Pilih Pasangan Kena Rasional, Bukannya Emosi

Baru-baru ni viral berkenaan pasangan menyesal salah pilih pasangan. Kali ini aku nak kongsikan cerita aku dengan sahabat aku. Semoga boleh jadi panduan semua.

Begini ceritanya, masa aku semester akhir di UMS, satu haritu aku lepak di library.

Alah, biasalah hari-hari akhirkan. Takkan nak terperap dalam bilik sahaja.

Nak pergi 1 borneo, habis duit pula nanti.

Time aku tengah jalan-jalan di dalam library, aku terserempak dengan seorang perempuan duduk seorang diri.

Dari belakang macam kenal. Rupanya hah, BFF aku rupanya.

Dia masatu macam kusut semacam.

Aku tegurlah dia.

Aku : Kau tengah buat apa ni?

Dia : Aku tengah nak siapkan Latihan Ilmiah (LI), tengah pening ni.

Aku: Kau tengah buat pasal apa ni?

Dia : Aku buat kajian pasal kes kahwin muda. Ada 2 responden, satu masih kekal, satu lagi sudah berpisah.

Aku: Owh faham2.

Kami pun boraklah pasal kahwin muda masatu. Tiba-tiba masa tengah rancak berbolak, dia bercerita tentang kehidupan dia sudah mula ada yang meminang.

Aku : Wah, tahniah.

Dia senyap seribu bahasa…

Aku pun tanya : Kenapa kau diam sahaja ni? Kau tak suka orang yang pinang kau?

Jawabnya : Aku masih konfius.

Aku : Kenapa pula?

Jawabnya : Kau tahukan aku sekarang sedang in relationship dengan seseorang. Si A tu.

Aku : Tahu

Dia : Aku sayangkan dia, tapi orang yang pinang aku ni orangnya baik.

Aku masa tu termenung sekejap. Aku tahu berat situasi dia. Sebab kalau ikutkan ceritanya, dua-dua orang yang ada sekarang ni orang yang ada latarbelakang agama yang baik.

Seorang tu aku kenal sebab aku pernah jumpa. Dia memang aktif dalam persatuan melibatkan agama cuma aku tak kenal rapat.

Seorang lagi tu aku tak kenal langsung.

Masa tulah aku tanya satu soalan kritikal pada kawan baik aku ni.

Aku : Beritahu aku, apa yang kau suka dan tak suka pada kedua-dua orang ni. Nanti kita buat research sama-sama.

Dia menjawab : Si B ni ( yang pinang dia) orangnya prihatin, kau tahukan aku beberapa kali masuk hospital masa aku cuti sem. Dia selalu melawat dan jaga aku. Dia prihatin, baik orangnya dan hormat orang tua. Cuma, dia jenis tak pandai bercinta.

Aku : Si A pula?

Jawabnya : Dia ni seorang pandai jaga perasaan aku. Pandai bercinta. Cuma, dia selalu pinjam kereta dengan aku, emmm kadang duit minyak kalau dia berjalan aku bayar. Aku tak berkira tapi aku sayang dia.

Masa tu aku dapat gambaran apa kerisauan dia.

Yelah, aku kenal sangat kawan baik aku ni. Kalau bab belanja kawan, dialah paling pemurah. Sampai kalau aku keluar makan dengan dia, senyap-senyap dia bayarkan. Aish. Sebab tu bila keluar dengan dia aku akan beli asing.

Tapi, sifat pemurah dia ni aku tahu, ada yang ambil kesempatan.

Jadi aku kemudiannya jawab dengannya begini.

Aku : Aku kawan kau. Aku kenal kau. Dan aku tahu kau jenis bagaimana.

Tapi, bila soal pasangan hidup, aku tak layak bagitahu dengan siapa kau patut hidup sebab aku nak kau pilih berdasarkan yang kau rasa terbaik.

Dia diam sahaja.

Aku kemudian bersuara balik : Cuma, kau tahu sifat keduanya, kau tahu rutinnya, kau siapa mereka.

Jika kau rasa nak sepanjang hidup kau “memberi nafkah” pada suami kau, Pilihlah si A. Kalau kau rasa kau boleh hidup kau kena luahkan cinta lebih pada lelaki, kau pilihlah si B.

Ingatlah pesan aku, perkahwinan tak pernah mencari sempurna. Perkahwinan, kau kena usaha cari yang melengkapi.

Setiap pasangan itu ada kurang ada lebihnya. Sebab itu jugalah kau pilih buat kajian pasal kahwin muda kan? Sebab kau nak tahu realiti ini.

Jadi, pilihlah yang kau rasa terbaik dan boleh hidup bersama dengannya.

Masa tu, dia mula tersenyum dan aku rasa dia sudah tahu jawapannya.

Aku : Dah dah, aku tahu nanti kau dah decide cepat-cepat kahwin. Kau ni..

Kami pun gelak.

Aku : Oklah aku nak bla dulu. Nak gi aseana.

Dia : Eleh, kau nak download anime le tu.

Aku : “shush shush”

Itulah kali terakhir kami berjumpa.

Dan ya, dia pun sudah memilih pasangan hidup dengan si B. Aku tahu, baginya itu yang terbaik.

Itu sahaja dari aku. Aku tak tahu kisah ni boleh bagi gambaran pada korang tak maksud aku soal rutin, sifat seseorang. Tapi ya, aku kongsikan ni sebab aku rasa perlu.

Jika rutin dia kau dah nampak jenis suka minta kau belanja itu ini, jangan pelik kalau lepas kahwin dia buat lebih lagi.

Jika rutinnya kau nampak dia panas baran, jangan pelik bila kahwin kau akan kena pukul selalu. Itulah kehidupan.

Semoga boleh jadi panduan.

#uniknyamalaysia

– NF (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *