Pilihlah Pasangan Yang Baik-baik

Assalamualaikum readers…

Aku Tullip Merah. Aku nak ceritakan pasal arwah abang ipar aku.Arwah abang ipar aku ni, aku panggil Abang Nan, berkahwin dua, ada dua anak (sepasang lelaki perempuan) dengan isteri pertama. Isteri kedua tak ada anak. Kakak ipar 1st, aku bahasakan Kak Bah, yang kedua aku bahasakan Kak Nang.

Kak Bah ni jenis pendiam, introvert gila-gila (aku faham perangai dia sebab aku pun sejenis introvert juge). Dia bercerai dengan abang Nan sebelum aku kenal dengan somi aku lagi. Tapi aku dengan dia baik lepas arwah dijemput Ilahi. Dengan Kak Nang pun aku baik juga, tapi hmmm….nanti kita sampai ke that part.

Arwah abang Nan pergi kerana kanser. Perginya mengejut, pada tarikh yang sepatutnya perkahwinan aku dilangsungkan pada ketika itu (kami tunda ke depan tarikh kawen atas sebab-sebab tertentu masa tu).Dia tinggalkan isteri dia, bekas isteri dan anak-anak tanpa persediaan dalam soal pembahagian harta.
Sebaik sahaja arwah dah tak ada, yang aku care sangat pasal dua anak dia yang still kecik comey tu. Yelah nak makan apa lepas ni? Bapak dah tak ada untuk bergantung harap. Tapi aku diam, sebab waktu tu aku belum kawen lagi dengan somi, so aku tak ada hak nak masuk campur urusan keluarga dia.

Sebaik aku kawen, soal pertama lepas majlis aku tanya laki aku pasal kebajikan dua budak kecik tu yang dah automatic jadi anak sedara aku. Bila dah kawen, kita kena ingat, kita bukan kawen dengan laki kita ja, kita kawen sekali dengan kaum kerabat.haha

Aku ni bukan baik pun, cayelah bende-bende jahat yang korang terfikir nak buat tu semua aku buat, aku cuma tak sentuh dadah, alcohol, night club dengan main laki ja. Tapi aku tahu aku menghimpun dosa di hari-hari kehidupan, so aku tak nak tambah lagi dosa dengan abaikan kebajikan anak yatim dalam keluarga aku. Sok-sok ketaq lutut bila ALLAH tanya weh.. Aku tak nak sebelah kaki aku esok-esok diheret ke Neraka, menjauh daripada Syurga…Ya ALLAH…nangesssssss

Mula-mula laki aku kata soal harta Kak Nang yang uruskan, so aku pun ok je. Tapi dari bulan ke bulan, makan tahun. Sepi tak ada berita. FYI, anak-anak sedara aku dengan Kak Bah tu hidup menyewa bilik ramai-ramai di sebuah bandar dekat Selangor. Sedangkan Kak Nang hidup di rumah semi banglo dua tingkat, hasil perkongsian dengan Abang Nan. Rumah atas dua nama. Nama dia dan Abang Nan.

Time raya aku dengan laki aku bawak anak-anak sedara balik beraya (sebab kami tinggal satu negeri). Depa tak ada baju raya, mak mertua akulah yang bersusah payah cari kain baju untuk budak-budak ni masa raya. Isk sedihhh….aku nak tolong lebih-lebih, aku sendiri pun tak berapa nak mampu… makan sendiri pun tercungap-cungap nak kasi lepas.

Banyak kali aku gaduh ngan laki aku pasal ni, aku nak dia fight untuk anak-anak sedara, sebab dalam hierarki family mertua, selepas arwah, laki aku la anak lelaki dalam family tu, so now dia kena pikul tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung dalam rumah tu. Aku gaduh ngan dia sebab aku tak nak mati dalam keadaan bende ni tak setel.

Setelah beberapa kali meninggi suara (ampunkan aku suami), akhirnya dia pun paham dan mula buat group whatsapp family antara adik-beradik untuk bincang pasal hal ni. Mak mertua aku turun g bincang dengan Kak Nang pasal tuntutan harta yang kami nak buat untuk anak yatim, dia melenting. Katanya tak adil sebab rumah tu ada nama dia. Gaduh-gaduh dalam call pun bermula. Tuntutan faraid dibuat. Turun naik mahkamah. Bergaduh luar mahkamah (Kak Nang tuduh mak mertua aku macam-macam depan hakim, kami diam ja sebab anything yang keluar daripada mulut boleh digunakan against diri sendiri balik masa dalam perbicaraan).

Bagi aku ini natijah, natijah kita sebagai Islam tidak terdidik dengan hukum Islam yang betul. Allahu. Jauhkan diriku dan keturunanku daripada sifat hasad dan tamak. Aku tak kata aku baik. Tengok duit RM10 atas lantai pun boleh goyah iman. Tapi ingatlah hukum ALLAH TAALA yang memerhatikan kita siang dan malam.

Kak Nang marah, tak puas hati sebab rumah tu nak dibahagi dua, di mana bahagian milik Arwah dipecah-pecahkan mengikut faraid, yang mana anak sulung (anak lelaki) arwah dapat bahagian paling banyak. Katanya rumah tu dibayarnya atas gaji sendiri masa arwah sakit dan tak mampu bekerja. Banyak manalah yang dia dah bayar? Kalau dihitung himpun pun, tak boleh cover pun separuh daripada harga rumah pun.

Arwah ada KWSP yang mencecah ratusan ribu, semuanya diletakkan 100 percent atas nama Kak Nang (yang mana aku sangat terkejut). Walaupun penama hanya pemegang amanah, di mana pemegang amanah perlu beramanah membahagi duit tersebut kepada berhak, tapi tidak pada Kak Nang, dia beranggapan asal dah nama dia, so ratusan ribu tu hak mutlak dia la okeh… Beberapa minggu sebelum arwah meninggal, arwah ada buat permohonan untuk pengeluaran wang KWSP dan ia diluluskan dua hari sebelum arwah pergi. Pada hari arwah meninggal, (entah bila masa dia pegi buat) Kak Nang pegi buat transaksi pemindahan wang KWSP masuk ke akaun Maybank arwah. And since that, dia keluarkan kira-kira RM1,500 setiap hari daripada akaun Maybank arwah, pendek kata dia korek sampai kering kontanglah akaun tu. Katanya dia guna duit tu untuk bayarkan hutang arwah dengan bank, tapi bila kami pergi sendiri cek dengan bank, bank kata hutang arwah dah lama dah selesai. So pegi mana duit anak-anak yatim tu semua…

Arwah ada Kereta Honda, mahkamah dah perintahkan kereta tu dijual dan dibahagikan mengikut faraid. Mak mertua aku sayanggg sangat kat kereta arwah anak dia. Dia kata dia nak ‘nampak’ anak dia sentiasa depan mata, so dia yang ‘beli’ kereta tu ikut harga pasaran dan bayar bahagian faraid tu kepada anak-anak arwah dan Kak Nang. Bahagian dia pun dia sedekahkan kat anak-anak arwah.

Kak Nang kata nama aku tak ada dalam senarai faraid (bukan orang yang menuntut) so dia nasihatkan aku supaya jangan nak campurlah urusan ni. ALLAHU…Kalau ALLAH lepaskan aku gitu je esok-esok, tak pa lah jugak, ini dengan aku sekali diheret sama. Isk…

So nasihat aku…Tolonglah wanita-wanita-wanita-wanita-dan lelaki… tolong sedar kedudukan awak-awak semua, kalau awak isteri kedua, jangan makan duit anak yatim. Ada atau tak ada anak sendiri, bahagi ikut faraid, yang mana anak lagi berhak ke atas harta si bapa. Yang lelaki, jangan dibutakan dengan cinta sangat. Buat pertimbangan wajar. Anda nak tenang-tenang bersoal jawab dengan malaikat di alam sebelah sana kan? So please be wise. Memang maut tak kenal waktu, di kala jari menaip ni pun aku boleh dijemput Ilahi, tapi sementara kita masih berkesempatan bernafas ni, now is the time to make things right. (Ive done my part dalam soal harta siap-siap.huhu)

Sekarang, kami masih naik turun mahkamah. Sanggup tak sanggup, tengah bawak perut memboyot pun kene jugak pegi drive jauh-jauh demi anak-anak sedara tersayang. Untuk anak-anak sedara aku, aku sayang sangat kat korang tau. Along rindu sangat kat korang yang sekarang dah duduk jauh dari aku. Pujuklah ibu (Kak Bah) balik sini semula, jangan pinggirkan kami. Jangan putuskan hubungan kita sebagai keluarga hanya sebab orang lain.

Tullip Merah.

– Tullip Merah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *