Pilihan Impian atau Kebahagiaan

Assalamualaikum semua. Nama betul aku rahsiakan untuk privacy keluarga. Nak kongsi tentang pilihan kehidupan aku dan isteri. Aku anak bongsu dari 3 beradik. Aku ada impian, impian untuk jadi usahawan dan ahli perniagaan berjaya.

Dulu selepas SPM, aku belajar diluar negara. Aku disana belajar 5 tahun dalam bidang media dan dakwah. Dipendekkan cerita, didaerah aku ada 2 buah universiti tempat dimana pelajar Malaysia belajar. Satu universiti untuk bidang syariah, satu lagi perubatan dan pergigian.

Alhamdulillah, disana aku ditemukan dengan suri hati aku. Aku pelajar agama, dia pula pelajar perubatan tapi itu tiada masalah bagi kami kerana cinta tidak ditentukan dengan portfolio kehidupan kita.

Waktu aku dah semester akhir kami bertunang, dia pula baru selesai Tahun 4. So selesai konvokesyen, aku pulang ke Malaysia. Aku asal Terengganu tapi tinggal di Kuala Lumpur dengan abang aku. Aku dari awal memang jenis tak berminat kerja dengan orang. Jenis suka meniaga.

6 bulan di Kuala Lumpur, aku kerja sendiri. Kenapa 6 bulan? Sebab lagi 6 bulan kami nak kahwin. Hehe.

So aku buat perniagaan sendiri. Antara yang aku buat ialah konsultan pelancongan, bawa customer travel ke luar negara, perkhidmatan kargo ke luar negara, jual makanan, jual tudung (ada ejen yang jualkan), senang cerita banyak lah. Hampir setiap bulan aku keluar negara untuk buat perniagaan.

Alhamdulillah, hasil aku kerja aku dapat cukupkan kos hantaran dan majlis kahwin aku . Total aku habis untuk persediaan kahwin hampir rm20k. Termasuk tiket penerbangan pergi ke negara tempat aku belajar dulu lepas nikah nanti.

Ya betul. Lepas kahwin aku follow isteri aku kesana. Dan disinilah segalanya bermula. Aku ada impian. Impian untuk jadi usahawan dan ahli perniagaan berjaya.

Dugaan 1 : Kami kahwin tanggal 9hb Julai. Akad nikah dan majlis pada hari yang sama. 10hb Julai (esoknya), kami buat kerja gila. Penerbangan kami ke negara J adalah pada 10hb Julai. Harini kahwin, esok malam fly.

Gila punya penat, sampai tak rasa apa majlis kahwin. Pagi akad nikah, petang kenduri, malam kemas2 tempat majlis, esok pagi bertolak ke Kuala Lumpur, malamnya naik flight ke negara J. By the way, rumah wife aku di belah Utara, so perjalanan ke kuala lumpur dalam 5,6 jam juga la. Pengsan.

Aku buat pilihan untuk tinggalkan segala ruang perniagaan yang aku dah ada dan bina di Kuala Lumpur dan gantikan dengan teman isteri aku di tempat dia belajar. Dia berbaki lagi setahun disana. Tapi aku tak pernah putus asa. Aku pasti ada cahaya menanti dihujung, pujuk hati sendiri dikala risau nak hidup berjuang di negara asing. Yelah, dulu belajar takpa la lagi, ni nak kerja cari duit sendiri.

Setahun aku di negara J, aku teruskan juga kerja sendiri aku. Disana aku terus khidmat pelancongan aku, customer ada yang datang dari Malaysia, ada juga dari Brunei, Mesir, Singapura. Aku lebar luaskan lagi skop aku dengan buka homestay disana. Aku habiskan duit setiap bulan hampir Rm2000 sebulan untuk coverkan kos homestay saja (sewa, bil, maintainance) , office mini aku pulak dlm rm300 sebulan, yang kadang hidup kadang tidak. Haha. Itu baru kos berniaga, kos hidup dan belanja pula dalam Rm2000 sebulan.

Alhamdulillah, aku survive disana sepanjang setahun. Walaupun hujung-hujung tu macam sesak sikit sebab bulan mei dia habis final year, dan bulan tu juga last dia dapat elaun MARA. So maknya berbaki 2 bulan untuk kami balik malaysia, segalanya atas kepala aku sorang saja. Sewa rumah dan bil rm1500 sebulan, makan minum, pengangkutan, perbelanjaan. Makan rm3000 juga la sebulan paling kurang. Tapi alhamdulillah, dalam keadaan hati aku gundah gelana Allah hadirkan rezeki tak putus untuk aku lepas tu.

Sebulan job tak putus-putus. 5-7 trip melancong aku terima sempena konvokesyen, tempahan homestay naik mencanak siap aku tambah homestay lain lagi sebijik untuk sebulan tu.

Hasil kerja aku waktu tu, alhamdulillah waktu nak balik Malaysia, aku ada saving tunai dalam Rm10+++. Job pun masih lgi ada 2-3 yang dalam perbincangan.

Dugaan 2 : Disini, episod penuh kami bermula. Bulan 7 kami pulang ke Malaysia, bermakna hampir setahun isteri aku akan menganggur sementara menunggu housemanship (doktor). Aku tak bagi dia kerja sebab aku nak waktu menunggu ni dia rehat sepenuhnya. Nanti dah kerja susah dah nak rehat.

Aku masih teruskan kerja macam dulu-dulu cuma bezanya kali ini kami balik ke Terengganu, tinggal dengan mak ayah aku, teman mereka sebab nanti takut kena campak jauh, susah pulak isteri aku nak jumpa mak aku lepas ni.

Selepas hampir 10 bulan berlalu, isteri aku dapat tempat posting. And macam kami agak, dia dapat posting di negeri Utara. Tak jauh dari rumah dia, dalam sejam. Lagi sekali, aku follow dia lagi. Aku follow dia kesana tinggal dengan dia.

Dugaan 3 : Bulan april tahun lepas, kami berpindah kesana, cari rumah sewa dan sebagainya. Cuma kali ni aku rasa lain. Lain sebab aku belum pernah jejak kaki dan tinggal disini. Tapi demi isteri aku, aku redah.

Disini, kali ini, segalanya berbeza. Berbeza yang amat berbanding waktu aku teman isteri aku di negara J dulu. Apa yang berbeza?

Kewangan. Kehidupan.

Mula-mula aku merancang nak cuba buka base perniagaan juga disini, macam aku selalu buat sebelum ni. Tetapi rancangan aku tu makin lama makin pudar.

Aku tak pernah sangka kehidupan isteri aku sebagai Housemen Officer (HO) teramat sibuk, berat, penat dan sebagainya. Masuk kerja 6.00 pagi, balik jam 10.00 malam. Cuti sehari seminggu sahaja, itu pun hari cuti memang dia habiskan dengan tidur dan rehat sahaja. Itu belum kira hari oncall, masuk jam 7 pagi habis 4 petang, masuk balik pukul 10 malam habis 12 tengahari esoknya. Makan minum dia sendiri tak terjaga, sampai surut badannya, berat berkurang.

Segala benda yang berlaku dan dapat aku lihat dengan mata aku ini, buatkan aku ambil keputusan untuk “Hold” karier aku dan jadi sura rumah full time.

Ada waktu aku rasa macam orang bodoh sebab ambil keputusan ni, risau nanti orang kata aku makan harta isteri aku pula. Yelah, gaji dia dekat starting pun dah rm4+++.00 , wajiblah orang mengata. Lagipun kenapa perlu aku korban impian aku semata-mata semua ini?

Tapi setiap kali tu juga, bila tengok muka isteri aku, aku jadi sayu dan tak sampai hati.

Hari-hari aku tunggu dia sejam-2 jam di parking belakang hospital untuk dia balik.
Hari-hari makanan pagi, tengahari, malam dia aku belikan.
Hari-hari rumah kami aku kemaskan, basuh pinggan mangkuk.
Hari-hari aku bangun awal 5 pagi untuk pergi hantar dia pergi kerja.
Hari-hari aku tadah telinga dengar rintihan dia,

Kebelakangan ni, setiap kali nak pergi kerja, muka dia lemah. Bila aku tanya “ Baby kenapa ”, antara jawapan dia….
“Mengantuk, tak cukup tidur”.
“Penat, sakit belakang”.
“Penat, lenguh badan”.
“Letih, tak larat”.

Kalau balik kerja pula, kalau tanya makan tak hari ini, 80% jawapan dia adalah “sorry, tak sempat. tak ada masa”.

Setiap kali dia jawab macam ni, setiap kali itu lah, aku cepat-cepat cari makan untuk dia. Bila balik rumah, aku urut dan picit dia. Kadang-kadang datang syaitan berbisik di telinga.. “Bini kau jarang gila urut picit kau, kenap kau rajin sangat picit tolong dia” , dan setiap kali itulah, aku lawan bisikan tersebut dengan tenung wajah isteri aku dan tempik dalam hati “No, i must do this. Bini aku perlukan aku”. She’s my wife, Allah hantarkan dia pada aku untuk aku pelihara dan jaga dia.

Akhirnya, kini, dah masuk 9 bulan kami disini. Aku masih tak bekerja secara rasmi. Aku cover duit belanja aku by jual produk, dan kadang-kadang 2-3 bulan sekali, ada la job travel masuk, boleh la lepas buat saving dan belanja. Hari masuk dapat lah 3-4k (job travel), hari tak masuk sebulan nak cukup 1k pun payah. Nak compare dengan isteri aku yang gaji tinggi, malu muka juga.

Tapi menyesal kah aku? Tidak.

Sebenarnya ada je ruang pekerjaan terbuka untuk aku. Baru-baru ni pun ada offer masuk, offer aku jawatan dalam syarikat pelancongan. Mak ayah aku jenis support mana-mana pilihan aku, cuma kali ni mereka macam berharap aku terima sebab kesian tengok aku struggle cari income selama ni. Ada bulan berisi, ada bulan kecundang .

Tapi nasib tak menyebelahi aku, base company tersebut di Kuala Lumpur. Dalam erti kata lain, aku kena tinggalkan isteri aku. Berulang alik setiap minggu. Jadi aku buat keputusan, untuk tolak. Walaupun jawatan yang ditawarkan tinggi dan akan memperkemas portfolio aku suatu hari nanti.

Aku cakap pada mak ayah aku,

“Tak apa la umi abah. Pada sesetengah orang, kejayaan itu dinilai pada kejayaan kerjaya, wang dan kesenangan. Tapi tidak bagiku, cukuplah kejayaan itu dinilai pada kebahagiaan rumah tangga, selagi kami tidak merempat dan makan minum cukup”.

Kebetulan pula sekarang isteri tengah mengandung 4 bulan, anak sulong, lagilah aku tak nak tinggal dia dan anak aku berdua hadapi apa-apa. Takkan nak tinggal isteri aku muntah-muntah seorang diri. Makan minum dia selama ni pun aku yang fikirkan sebab dia busy sangat, takkan la dia mampu nak cari makan kalau hidup seorang nanti.

Tak apalah aku korbankan impian aku sekejap, demi keluarga tercinta. Nanti dah habis housemenship aku sambung perjuangan balik. Moga-moga Allah permudahkan. Walau hidup tak senang tak apa, yang penting amanah Allah bagi pada kita (keluarga) kita jangan bagi mereka susah.

Sharing is caring.

– Dz

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *