Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi membaca kisah aku dan terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan kisah ini (kalau disiarkan).
Minta maaf sebab aku nie bukanlah jenis pandai bercerita. Tapi aku tergerak hati untuk menulis disini sebab aku memerlukan platform untuk meluahkan perasaan sebelum aku betul-betul move on. Aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Aina (bukan nama sebenar) dan aku berusia 20 an.
Pada tahun 2017 aku pernah heartbroken sebab putus cinta then aku try to move on. Aku cuba untuk buka pintu hati aku dan cuba berkawan dengan orang lain. Tapi apabila aku dah ada berkawan dengan seseorang masa tu mesti tak lama jadinya. Mesti bertahan dalam sebulan sahaja hubungan tu.
Aku cuba berkawan dengan si A hanya bertahan sebulan dan cuba berkawan dengan si B pun tahan sebulan je. Semua jadi senyap dengan aku lepas tu. Akhirnya aku putus asa.
Jadi selepas itu aku tidak berkawan atau kenal lagi sesiapa sehinggalah bulan 10 tahun 2018. Waktu itu aku dan kawan-kawan aku 2 orang pergi melancong ke Korea Selatan. Kami bertiga ni single. Jadi kami berseloroh nak cari jodoh kat Korea la nanti. Walaupun kami tahu realitinya tu mustahil. hahaha
Pada satu hari waktu di Korea aku dan kawan-kawan singgah dikedai makan. Dan kami duduk disebelah meja sekumpulan lelaki 4 orang kawan. Dengar dorang bersembang aku macam paham bunyi bahasa dorang. Dan kami berbalas pandangan dan bertegur sapa.
Rupanya dorang bukan orang Malaysia tapi faham dan boleh berbahasa melayu. Dorang berasal dari negara B. Kami bersembang dan bergambar bersama-sama.
Dalam 4 orang mereka aku jadi rapat dengan seorang ni nama dia Hamzah (bukan nama sebenar). Dan dia sama umur dengan aku. Mula2 kami bertukar Instagram (IG) kemudian kami sambung bersembang di IG kemudian dari situ kami bertukar ke whatsapp pulak.
Sepanjang kami di Korea di kedai makan tu la 1st dan last kami jumpa. Walaupun dah tak jumpa tapi aku dan dia selalu share aktiviti kat whatsapp apa yang kami buat hari-hari sewaktu di Korea. Start dari situ aku dah mula suka dengan dia.
Apabila dia sudah balik ke negara dia dan aku masih di Korea untuk lagi beberapa hari. Aku terasa jiwaku tiba2 kosong. Walaupun dah berpisah jauh dan tak berjumpa tapi dia still keep in touch dengan aku melalui whatsapp dan IG.
Kami berkawan macam biasa. Tiada apa declaration perasaan ke apa. Tapi kami jadi rapat. Dia seorang yang baik. Bila aku sedih dia cuba pujuk aku supaya tak sedih. Bila aku tengah down dia naikkan semangat aku dan dia bagi aku nasihat yang baik. Dan dia memang sekepala dengan aku bila bergurau.
Dia seorang yang memahami aku. Dalam diam tak diam aku dah menaruh hati perasaan kepada dia. Tapi aku tak pasti perasaan dia ke aku. Tapi kadang2 dia macam bagi hint ke aku tentang perasaan dia ke aku cuma dia tak meluahkannya saja. Dan aku kadang2 jadi confius dengan dia.
Mak aku dia sangat risaukan aku sebab aku masih takde sesiapa untuk berkahwin. Dia risau tengok anak dia ni macam tak berminat nak kahwin. Masa tu memang aku dah tak berminat untuk berkawan dengan orang lain. Sebab hati aku dah berharap kepada Hamzah. Mak aku minta abang aku la adik dia la carikan jodoh untuk aku.
Aku tak nak dan aku rasa marah sangat bila mak aku buat macam tu. Aku bagitahu mak aku yang aku tengah berkawan dengan seseorang masa tu. Dan aku bagitahu dia, orang tu dari negara B. Mak aku marah dan dia tentang habis-habisan. Kami pernah sampai bergaduh dan tak bercakap.
Ye aku tau aku berdosa buat macam tu. Banyak kali aku menangis dan buntu. Aku sedih sebab mak aku tak faham aku. Dia buat aku macam orang dulu2. Nak kena carikan jodoh. Risau kalau aku tak kahwin padahal umur aku baru pertengahan 20 an.
Apa yang patut aku buat. Sebab hati aku dah kat orang lain. Aku minta petunjuk daripada Allah supaya berikan aku yang terbaik. Mak aku memang tak suka sebab dia terlalu jauh. Tapi ayah aku okey jew. Abang aku pun menentang juga.
Aku memang buntu dan rasa murung masa tu. Tapi aku terpaksa sorok perasaan tu dan tak tunjuk kepada orang. Aku pendam perasan tu sorang2. Ade juga aku meluahkan dekat kawan aku sebab dah tak tahan sangat.
Pada bulan puasa tahun lepas, ada seseorang whatsapp aku dan kenalkan diri dia sebagai Fitri (bukan nama sebenar). Dia ialah kawan tempat kerja abang aku. Dari situ aku start berkawan dengan dia. Aku layan dia memang macam biasa je. Kadang2 acuh tak acuh je layan.
Beza umur dia dengan aku dia tua 6 tahun. Dengan dia tak banyak sangat sembang sebab tak tahu nak sembang apa. Dia bukanlah jenis pandai bersembang dengan perempuan. Dia seorang yang matang dan serius.
Berbeza dengan Hamzah. Ada je topik yang aku boleh sembang. Tapi walaupun Fitri ni orangnya macam tu tapi dia baik dan dia memang serius nak berkawan dengan aku.
Lepas raya 2019, Fitri datang ke rumah aku dan berjumpa dengan keluarga aku. Seumur hidup aku dia lah lelaki pertama yang aku berkawan pernah datang ke rumah dan jumpa family aku.
Aku respect keberanian dan kesungguhan dia tu. Dan masa tu lah 1st time aku jumpa dia depan-depan. Sebelum tu semua hanya melalui whatsapp sahaja. Dan selepas itu kami jadi lebih rapat. Dan terus berhubung di whatsapp. Hati aku pun dah terbuka sikit untuk dia.
Mak aku memang orang yang paling happy la aku berkawan dengan Fitri. Dia suruh aku layan elok2. Jangan nak kasar-kasar. Aku redha jew lah walaupun dalam hati ni aku sedih dan masih berharap ke Hamzah. Tapi aku terima je sebab aku fikir restu ibu bapa tu lebih penting.
Aku dan Hamzah dah makin jarang berwhatsapp. Dan dia pun makin sibuk dengan kerja nya. Sebab dia kerja offshore di negara dia. Adakala sampai berminggu-minggu dan bulan baru dia tegur aku balik. Bila macam ni aku dah mula tak berharap apa-apa lagi. Just memang terpikir yang dia mungkin memang anggap aku kawan biasa je. Aku je yang perasan lebih kot.
Pada tengah tahun 2019 dia datang ke Malaysia untuk bercuti ke Terengganu. Tapi dia singgah dulu di KL. Waktu dia touch down di Malaysia dia whatsapp aku bagitahu dia datang dan nak singgah KL. Dia ajak jumpa dan kami pun berjumpa.
Aku memang happy dan excited sangat masa ni. Dia dengan kawan dia seorang dan aku bawa kawan aku seorang. Tapi ni lah kali terakhirnya aku berjumpa dengan dia. Kami masih berhubung tapi jarang sangat dah.
So, aku dah start nak move on dan fokus kepada Fitri sahaja. Aku pun tak nak la berharap pada buah yang tak gugur. Untuk kebaikan, aku tak bagitahu dekat Fitri yang aku ada berkawan dengan Hamzah dan dekat Hamzah pun aku tak bagitahu pasal Fitri.
Aku terus je berkawan dengan mereka dan aku ambik keputusan siapa yang ajak aku kahwin dulu antara mereka aku terima je. Aku malas nak pikir. Dan akhirnya Fitri ajak aku kahwin dulu.
Hamzah ada juga bagi hint dekat aku nak kahwin dengan aku tapi hint dia tu masih samar-samar. Dan aku takut untuk berharap dan takut aku je perasan. Dan dia pun tak pernah pun meluahkan perasaan dia kepada aku. Tapi dia pernah cakap tahun ni dia nak datang Malaysia dengan family dia tapi tak tahulah bila. Dan nak ajak aku jumpa sekali.
Apa yang dia cakap buat aku confius. Aku cuma mampu cakap In sha Allah dan aku tau benda tu takkan berlaku. Sebab aku akan bertunang dah nanti. Tapi aku tak bagitahu pun dia aku nak bertunang dan kami berkawan je macam biasa.
Aku dan Fitri pun dah berbincang pasal masa hadapan. Dan kami membuat keputusan untuk bertunang pada bulan 2 2020 selepas aku pulang dari umrah bulan 1 2020. Mak aku orang paling happy dan excited bila aku bagitahu pasal ni.
Semasa buat umrah aku memang mohon petunjuk sungguh-sungguh tentang jodoh aku. Jika memang Fitri tu jodoh aku, aku mohon agar dipermudahkan urusan. Balik dari umrah Fitri datang rumah untuk bincang pasal tunang dan kahwin dengan mak ayah aku. Sekarang ni aku memang hanya follow the flow je.
Dengan Fitri ni aku tak bercinta juga tapi hubungan kami kearah yang lebih serius. Aku jarang jumpa dengan dia walaupun tempat tinggal kami taklah jauh sangat. Boleh kire dengan jari berapa kali je kami jumpa. Kami jumpa bila ada perkara penting je.
Dia memang jenis tak suka nak bawak aku kesana kesini selagi belum ada hubungan yang sah. Dia hormat kan aku sebagai seorang perempuan. Tu yang bagus tentang dia. Kami selalu juga bergaduh. Tapi kalau kami bergaduh dia lebih matang la berfikir daripada aku. huhu
Aku dan Fitri pun akhirnya bertunang pada bulan 2 tahun ni. Kawan aku post gambar aku bertunang di IG story dan aku post balik apa yang kawan aku post. Dengan cara ni sahaja lah aku boleh bagitahu ke Hamzah yang aku dah jadi tunang orang sekarang. Dan Hamzah pun komen di story aku dan ucap tahniah dan doakan aku.
Aku rasa sedih dan menangis. Dan aku pun mendoakan kebahagiaannya juga. Tu jugalah last mesej aku dan dia. Aku dah nampak perkembangannya sekarang di IG. Dia dah ada post gambar dia keluar dengan kawan perempuan dia disana. Dia dah ada berkawan dengan perempuan lain.
Dalam hati aku ada rasa sedih bila ingat balik aku tiba-tiba menangis. Tapi aku tetap gembira untuk dia. Semoga itulah jodohnya. Semoga Allah berikan dia kebahagiaan dan permudahkan urusannya.
Aku hanya redha dan serah 100% kepada Allah urusan jodohku. Aku yakin bahawa redha Allah itu terletaknya bersama dengan redha ibu bapa. Semoga dia lah terbaik untuk ku. Bagi aku, kebahagiaan ibu bapa aku lebih penting. Semoga Allah redha.
Aku dan Fitri akan berkahwin pada hujung tahun ni kalau ikut perancangan. Tapi sebab PKP ni, kami jadi risau. Doakan lah kami agar urusan perkahwinan kami ini dipermudahkan dan diberi kebahgiaan. In sha Allah.
Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca kisah ku yang panjang lebar ni. Minta maaf jika ada kekurangan, salah dan silap. Ini hanyalah sekadar perkongsiaan luahan hati dan perasaan aku. Semoga Allah memberkati hidup kalian yang membaca ini. Assalamualaikum.
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit