Assalamualaikum. Aku cuma nak berkongsi sedikit kisah rakan-rakan sekelilingku.
Aku hanya memerhati dan mengambil iktibar saja. Dan aku nak kongsi di sini supaya kita boleh sama-sama buat iktibar.
Aku bekerja di sektor swasta. Macam-macam ragam orang aku lihat. Antaranya, adalah orang yang nakkan semua dalam hidup dia.
Dia nak kahwin, dia nak ada anak, dia nak jawatan hakiki, dia nak duit lebih, dia nak kereta besar, dia nak rumah besar, dia nak ada segala-galanya.
Kisahnya dia ni seorang staf yang bagus. Cumanya, bila dia nak itu dan ini, semua dia nak kaut, terjejas la reputasi dia sebagai seorang pekerja.
Midah (bukan nama sebenar) dah berkahwin. Dia ada beberapa orang anak.
Bagi aku, aku tak kisahlah sebab itu urusan rumahtangga dia. Benda ni akan jadi sok-sek sok-sek rakan sekerja apabila dia akan bagi 1001 alasan untuk siapkan kerja dia.
Anak meragam lah, suami ada hal lah, dia sendiri tak sihatlah. Padahal, kami-kami ni tak kisah pun kalau dia nak beranak sepuluh orang pun, janji, kerja tu kena la selesaikan.
Rakan sekerja pun, bila dah selalu sangat Midah buat hal camni, bila Midah cakap ada hal ‘kecemasan’ je, mulalah mereka fikir “Betul ke tu?”
Payah dah kami nak bersangka baik. Kerap sangat-sangat.
Bila bab emergency tu yang kami akan stress. Sebab macam-macam siri la kecemasannya yang buatkan kami kena sentiasa mode standby untuk dia ‘buat hal’.
Dia ni duduk di rumah teres dan rumahnya tu jauh di ceruk pekan, sedangkan pejabat kami di bandar besar.
Kami faham rumahnya tu jauh tapi kalau asyik beri alasan “rumah jauh” jadi kena bagi dia kelonggaran untuk datang sedikit lewat, macam tak kena lah pulak.
Bila rumah jauh, kena pulak balik awal sebab nak elak trafik jem.
Pulakkkkk dah. Semua boleh keeee dia je lah.
Kadang-kadang dia sendiri mengadu, penat tak larat nak mengadap jem, dengan nak kejar anak-anak sekolah lagi. Ada yang laserkan je.
“Kau berhenti kerja je lah, Midah.”
Dia pun cakap, “Memang nak berhenti pun.”
Tapi dah berapa tahun aku dengar dia cakap nak berhenti, ada je jugak lagi. Huhu.
Disebabkan keluarga dia besar, dia memang tak berani lah nak berhenti kerja. Rumah besar, kereta besar, anak-anak ramai.
Dek kerana komitmen dia yang yang banyak ni, dia ada buat part time meniaga. Aku yang tengok ni pun macam letih jugak lah. Hari minggu, nak niaga pulak. Haihhhh.
Kau okey ke tak ni, Midah oiii? Dia cakap, dia memang kena niaga sebab nak cover komitmen dia.
Aku menung juga lah memikirkan. Sebenarnya kita ni sebagai manusia, tak semua benda kita kena ada, tak semua benda kita wajib pulun. Pilihlah salah satu.
Kalau nak beli rumah landed di hujung pekan, kenalah tahan nak meredah jem berjam-jam. Rasa tak sanggup, belilah apartment saja di bandar.
Nak kerja dengan majikan, buatlah cara nak bekerja dengan majikan.
Bukan semua benda boleh ikut pilihan kita. Janganlah dek kerana pilihan hidup kita, kita minta orang lain bertolak ansur dengan kita. Tak elok lah macam tu.
Sama jugak dengan hal anak. Bilangan anak tu pilihan kita sendiri. Kalau nak beranak ramai, bersedialah nak menghadapi kekangan kewangan dan tekanan secara mental.
Betul, memang Midah jenis cari duit lebih sebab nak penuhi komitmen keluarga dia. Tapi, fikirlah, dalam pada dia nak cari duit lebih tu, mesti dia tak ada masa nak melayan anak-anak dia sangat.
Fikirlah yang mana lebih penting. Budak-budak sekarang, sikit-sikit nak tuduh parents toksik. Huhu. Kau tak spend time dengan dia karang, terus jadi mommy issue, daddy issue.
Bila nak buat part time job ni, kerja hakiki tu, terganggu ke tak. Badan kau larat ke tak.
Decide-lah betul-betul. Mesti korang tertanya-tanya, mana suami Midah?
Suami dia ada je. Bekerja.
Cuma mungkin pilihan hidup kita ni dah macam-macam kita nak, terpaksa la kita laki bini pulun cari duit.
Aku faham masa muda ni la nak struggle tapi kita ni manusia biasa je.
Sampai satu tahap, kita pun boleh burn out. Kita pun boleh koyak.
Aku tak nak la kita ni alive, but not living. Bangun tidur, terus fikir pasal duit, pasal kerja.
Dunia ni pun sekejap je nak hadap. Kami di sekeliling Midah ni pun mengambil iktibar jelah.
Bila tengok macam mana dia struggle nak penuhi komitmen besar tu, kami pun berpada-padalah buat keputusan hidup.
Nak beli rumah, fikirlah banyak-banyak kali. Nak beli kereta baru, fikirlah mampu nak commit ke tak. Nak tambah anak, fikir jugaklah nanti macam mana nak mengadap.
Bukanlah hidup ni nak sentiasa fikirkan orang lain, tetapi kita hidup ni bermasyarakat, berkomuniti. Dekat opis, ada komuniti kerja.
Jagalah hubungan sesama rakan sekerja tu. Sekali sekala nak mintak tolong, boleh. Janganlah asyik muka kita je minta tolong.
Mintak tolong dengan staff single dengan alasan “Anak-anak ni memang macam-macam halnya. Sakitlah, meragamlah. Nanti awak ada anak, awak tahulah macam mana.”
Dah staff single tu asyik nak cover kerja kau, dengan dia-dia sekali tak sempat nak cari jodoh. Huhu.
Ingatlah, masing-masing ada keluarga. Yang single tu, bukan tak ada mak ayah, bukan takde life.
Yang child-less tu, ada pasangan. Orang lain pun ada yang berkeluarga, elok je manage kehidupan.
Hentikan pemikiran ‘orang lain kena bertolak ansur dengan aku sebab skrg aku tengah struggle’. Semua orang struggle sebenarnya, cuma mereka tak bercerita je.
Semua kena keep it professional. Kadang-kadang, episod struggle kau tu pun orang macam, “Aik! Itu pun nak kena cerita ke? Tak segan ke semua orang tahu?”
Pandai-pandailah jaga reputasi sendiri. Boss-boss ni, mereka perhati jelah.
Nanti, sampai masa ada keperluan mereka nak ‘buang orang’, diorang akan cari yang banyak masalah ni dulu.
Masa aku menulis ni hari Ahad, so aku tengah mode standby nak tunggu berita dari Midah.
Kot-kot ada sesi ‘kecemasan’ ke ape ke. Hihi.
Harap-harap takde lah. Monday Blues dibuatnya huiiiiiiii..
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit