Pilih Yang Sekufu

Ketika aku harus memilih di antara Aisyah dan Khadijah, aku mengambil masa yang agak lama. Kedua nya kenalan yang sama-sama belajar di Maghribi.

Ketika aku hampir menamat kan pengajian di situ, dua orang naqibah yang berbeza datang membawa risikan melalui suami mereka (naqib aku). Seorang datang membawa risikan daripada Aisyah dan seorang lagi datang membawa risikan Khadijah.

Kedua-dua nya juga hampir menamatkan pengajian dan akan berangkat pulang ke tanah air beberapa bulan lagi.

Aku buntu. Aku sudah pun mendapat tawaran bekerja sebagai seorang ustaz di sekolah agama swasta antarabangsa dan akan terus mula bekerja sebaik pulang ke Malaysia.

Sejujurnya aku sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk mendiri kan rumah tangga ketika itu. Kewangan juga sudah mencukupi hasil kerja sampingan sepanjang aku belajar tetapi aku agak bingung untuk membuat pilihan ketika itu.

Aisyah dan Khadijah merupakan wanita yang tidak kurang hebat nya. Keduanya mempunyai latar belakang pendidikan yang sama dan keduanya terlibat secara aktif dalam aktiviti dakwah dan sosial.

Aku tidak begitu mengenali secara rapat tetapi aku yakin kedua mereka mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia.

Selepas aku pulang ke Malaysia aku masih lagi belum memberi kan jawapan. Aku melakukan istikharah beberapa kali tapi masih belum menemukan jawapan.

Aku akhirnya meminta pendapat ibu dan ibu memberikan aku jawapan yang mudah tetapi sesuatu yang tidak sepatut nya aku ambil mudah. Kata ibu, cari lah yang sekufu.

Aku kemudian bertanyakan semula latar belakang keluarga kedua mereka kedapa naqib ku dan aku mendapat jawapan yang jelas dan nyata.

Khadijah datang dari keluarga yang sederhana yang mana bapa nya seorang ustaz di sekolah kerajaan dan ibu nya seorang tukang jahit. Aisyah pula aku agak terkejut saat mengetahui latar belakang keluarganya.

Aisyah anak orang berada, ayah nya seorang dato yang agak terkenal di sekitar shah alam. Keluarga Aisyah bukan calang-calang, adik beradik nya semua lulusan universiti luar negara dalam bidang professional.

Sudah tentu aku bukan manusia yang selayak nya untuk Aisyah kerana keluarga ku hidup bersederhana. Ayah seorang pesara guru dan ibu menjual kuih secara kecil-kecilan.

Malam itu aku sekali lagi menunaikan solat istikharah dan membuat keputusan untuk memilih Khadijah sebagai bakal isteri.

Aku terus menyatakan hasrat murni ini kepada naqib ku dan aku menolak baik risikan Aisyah dan mendoakan nya mendapat suami yang selayaknya.

Beberapa hari kemudian aku mendapat mesej personal daripada Aisyah. Aisyah menyatakan rasa kecewa nya tetapi dia menerima pilihan ku dengan hati yang terbuka.

Aisyah menjemput ku untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama dengan anak yatim yang dianjurkan keluarganya.

Aisyah meminta bantuan ku untuk membacakan doa dan memberi sedikit tazkirah. Aku menolak dengan baik tetapi dia tegaskan itu hanya sekadar jemputan daripada seorang kawan.

Aku akhirnya bersetuju. Apa salah nya aku turut meraikan anak yatim di bulan yang mulia. Kehadiran ku di hotel *** disambut dengan baik oleh ummi Aisyah tetapi bapanya agak dingin. Mungkin mainan perasaan aku sahaja atau pun bapa nya agak letih ketika itu.

Aku ketepikan semua prasangka. Beberapa minit sebelum masuk waktu berbuka aku memberikan tazkirah tingkas dan membaca doa berbuka.

Ketika berbuka aku duduk semeja bersama-sama dengan sepupu lelaki Aisyah. Mereka agak terbuka dan cool orang nya tetapi aku agak terkilan dengan perbualan mereka ketika itu.

Salah seorang daripada mereka bertanya kan kepada ku bagaimana dengan Aisyah di sana. Aku menjawab dengan ringkas yang Aisyah seorang yang aktif tetapi jawapanku disambut dengan tawa. ‘I told u bro’.

Mereka berpandangan sesama sendiri dan ketawa lagi. Aku mula merasakan jawapan ku disalah ertikan. Entah kenapa tawa mereka sangat sinis.

Aku cuba membetulkan jawapan ku dengan menerangkan yang Aisyah terlibat secara aktif dengan dakwah dan aktiviti kebajikan dan sosial. Jawapan ku disambut dengan tawa yang sama. ‘Aisyah play angel’ kata sepupunya yang lain.

Aku malas mengambil pusing, aku menghabis kan makanan dan cepat-cepat meminta diri untuk beredar tetapi telingaku sempat menangkap butir bicara mereka yang membincang kan betapa ‘hot’ nya Aisyah dahulu. Aku sangat tidak selesa.

Suasana yang tadi nya damai bertukar riuh apabila saudara mara Aisyah mula bertegur sapa antara satu sama lain dengan suara yang bingit dan penuh dengan carutan di dalam bahasa asing.

Aku bertemu dengan Aisyah dan meminta diri untuk pulang. Aisyah meminta aku menunggu lebih lama untuk mengimamkan solat terawih tetapi aku terpaksa menolak nya dengan baik.

Aku agak kasihan dengan anak anak yatim yang diraikan akhirnya terpinga-pinga dengan suasana yang bertukar menjadi majlis sosial. Kasihan Aisyah, mungkin dia dahulu tidak seperti yang sekarang tetapi sepupu lelaki nya sangat biadap.

Aku akhirnya berkahwin dengan Khadijah dan Alhamdulillah aku sangat bahagia debgan isteri ku ini. Aku sangat serasi dengan keluarga nya yang menyambut ku baik.

Aku bersyukur atas nasihat yang ibu berikan dan aku masih tidak mampu membanyang kan bagaimana harus aku bawa diri jika aku berada dalam keluarga seperti keluarga Aisyah.

Semoga Aisyah bertemu dengan lelaki soleh yang layak untuknya. Sekian.

– Umar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *