Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum aku mula mencoretkan kisah hidup aku, adalah baik jika sekiranya aku memperkenalkan diri aku terlebih dahulu. Nama aku Zee. Umur di awalan 20 dan menetap di semenanjung Malaysia. Ini kali pertama aku bercerita di ruangan ini, dan topik aku adalah mengenai pilihan.
Aku tergolong dalam golongan yang berkongsi kasih sayang seorang bapa, yang maksudnya di sini aku ada dua mak, dan satu ayah. Dan aku adalah anak kepada isteri kedua ayah. Mak dengan ayah aku kahwin tanpa restu semua pihak. Topik aku cerita pasal family aku bukan nak raih simpati ya, atau nak buka sejarah ke apa. Aku mencoret di sini, dengan harapan, kisah hidup aku akan dijadikan pengajaran dan sumber kekuatan bagi mereka yang senasib atau yang mana nasibnya lagi sadis dari aku. Diharapkan, agar mereka mereka yang sentiasa merasakan mereka manusia yang paling malang, akan bangkit dari kesedihan mereka, dan terus berjuang untuk terus bahagia. Sebab, semua orang berhak untuk merasa bahagia. Cewahhh berbunga – bunga ayat aku hahahaha.
Sebab apa topik aku pasal pilihan? Sebab sejak aku kecil, aku jarang nak rasa kasih sayang ayah aku. Aku tak pernah ada kenangan masa kecil kecil dengan ayah aku yang aku ingat sampai sekarang. Dulu masa aku kecil kecil, aku selalu tertanya – tanya, kenapa hidup kami tak macam orang lain. Orang lain ayah dia sayang dia, ayah dia selalu hantar dia pergi sekolah, ayah dia selalu cium dia sebelum tidur, ayah dia selalu ada masa ambil report and so on. Ayah aku jarang ada kat rumah, tak pernah nak kata dia sayang kami, tak pernah ada bila kami perlu. Yang ada cuma mak. So, bila ada perasaan iri hati macam tu, aku nekad, nak dapat banyak banyak A biar ayah aku sayang aku. So, aku mulakan dengan dapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR, dan 8A 1B 1C dalam SPM semata – mata nak ayah aku sayang aku. Tapi, ayah aku sekalipun tak pernah nak cakap, “ayah bangga dengan Zee”, or even gosok gosok kepala aku sambil senyum bila aku tunjuk result aku. Tak pernah. Betapa desperatenya aku nak ayah sayang aku hahaha. Aku sampai tahap pernah tulis surat pada ayah aku, minta ayah aku sayang aku, minta ayah aku adil dengan semua anak, minta ayah aku ada masa dengan aku, tapi tak pernah dapat. Last – last aku mengemis kasih sayang atuk tiri aku. At least dapat lah rasa macam mana bila ayah sayang. Gituuu.
Sejujurnya, aku belajar sungguh – sungguh, semata mata nak ayah aku sayang aku, dan balas dendam dengan famili belah sana konon – konon even diaorang label kami perampas, kami pun still boleh berjaya lah! Come on lah! Bukan kami minta nak kongsi ayah. Gitewww. Dalam kes ini, aku berusaha nak sweet revenge gituu. Tapi aku salah. Sweet revenge ni lagi perit. Aku tanggung sedih aku seorang diri. Aku selalu tanya diri aku sendiri, kenapa kenapa kenapa? I’ve done my best, but I still did not get what I want.
Kemuncaknya, bila aku masuk form 4, aku desperate gila nak masuk SBP/ MRSM dengan harapan ayah aku akan sayang aku. Aku ingat, dengan result PMR aku tu, aku akan masuk sekolah berprestij dan buat ayah aku bangga. Ditakdirkan, aku tak dapat SBP/ MRSM. Sedih gila babeng oi masa tu. Sampai rasa baik aku mati, baik aku bodoh lah weh. Hahahaha. Aku salahkan Tuhan, aku salahkan takdir aku, aku salahkan diri aku sebab malang. Hampir sebulan lebih aku depressed. Pasal boarding school punya pasal wehh! Hahaha. Tapi aku bersyukur lah, sebab itu permulaan kepada turning point aku. Yang mengubah aku sampai sekarang.
Kenapa? Bila aku depressed masa tu, aku mula muhasabah diri aku. Kenapa jadi macam ni? Macam mana nak atasi semua ni? Apa patut aku buat? Benda first aku buat, aku redha dengan takdir aku. Aku mula terima yang ayah aku yang sekalipun tak pernah nak bagi kasih sayang dia pada aku. Lepastu, aku mula untuk hapuskan dendam aku pada ayah aku, pada famili sana. Aku set kat kepala otak aku, dendam aku ni takkan buat aku bahagia. Walau aku dapat jadi pelajar terbaik kat Malaysia sekalipun, kalau aku buat semata – mata sebab nak balas dendam yang konon konon sweet revenge tu, aku takkan ke mana. Dan, aku belajar berdikari. Dah tak meminta kasih sayang ayah aku. Aku mulakan semua tu, slow slow rasa desperate nak ayah aku sayang aku tu mula menjauh gituu hehe. Aku percaya, kita semua berhak nak buat pilihan dalam hidup kita, dan setiap orang berhak diberi peluang kedua. Sebab bagi aku, kalau kau nak orang bagi kau peluang, kau kena bagi orang peluang.
Berbalik kepada tajuk aku, “Pilihan”. Kau, kau dan kau, masing masing datang dari latar belakang hidup yang berbeza. Kau mungkin datang dari keluarga yang bahagia tak ada cela. Dia datang dari keluarga yang totally broken. Dia pula tak ada siapa siapa pun dalam hidup dia. Kita semua berbeza. Bila kau bercerita pada seseorang tentang hidup kau, orang yang dengar akan cakap, “ye aku faham perasaan kau”. No. Sebenarnya orang tu tak pernah faham sebab dia tak pernah rasa apa yang kau rasa. Itu yang kau akan fikir. Tak dinafikan, itu betul. Tapi, bahagia tu semua bermula dari kita. Kita yang buat pilihan dalam hidup kita bro sis semuanya. Kita. Bukan siapa siapa.
Ingat, macam mana teruk pun masa silam kau, kau ada peluang untuk jadikan masa depan kau macam mana. Semua itu pada diri kau. Sekarang ni, orang – orang kat dunia ni makin banyak yang jadi tak betul, rosakkan diri dia, pilih jalan yang menghancurkan, antara faktor semua tu sebab dalam hidup dia tak ada rasa bahagia. Betul, kita tak minta jadi macam ni, tapi kita ada peluang untuk ubah semuanya. Aku pernah buat kesilapan dalam hidup aku. Kita semua tak pernah lari dari buat silap. Tapi kita mampu untuk ubahnya.
Cerita aku di atas, bukan untuk minta simpati siapa siapa. Cumanya aku berharap, bila kau baca kisah hidup aku, kau akan ambil masa kau sekejap untuk fikir kelebihan hidup kau. Kau mungkin ada keluarga yang sempurna, kau pula mungkin dari broken family, tapi ada seseorang yang jadi tunjang dalam hidup kau, yang buat kau rasa kau patut teruskan hidup kau. Ingat, even berkali kali kita jatuh, terduduk, kita kena bangkit. Kalau tak mampu bangkit untuk diri kita, bangkit untuk orang orang yang kita sayang. Terus kuat, dan teruslah kuat. Jangan pernah menyerah.
Untuk mereka yang pernah kehilangan, semoga kalian akan peroleh kekuatan yang lebih dari sebelumnya. Untuk mereka yang pernah jatuh, teruslah bangkit even berapa banyak kali pun kau jatuh. Untuk mereka yang pernah gagal, jangan pernah menyerah, kalau plan A failed, kita masih ada plan B, C dan seterusnya. Untuk mereka yang benci dengan takdir mereka, jangan pernah sesekali salahkan Tuhan. Tuhan itu sebaik – baik Perancang. Terus bangkit, dan bangkit.
Untuk semuanya, semoga bahagia akan menjadi milik kalian.
Doa aku untuk kalian, semoga kalian akan gembira dan bahagia sentiasa hendakNya. Semoga sentiasa ada kekuatan untuk kalian dalam mengharungi kehidupan kalian. Dan mohon doakan kami, agar bahagia yang didamba itu akan menjadi milik kami. Aku tengah struggle untuk degree ni, dan aku teringin sangat nak ayah aku tunjukkan yang dia betul betul bangga dengan aku bila aku berjaya macam aku mimpi mimpikan dia bangga dengan result sekolah aku hehehe. Terima kasih semuanya :)
– Zee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit