Pilihan Keluarga

Tidak tahu bermula dari mana. Sudah lama nak tulis disini, semuanya bermula dengan perkahwinan yang diatur keluarga. Dugaan demi dugaan menimpa.

Ok.. saya berkahwin ketika berumur 34 ketika itu, sudah terlanjak orang tua kata, kerana saya di pihak perempuan. Sifat pendiam dan suka buat kerja sendiri menyebabkan parent risau.

Saya berkerjaya tapi masih tidak menenangkan hati mereka. Asyik bertanya soalan yang sama,membuatkan diri ini rimas dan give up.

Last2 saya minta mereka yang carikan jodoh, bila dah terlalu kerap ayat *ibu dan ayah akan mati siapa yang jaga awak nanti*.

Dan dipendekkan cerita berjumpalah satu keluarga yang bersetuju. Mereka keluarga agak biasa, dan saya boleh dikatakan berkedudukan di Johor.

Saya tidak memandang harta, asalkan ketika itu hanya ingin berkahwin secepat mungkin. Saya cuba juga siasat tentang bakal suami, tapi langsung tidak jumpa di socmed. Tiada langsung.

Parent saya mengenali parent si pihak lelaki kerana sangat2 baik. Mengenali antara parent sahaja, bila berjumpa dengan anak beliau sangat baik lemah lembut, berwajah sangat kacak, tinggi lampai.

Fikir2 bila lagi peluang begini datang, cuba untuk berfikiran positif, ambil langkah bercinta selepas kahwin lebih afdal, pikiran ketika itu.

Lagipun keluarga bakal mertua tersangat2 baik. Mereka selalu ajak keluar bercuti bersama ke tempat2 peranginan, tapi kekurangannya tanpa anak lelaki mereka. Yang membuatkan saya tidak kenal dia tapi kenal dengan keluarganya.

Dipendekkan lagi, saya berkahwin, urusan sangat2 cepat. Memang itu yang parent saya mahu. Pada minggu pertama kami bergelar suami isteri, semua baik2 sahaja sehinggalah satu hari dia minta pinjamkan beliau duit minum kopi.

Saya masa tu kesian sangat2 ya Allah mungkin persiapan perkahwinan membebankan sampai duit minum diluar pun tiada. Saya segera hulurkan.

Dan lama kelamaan asyik meminta dan saya tetap bagi. Dan yang membuatkan saya terkejut ketika itu, rupanya dia adalah penganggur.

Pekerjaan yang dia buat sebelum ini ditutup tempatnya. Dalam bulan pertama.

Saya rasa macam tertipu sedikit, tapi biarlah mungkin keluarga mereka tidak tergamak untuk bercerita.

Suami juga bercerita kawannya berhutang masih tidak mahu bayar. Dia sendiri berhutang dengan orang lain. Jadi saya minta ayah saya ambil dia untuk bekerja dalam syarikat.

Ayah saya waktu ini mulai rasa tidak sedap hati. Saya kata kesian, mungkin persiapan perkahwinan ini yang membebankan. Takut orang datang minta hutang, ayah tolong langsaikan hutang2 dia.

Satu hari suami ajak untuk keluar lepak bersama kawannya. Dan saya mula terkejut, tempat lepak dia adalah tempat yang social malam2, rokok2 shisha.. memang saya tak berganjak kaki untuk turun kereta.

Saya minta maaf padanya, tapi dia mulai dingin sedikit. Mungkin nampak sombong, tapi saya tak akan turun ke tempat begitu, penuh dengan geng2 motor. Sana sini pergaulan bebas laki perempuan. Saya segan, saya malu jika kawan2 saya nampak tempat begini.

Sejak itu dia tidak pernah ajak. Saya lega juga dia faham tapi hati kecil mulai rasa takut. Takut ya Allah aku berkahwin dengan siapa ni. Hati mula terdetik mahu cari di socmed.

Ye memang tepat, profile ada. Sebelum kahwin dia tutup profilenya. Bila tengok memang lain sangat2 apa yang diberitahu oleh ibunya. Hati saya sedih tapi tetap cuba untuk sabar. Tapi kali ni saya tidak beritahu pada keluarga saya.

Dalam 4 bulan pertama, perkahwinan saya ni hambar. Saya rasa serabut setiap kali dia minta duit terus keluar dari rumah. Tengah2 malam baru balik, dan saya seperti guard. Tolong bukakan pintu.

Saya bosan dengan kehidupan begini. Bila ajak bercuti untuk mengenali rapat, dia tidak mahu asyik mengelak.

Keluarganya sahaja yang mengajak saya untuk hilangkan kebosanan, sementara anak lelaki mereka keluar pergi melepak dengan kawannya.

Saya rasa semua ni tak normal. Cuba lagi mungkin lepas ada anak dia akan berubah.

Tapi sifat saya jadi lain. Jadi mula pemarah, mudah merajuk, saya sendiri tak nak perasaan ni tapi geram. Dia pandai memujuk kemudian tinggal. Pujuk tinggal. Kenapa…. Kalau tak nak dekat saya kenapa setuju kahwin…

Sehinggalah satu hari, ketika itu suami tertinggal handphone. Saya cuba buka tapi ada password, agak2 nombor akhirnya terbuka. Saat ni tangan saya terketar2.. antara mahu buka atau tidak.

Rasa tidak mahu tahu tapi rasa ingin tahu. Duit kemana asyik habis. Apa pekerjaan dia sebenar. Kenapa keluarga mereka masih boleh bergelak ketawa, sedangkan dia jelas tidak hiraukan menantu dia.

Saya terus terang hanya rasa rapat di tempat tidur sahaja. Tu sahaja, masa lain seperti orang asing. Bila buka mesej2.. saya pelik tidak faham ayat2 kawan2nya. Lama tenung2 dia macam jual beli something. Side income mungkin kata hati.

Buka lagi mesej2 dibawah.. jual biji2 ubat. Saya makin terketar2 tangan ubat apakah ini. Masih samar2 ketika itu. Mula cari laci2 simpanan dan terjumpa biji2 kecil dalam plastik. Saya ambil terus start kereta pergi ke klinik.

Saya jumpa doc sendiri ingin tanya ubat apakah ini, dia beritahu warna pink dan biru ini dia tidak pasti tapi yang berwarna putih ini ubat tahan sakit yang sangat tinggi dosnya. Diberi untuk mereka yang mengindap penyakit2 kronik, selepas pembedahan.

Kaki saya mulai lemah. Sebab kita tahu apa sebenarnya berlaku. Sesak nafas anxiety mula menyerang, tidak dapat pandu kereta. Menangis2 teresak2.

Kebetulan ayah call saya tidak dapat sembunyi suara saya. Saya cerita semuanya dan dipendekkan cerita…

Saya minta untuk dilepaskan. Tapi pihak keluarga disana menyalahkan saya cuba menuduh anaknya. Disebabkan miskin sengaja buat cerita.

Hati saya luluh. Saya kemukakan bukti mereka tidak hirau langsung.

Apa yang mereka kata keluarga kami sombong, sengaja buat cerita. Dijaja cerita sekeliling kami buang anakkanya seba menganggur.

Sedangkan patut bersyukur anaknya kahwin dengan umur yang terlanjak.

Tapi saya tekad ingin dilepaskan. Saya risau jika ada anak apa akan terjadi. Kehidupan saya begaimana dengan dia. Kalau dia ada masalah ketagihan seorang itu cerita lain, tapi ini melibatkan kawan2nya sekeliling.

Saling support saling cover, saling bekerjasama. Bagaimana saya nak percaya. Sedangkan dari awalan keluarga disana tutup segala bagai. Belum lagi ipar duai nyatakan gilakan harta. Pelik gila.

Sedangkan saya kahwin dengan adiknya semasa disana juga sudah biasa. Bukan kerja hebat2 pun ketika itu. Saya terima.

Si suami diam beribu bahasa, cuma dia kata kita sebagai isteri kena terima segalanya tentang suami, baik buruk. Saya keliru kepala bagai nak pecah.

Akhirnya saya dilepaskan. Tapi prosesnya sangat panjang. Naik turun mahkamah, tapi dalam mahkamah saya tidak ceritakan tentang detail bukti yang saya temui. Di socmed kena perli macam2.

Orang luar juga percaya sebab seolah sudah lumrah, orang kaya ni jahat, orang miskin jadi mangsa.

Hari ni saya meluahkan disini kerana sakit. Sakit pedih luka terdahulu bila teringat kembali. Saya jadi takut dengan perkahwinan. Diri ini sunyi bila melihat rakan2 bersama anak. Saya tidak sempat ada.

– Done (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *