Pilihan Dari Istikharah

Assalamualaikum semua, thanks to admin kalau confession ni disiarkan. Aku wardah berasal dari Shah Alam. Tujuan menulis ni sebab saje nak luahkan perasaan aku sepanjang bergelar pelajar STPM. Huhu

Aku masih ingat lagi pada awal nya STPM bukanlah pilihan utama aku. Aku nak matriks nk sambung sc. Tp malangnya aku xdapat matriks so aku teruskan di STPM. Aku dapat jurusan sc. Tp Mcm semua org sedia maklum STPM ni gila2 punya susah. Jadi aku tukar aliran. Amek ekonomi.

Jadi aku pun hantar la surat tukar jurusan dia kata kena tunggu dua minggu (ditambah pula dengan cuti sekolah 2 mggu jgk) so jd 4 mggu juga weyhh nak tunggu. Aku memang dah x sanggup dah masa tu. Sebab memang dah x boleh masuk dah belajar sc.

Selepas 3 hari. Aku hilang sabar. Aku terus jumpa cikgu yang uruskan hal pertukaran ni. Jadi aku cakap dekat cikgu tu. Aku x kira. Aku dah x boleh belajar sangat dah duduk kelas tu. Memang xleh fokus langsung. Pastu aku ni ada demand pulekkkk. Hahaha aku nak masuk kelas yang subjek ekonomi dia cikgu Abdul (bukan nama sebenar) yang ajar.

Untuk aliran ekonomi ada dua kelas kelas Saturn dan Marikh. Aku nak kelas Marikh sebab aku teringat kakak aku pesan ( dia dlu amek stpm dekat sekolah aku ni) amek kelas yang subjek ekonomi dia cikgu Abdul ajar. So masa mula2 tu aku patutnya kelas saturn tp aku berkeras dgn selamber badak nya aku tolak cakap Mcm ni kat cikgu. Masa dia Tnya kenapa nak kelas Marikh xnak saturn? Aku cakap sebab aku termotovasi nak masuk Marikh hahahahah. Menjerit cikgu tu dalam bilik guru. Alasan memang x masuk akal aku. 1 sebab cikgu Abdul ajar ekonomi. Satu lagi sebab Marikh ni kelas kakak aku dulu.

Maka, jadilah aku pelajar jurusan sastera ekonomi dengan penuh bahagianya. Dalam masa yang sama, nama aku dekat sekolah tu mmg jadi bualan lah cerita dia dalam kalangan cikgu hahahahaha mana tidaknya dahlah demand nak tukar kelas. Bagi alasan merepek pulak tu macam masuk kelas saturn xde motivasi je Hahaha.

Maka bermula perjalanan aku di alam tingkatan enam. Nak tahu x, Hari2 aku excited nak pergi sekolah xtaw lah pasal apa. Mula2 dulu masa abang ipar aku suruh tukar cos amek ekonomi aku memang xnak. Sebab bukan minat aku. Tapi disebabkan sc di STPM mmg susah gila aku turutkan.

Setelah hampir beberapa minggu aku di tingkatan enam, result untuk politeknik pun keluar dan Alhamdulillah aku dapat. Bergitu jgk dengan rayuan matrikulasi aku dapat. Tapi masa ni aku x tahulah kenapa aku rasa aku xnak pergi. Rasa kosong x rasa excited langsung. Jadi dua2 ni aku rejected. Sebenarnya sepanjang aku di stpm sementara tunggu keputusan panggilan poli dan u dan matriks rayuan keluar, aku x henti doa dan istikharah. Supaya Allah berikan petunjuk mana tempat terbaik untuk aku. Dan aku rasa aku nak daftar f6 pada awalnya sekadar backup je. Tapi lepas keluar keputusan yang aku dapat poli dan matriks aku memang xde hati nk pergi. So aku yakin smks adalah tempat terbaik untuk aku belajar. So Aku teruskan belajar di STPM.

Masa tu teruk aku kena kecam dengan ramai orang. Sebab tindakan aku tolak semua tawaran dan belajar di tingkatan 6. Tapi aku peduli kan je kata2 orang. Aku teruskan belajar.

Alhamdulillah setiap sem aku dekan. Dan result penuh aku baru ni pun. Aku score jugak. Memang aku rasa cukup berpuas hati dengan apa yg aku peroleh.

Apa yang aku nak tekan kan kat sini, walau dalam hal apa sekali pun. Mintalah petunjuk terbaik dari Allah dan rajin kanlah diri beristikharah. Memang aku puas hati dengan gerakan Allah ni yang menggerakkan aku untuk amek STPM. Serius bila kita ada dalam laluan dan kehendakNya. Seperit apa pun ujian yang mendatang, pasti ada bantuan. Macam mana aku di stpm ni dugaan dia ya Allah jangan cakaplah. So pada adik2 lepasan spm tu goodluck pilihlah tempat belajar Yang terbaik. Yakin dengan petunjuk Allah. Dan pedulikan kata2 orang bila kita dah decide pilih apa untuk diri kita.

Terima kasih semua pada yang sudi baca confffesion aku ni. Doakan aku dapat belajar degree dalam bidang yang aku minati, ekonomi. Hahaha (dah mula minat Eko hilang terus minat sains kau yee)

Sekian, wassalam

Wardah~

– Wardah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *