Assalamualaikum. Saya Mulberry. Berharap admin approved confessions ini untuk memberi ikhtibar dan pengajaran hidup kepada kita semua.
Berbalik kepada tajuk, saya ada seorang bapa saudara yang ku namakan disini “Paklong”. Dia abang kepada ayahku yang kini berusia 78 tahun, uzur, sudah tua berpenyakit.
Setelah kematian ayahku 3 tahun lepas, kami keluarga besar terputus hubungan dengan Paklong. Kami semua sangkakan dia di bawa pindah ke satu negeri oleh anaknya dan dijaga baik. Rupa-rupanya sekarang dia berada di rumah orang tua-tua.
Sedikit pengenalan kepada latar belakang Paklong. Paklong ada lebih 7 orang anak. Malangnya, sewaktu muda Paklong pernah melakukan kesilapan iaitu memperkosa anak kandung sendiri yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun beserta sebatan.
Alhamdulillah kini hampir 8 tahun paklong bebas. Paklong baik dengan adik-adiknya. Makcik ku mengatakan paklong sangat baik kepada dia sewaktu kecil hingga kini.
Arwah ayahku dan paklong rapat, sebelum dipenjarakan, aku masih ingat paklong selalu datang menziarahi kami di kampung.
Ayahku tidak percaya paklong lakukan kesalahan itu, namun mereka sekeluarga pasrah dan redha akan keputusan Hakim. Hanya Allah sahaja mengetahui segalanya.
Setelah 20 tahun, Paklong keluar penjara, umurnya pon sudah menjangkau 70 tahun. Ketika itu, dia kelihatan sihat, baik, lemah lembut di mataku.
Aku selalu menemani arwah ayah menziarahi dia di rumah sewa anaknya. Kadang-kadang Paklong mengadu anak-anak nya tidak datang melawat, membiarkan dia keseorangan.
Ya, aku tak salahkan Paklong, dia cuma mengadu. Aku juga tidak salahkan anak-anaknya yang seramai lebih 7 orang itu. Mungkin mereka masih berdendam, atau tidak boleh memaafkan bapa kandung mereka itu.
Setelah bapaku meninggal dunia 3 tahun lepas, Paklong dibawa berpindah ke negeri lain. Kami sekeluarga tanpa sengaja terputus hubungan dengan nya.
Panggilan terakhir Paklong kepada makcik ku adalah untuk meminta tolong kepadanya kerana dia seolah dipaksa ke suatu tempat yang dia tak rela untuk pergi. Talian telefon terputus dan sejak itu tiada lagi panggilan telefon dari Paklong.
Baru-baru ini Allah nak tunjuk, kami ternampak video viral Paklong di rumah kebajikan orang tua-tua. Paklong nampak uzur, namun kami nampak di sana kebajikannya terjaga.
Aku mencari tahu bagaimana Paklong boleh berada di sana? Rupa-rupanya dia ditinggalkan di hospital oleh warisnya. Pihak hospital kemudiannya menghantar Paklong ke rumah kebajikan di negeri X.
Perasaan aku ketika melihat video itu? Aku sangat sedih kerana aku nampak, terbayang wajah tua ayahku di sana.
Suami kata kepadaku agar tidak “judge” anak-anak Paklong kerana kami tak tahu apa yang mereka semua alami semasa kecil. Dalam pada sedih hati, aku juga sedikit lega kerana kebajikan Paklong terjaga di rumah kebajikan itu.
Paklong, Insyaallah kami sepupu sepapat dan makcik (adik paklong) dah berpakat melawat Paklong nanti di rumah kebajikan itu. Paklong tunggu ya, jangan sedih-sedih!
Ini semua ujian Allah, untuk kita semua insafi. Kita tak terlepas dari membuat dosa & mungkin juga tak terlepas dari menanggung kifarah. Apa-apa pon saya sayang semua darah daging bapa saya.
– Mulberry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kalau betul paklong merogol anak kandung dia sendiri , betul lah anak2 dia buat.
jangan kesian masa tua paklong awk kena aniaya dgn anak2 , tapi fikir apa anak dia lalui masa kena rogol dulu..trauma anak dia. kalau kesian awk jaga je lah..tak salah pun.
dari pembacaan kak non , tt mcm nak blame anak2 paklong sbb buat mcm tu dkt paklong . Tapi pendapat kaknon sendiri seeloknye TT tak perlu masuk campur urusan antara anak2 paklong dgn paklong . Nak mengekalkan silaturrahim dgn paklong tak salah tp jgn judge anak2 paklong yg 7 org tu . kita taktau apa yg anak2 dah lalui .Mungkin ade yg trauma sampai skrg ke asbab dirogol bapa sendiri , sedangkan mangsa pedo pun masih ade trauma yang belum hilang walupun sudah berkhawin . Setidaknye kebajikan paklong masih terjaga di rumah orang tua . Jika tt tak smpai hati , boleh je tt sendiri bawa paklong dan jaga di rumah . tak ada salah pun .