besar panjang pergi kerja kena mak aku kejut ya. Kalau kejut terus bangun takpe la kan ni haish. Kadang mak aku terlajak terus dimaki mak aku. Cuba la kalau aku bersikap sedemikian, memang kenyang aku dengan makian mak aku.

Memang banyak sangat benda yang membuatkan aku dari ikhlas nak tolong keluarga terus jadi tak ikhlas. Kalau gaji aku paling tinggi dalam keluarga takpela juga kan. Ni tidak tapi akulah yang kena banyak berkorban.

Part yang aku sedih adalah bila simpanan aku dekat RM10k disebabkan oleh aku dapat banyak duit berkat anugerah akademik yang aku dapat tapi akhirnya burn macam tu je sebab nak tanggung keluarga.

Banyak lagi part2 yang aku sakit hati tapi kalau aku sakit hati lagi aku sambung lah ye aku nak kene siapkan kerja sebab esok dah isnin.

Doakan aku beroleh gaji yang sangat besar biar aku tanggung mak sahaja bukan adik beradik sekali.

– Anak Perempuan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. pindah la anon.. perit sikit awal2, lps tu ok lah.. lgpn kt rumah tu masih ada adik beradik lain.. nnt bila keaddan mmg dh terpaksa tanggung jawab kt mak, awk baliklah..

  2. awak dah bekerja, ada pendapatan sendiri,
    pindahlah.. untuk kesejahteraan minda anda.
    u can’t change your parent, or their behavior, NEVER.. but you can change your future health…

  3. hello, sis, pindahlah. hormati diri sendiri. hargai diri sendiri. sis tu bukan slave pada adik beradik. yes, you ada tanggungjawab pada ibu but then again, so does your brothers and sisters

    for the sake of your mental health, pindahlah

  4. Salam,

    First thing first, alasan awak tak keluar rumah sebab awak sayang mak awak, nope. Awak langsung tak ada rasa kasih sayang pada mak awak. Tak sampai lagi, perlakuan ke arah tuh dah ada, hati tak sampai lagi. Nak tahu ciri ciri anak yang sayang pada mak dia, dia ikhlas pada mak dia, dia fokus pada tanggungjawab dia, dia tak banding diri dia dengan adik beradik lain, dia laser focus pada urusan dia sahaja, dia tak fikir tentang balasan, atau nak dapat layanan istimewa. Jadi apa yang awak buat, hanya sebab kesian & terpaksa pada ibu awak, bukan sayang, ada kekeliruan kat situ.

    Nasihat saya, walaupun saya tak pandai nak menasihat, cuba awak pergi travel 3,4 hari, keluar dari rumah, jauh dari ibu awak, dari situ awak akan lebih tahu, siapa perlu kan siapa sebenarnya, adakah ibu awak boleh hidup tanpa awak, atau awak yang bergantung hidup dengan ibu awak, adakah ibu awak tak boleh hidup tanpa awak, atau dua dua masih relevan untuk serumah, atau lebih sesuai berpisah ikut haluan masing masing.

    Ramai remaja perempuan keluar dari rumah alasan letih berbakti pada ibu mereka, nak bebas macam remaja lain. Dia pun keluar rumah, mula berbakti dengan kawan kawan, berbakti dengan boyfriend. Time ada duit kawan pun ramai, bf pun suka, jalan sana sini. Bila ada masalah, kawan pun hilang, bf pun lesap, bila masalah makin besar tak terpikul, dia balik semula ke rumah ibu sebab apa, sebab ibu dia sahaja yang terima dia waktu susah & senang. Tak ada pun ibu dia kunci pintu. Elok jer masuk rumah, pergi dapur masak & makan, macam tak ada apa apa.

    So, macam yang saya suggest pergi lah travel. Bila dah jelas siapa yang bergantung hidup dengan siapa. Baru awak buat keputusan yang betul. Saya bukan nak merendah kan awak, dengan segala urusan yang awak buat dalam rumah tuh, saya tahu awak orang bijak & cergas, cuma bila bercakap soal keputusan elok lah awak dahulu kan logik dari emosi. Hidup tak macam sekolah, saya tahu awak top student, tapi sekolah lebih guna teori, tapi hidup nih lebih pada praktikal, salah sikit rugi sikit, betul banyak untung pun banyak.

    Tutup salam.

  5. Saya pn mcmtu jugak. tkpenah rasa kasih sayang dan dihargai mak ayah.. ank sulung selalu mak ayah sanjung.. sampai tahap ayah saya sakit pn dia tknk jaga ayah dekat hospital tapi tetap jadi ank kesayangan.. saya ni yg jaga dan berkorban mcm2 dekat dlm rumah tu tapi yg dpt “ank derhaka, ank paling biadap” saya cuba nk lari .. lari mcm mna? saya kawen la hahah.. alhamdulillah allah temukan lelaki yg sngt sygkan saya.. skrg tngh ngndung.. saya harap saya takjadi mcm mak ayah saya.. saya nk layan sama rata ja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *