Assalamualaikum. Aku perkenalkan diri aku sebagai Teratai. Untuk pengetahuan semua, tahun ini merupakan tahun kelapan perkahwinan aku dan suami. Alhamdulillah, kami dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan.
Biasalah, dalam perkahwinan ada pasang surutnya. Di awal perkahwinan, aku dah merasa ujian dengan suami dipotong gaji sehingga hanya tinggal RM500 sebulan, dibuang kerja, dan terpaksa PJJ. Alhamdulillah, kami dapat tempuhinya walaupun ada getirnya ketika itu.
Tapi sejak tahun ini, ujian lain pula melanda dalam kehidupan kami. Satu malam, aku bermimpi, suami lafazkan kata cerai kepada aku. Bangun dalam keadaan terkejut, terus aku fikir ada maksud apa apakah mimpi ini?
Lama aku berfikir selepas itu, baru aku ceritakan pada suami, dia cakap, dia tak pernah berniat untuk ceraikan aku. Jadi, aku diamkan saja perihal mimpi tu.
Setelah berapa lama dari hal tersebut, tengah aku scroll di Thread, aku ada terbaca luahan seorang isteri yang menulis, suaminya telah menipu sepanjang 9 tahun perkahwinan. Suaminya menggunakan dating apps dan contact perempuan lain di apps tersebut.
Terus aku terdetik, suami aku pernah tak gunakan apps yang sama? Selama yang aku check di handphonenya, so far tak pernah nampak yang mencurigakan.
Saja aku search dan cuba install apps yang sama, rupanya email addressnya sudah dilink kepada apps tersebut. Sejak dari itu, mulalah episod hidup aku menjadi CSI tidak bergaji.
Dari saat itu, aku dapat trace, suami aku selalu melayan porn ketika diluar rumah. Apps tersebut pula beliau gunakan untuk mencari harga pelacur.
Aku confront suami, dia cakap dia tak pernah sentuh perempuan lain selain aku. Setiap persoalan yang ditanya, jawapan yang diberi tidak fix. Ada saja jawapan baru dan berubah ubah. Dia cuma cakap dia hanya pernah melanggan video lucah di apps tersebut tapi cuma sekali.
Aku cuba percaya, tapi agak mustahil cuma sekali sebab penipuan itu sebenarnya sudah bertahun tahun. Based pada history search, suami hanya install apps tersebut bila keluar untuk pergi kerja, dan uninstall bila pulang ke rumah. Tergamak dia cuba menipu aku dalam diam.
Aku cuba mencari bukti lain, dan ternyata dia pernah deal harga untuk service di hotel. Hancur berderai hati aku. Menggigil teruk badan aku bila aku tahu hal ini.
Terus tanpa berlengah, aku bawa anak anak aku pergi ke Pejabat Agama. Aku perlukan seseorang untuk bercakap. Tak tergamak aku nak ceritakan kepada keluarga aku atau keluarga dia.
Setelah kaunseling dengan suami di Pejabat Agama, aku cuba bercakap dengan suami ada lagi tak yang dia sembunyikan. Suami masih dengan pegangan yang dia tidak pernah sentuh perempuan lain, cuma melanggan video, tapi itupun videonya tidak dapat kerana ditipu scammer.
Aku bertanyakan perihal service perempuan di hotel, dia cakap, dia hanya tanya tanya tapi tak kesana. Kali ini, aku ajak suami walk in ke Pejabat Agama kali kedua. Aku confuse kenapa sampai sekarang suami tak pernah nak ceritakan apa yang terjadi dari A-Z dekat aku.
Aku call mak aku dan mak suami. Aku ceritakan secara ringkas apa yang terjadi. Mak suruh aku beri peluang untuk suami berubah dan tekankan untuk jaga solat. Mak suami minta aku bersabar, tapi adik adik suami dah sekolahkan suami atas perlakuannya.
Sekarang, aku bingung. Betulkah pilihan aku untuk beri peluang kedua pada suami. Aku juga sudah siapkan perjanjian dengan suami jika suami masih mengulangi perbuatannya, aku akan bawa hal ini ke mahkamah syariah.
Aku dah penat untuk kaunseling berkali kali jika tiada perubahan. Aku juga minta suami untuk buat pemeriksaan kesihatan, kerana apa yang keluar dari mulutnya, susah untuk aku percaya lagi.
Sekarang, aku cuba terima apa yang terjadi kerana fikirkan anak anak tapi dalam masa yang sama emosi aku sangat sakit.
Tolong doakan aku kuat hadapi ujian perkahwinan kali ini.
– Teratai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau tahap dah tanya harga langgan perempuan tu, memang level lain. Semoga dipermudahkan urusan.
kalau isteri dah main dgn lelaki lain, suami tu nak terima tak? mesti tak kan. silap2 kena talak 3. run sis sebelum terlambat. curang pun org dah boleh mintak cerai, inikan main dgn pelacur. rendah betul martabat dia
Yunk tak takut ka main sama suami yang dah celup sana sinun?
Pi la check kot ada HIV ka STD ka Herpes ka?
Jantan kuat main luar bawak penyakit.
Baik ampa cerai ja. Memudaratkan kesihatan diri takut jangkit penyakit kelamin!!!!!!!
Anak Rita Rudaini pon elok berjaya hidup tanpa bapa di sisi menemani.
Hidup bersuamikan jantan pelucah takut esok ada anak dara jadi kes haruan makan anak.
Bila perempuan nak berhenti sokong jantan maksiat???????? Dosa nak Teratai oiiiiiiii!
Jangan taat dah laki perosak gini.
Islam tak ajar hidup rumah tangga kotor tercemar terseksa gini.
Islam ajar sakinah mawaddah warahmah gitchuuuueeer!
Selalunya suami akn cba memberi ‘alasan’ yg logik utk menutup kesalahan yg dibuat, serta x mahu isu itu berpanjangan, dan sekali pikir, mngkin isteri tu pecaya la dgn kata2nya.. tp bila dipikir2, knp ye dia sanggup ‘anticipate’ utk buat perkara tu, dan x mustahil juga pernah ‘participate’ secara dia sedar akan ‘akibat’nya atau pon tidak.. ada juga suami yg kta, “klaw dia buat dosa, itu adalah antara dia dgn Tuhan, knp isteri sampai nk siasat2 sgt..?” Tp, klaw takdir dah sampai bwak ‘penyakit’ kelamin ke nt, bkn ke yg nk susah tu kluarganya jugak.. entahla, kdg2 heran jugak, dah ada yg ‘halal’ d dlm rumah, nk cari jugak ‘hiburan’ di luar rumah.. cuma klaw betul dah ‘bertaubat’, jgn la ulangi lg, tapi klaw teruskn jugak, suatu hari akn terbongkar juga, dan d Akhirat nt, semuanya akn dipertontonkn kpd semua, tanpa dpt berselindung lg.. wallahu a’lam