Pilih Pergi Atau Stay

Assalamualaikum. Para pembaca. Cerita ini berkait rapat dengan ttc dan suami.

Aku dan suami baru sahaja kahwin 3 tahun. 1 tahun kenal jadi singkat je perkenalan kami selama 4 tahun.

Sebelum ni aku pun kenal orang lain tapi tak ada jodoh.

Tapi dengan suami aku ni berhasil ke jinjang pelamin.

Masalah di sini kami belum dikurniakan anak. Allah menguji tapi mungkin bukan suamiku.

Dia okay tiada masalah tapi aku. Dengan tekanan dari mertua, aku rasa aku pilih untuk give up. Dah cek dan masalahnya datang dari aku.

Bukan give up on TTC tapi nak lepaskan husband aku pergi. Dia berhak dapat perempuan lain yang subur dan tiada masalah kewangan.

Suami aku mampu sebab dia gaji pun besar dan kalau cari perempuan yang tak kerja pun dia boleh sara.

Tapi bila aku cakap macam ni suami aku marah dan cakap tak nak. Dia okay walaupun tak ada anak.

Setiap kali balik kerja aku menangis sampai suami pun menangis jugak.

Salah ke ape aku buat? Patut ke aku pergi je dan tinggalkan dia. Untuk kebaikan dia je.

Kalau dia suruh aku pergi aku ikhlas akan pergi. Aku takkan salahkan dia pilih orang lain.

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *