Hai asalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Amaran, entri kali ini sedikit panjang. Anda boleh abaikan jika tidak cukup masa untuk membaca dengan penuh ketenangan. Haha.
Sebab saya perlukan permahaman anda dahulu kemudian barulah anda lontarkan komen yang bernas, semangat atau kongsi pengalaman mana-mana yang mirip situasi dengan saya.
Saya perkenalkan diri secara ringkas. Panggil sahaja saya Sufie. Berumur 28 tahun. Seorang ibu beranak 4 orang dan pernah keguguran 2 kali.
Menetap di Pahang. Telah berkahwin 10 tahun. Kini menjadi suri rumah tangga sepenuh masa sejak 3 tahun lalu. Suami berumur 30 tahun dan kini kerja dalam bidang repair aircond. Berasal dari negeri harum manis.
Pindah? Ya suami ajak pindah di kampung kelahirannya. Saya begitu berat hati walaupon saya pasti memang saya akan pindah jua cuma saya sangka bila umur kami menjelang 40-50an. Saya cuba ringkas kan mengikut point kenapa saya berat hati :-
1. Rumah – suami bina rumah berdekatan rumah mil dan fil (ayah tiri). Lebih kurang 10minit. Asalnya dia bina untuk mereka duduk. Berharga RM150K (tunai).
Suami kumpul duit sejak awal kahwin tetapi setelah siap dibina tiada tanda-tanda mereka mahu pindah, suami kata mungkin sebab tiada perabot.
Saya agak kehairanan. Dah la rumah dibina 100% duit suami, adik-beradik nya tiada seorang ke mahu kongsi duit beli barang-barang asas untuk rumah?. Suami kata dia akan kumpul lagi duit.
Tup-tup suami kata mereka tak nak pindah sebab rumah mereka duduk sekarang ada ayam dan itik yang dibela, ada pokok2 yang hasilnya dijual di pasar dan lain-lain.
Dalam masa yang sama suami kata dia nak berhenti kerja di syarikat dia atas sebab-sebab tertentu dan ajak pindah di kampung sebab sayang rumah terbiar. Saya rasa macam di scam oleh suami sendiri. Haha. Mungkin di scam oleh family dia juga.
Saya sanggup pinjamkan sekian amount untuk buat rumah tu, untuk mak ayah dia duduk dengan selesa (rumah mereka dulu terbakar dan sekarang mereka duduk di rumah pusaka), akhirnya setelah siap eh tak jadi duduk dan saya pula kene duduk sana?.
Ramai kawan-kawan saya cakap saya untung sebab dapat suami pandai urus duit sehingga dapat beli tanah kebun, lot rumah dan bina rumah. Tapi hanya saya, isteri dia sahaja yang tahu pahit manis semasa proses dia menyimpan duit. (nangis*).
2.Kedekut – pernah dengar tak orang cakap sebab kedekut la dia boleh simpan duit banyak beli harta?
Ya itu lah suami saya. Dia boleh simpan duit gaji dia RM1K-RM2K sebulan untuk impian dia. Nafkah anak dan bini memang ke laut dalam. 1sen pon dia tak keluarkan duit semasa anak sulong tadika 5tahun.
Saya kira-kira secara kasar dekat RM6k saya habis untuk bayar yuran dan bulanan sekolah selama setahun itu. Pakaian anak banyak yang saya beli.
Apa anak nak makan saya yang melayan sebab dulu masa saya kecil banyak yang saya teringin makan tak dapat. Jadi saya tak nak anak saya begitu.
Suami hanya rajin beli kan mainan anak tiap kali keluar weekend di kedai eco atau diy sahaja. Berkenaan sekolah, perubatan (anak masuk hospital), pakaian anak memang banyak saya yang tanggung dan urus.
Dulu pernah dapat duit Brim beberapa kali, duit itu lah di gunakan untuk beli baju raya/jalan anak-anak.
Bila da tak dapat sebab gaji kami berdua da tinggi, asal perayaan memang akan guna duit saya dahulu kemudian baru claim separuh pada dia. Anak dan isteri bukan lah keutamaan dia. Tapi cita-cita dia untuk memiliki tanah dan rumah di kampung adalah keutamaan. Sedih kan.
Hari-hari bertekak sebab dia frust saya tak nak share duit bina rumah sama-sama.
Korang, dia beli tanah pon tak nak letak nama saya sebagai nama kedua, kemudian nak buat rumah untuk mak ayah dia nak mintak saya share? Adakah saya kerja bermati-matian hanya untuk kesenangan dia dan keluarga dia?.
Apa saya tidak punya mak bapak ke untuk dibalas budi juga?.
Kami PJJ lain daerah. Saya 100% jaga dan uruskan anak. Tiap-tiap petang dia call bukan mahu dengar kepenatan saya ketika mengandung sambil uruskan anak, tapi dia sibuk memujuk saya mintak saya share duit.
Bila saya bertegas tak mahu, akhir sekali perbualan kami akan berakhir dengan pertengkaran dan pergaduhan. Tiap hari ya. Saya betul-betul rasa sedih dan dipergunakan.
Pernah kantoi saya terbaca di messenger dia mengadu pada adik angkat (perempuan) yang saya takut nak berkongsi duit dengan dia untuk bina rumah.
Saya betul-betul rasa terhina. Isteri yang sentiasa susah saja dengan dia, tak pernah la rasa senang sangat, boleh dia burukkan pada adik angkat dia yang bertahun-tahun lost contact tu. Macam la adik angkat dia nak bagi pinjam duit.
So kepada wanita di luar sana tak payah la percaya cerita suami orang. 1001 kebaikan kita pon belum tentu dia hargai hanya kerana 100 keburukan kita.
Akhirnya saya begitu rungsing tengok dia yang kerja bermati-matian sampai pernah kemalangan, saya bagi pinjam RM25K untuk cukupkan duit dia yang kurang untuk bina rumah. Alhamdullilah sudah dilunasi.
3. Perubahan sikap suami – alhamdullilah syukur suami banyak berubah lepas rumah siap. Saya cakap lepas siap rumah ni tolonglah jangan nak ber-impian lain pulak. Saya penat tengok awak bekerja dan awk kene la fokus kat keluarga kita.
Bahagiakan kami, mewahkan kami pulak (yelah kalau dalam sebulan boleh simpan sampai RM2K maksudnya dia boleh mewahkan anak bini dia ye dak?). Suami pon cakap, dia tak nk da kerja keras penat-penat macam dulu.
Nak santai saja. Apa yang nak makan, makan. Tak nak ikat perut. Kalau rasa nak beli itu ini, nak beli. Tak nak tahan-tahan.
Nak jalan-jalan dan bercuti (sebelum ni kalau bercuti banyak saya sponsor atau separuh-separuh, itu pon setelah memujuk, merayu, bergado bagai, atau dapat duit apa-apa seperti bonus).
Lega saya mendengarnya. Dan betul selepas rumah siap, saya dapat duit nafkah berjumlah RM300. Dapat makan sedap-sedap. Dapat bercuti. Dia jadi kurang kedekut. Yuran anak pon dia bayar. Saya bersyukur sangat dan berdoa moga kekal la sehingga bila-bila perangai baik dia.
Kami pon makin baik, mesra, kurang bergaduh dan aman saja rumah tangga kami. Tapi ku harap pelangi hingga ke petang namun ribut pulak di tengahari. Haha. Tiba-tiba kene pindah.
Tiba RM300 dah berkurang jadi RM100 sebab dia nak menyimpan duit lagi. (senyum dalam tangisan*)
4. Tak sedia – Ya saya belum bersedia untuk pindah. Kami sudah bina kehidupan di sini selama 10tahun. Rumah sekarang pon rumah beli bukan sewa. Anak-anak pon da sekolah.
Jika suami hendak berhenti kerja di syarikat sekarang pon tiasa masalah masih banyak lagi peluang pekerjaan di sini.
Suami memang tak suka berhutang. Pening kepala katanya. Jadi dia plan untuk menjual rumah sekarang jika sudah berpindah di kampung.
Kemudian dia cakap lagi jika di kampung dia kerja dapat gaji RM2K pon ok sebab dia tiada hutang. Saya terkedu dan terkesima. Macam mana ya dia boleh berwawasan seperti itu?.
Saya baru nak menarik nafas lega sebab dia da tak kedekut, tak berkira, da tak perlu kejar apa-apa lagi, tiba2 dia nak saya hidup dengan dia dan 4orang anak dengan gaji RM2K?
Bermakna kami kene jimat cermat semula ke macam dulu? Belum lagi kalau family dia ajak ke sana ke sini, pasti dia yang belanja makan, minum, petrol dan lain-lain. Hilang lagi hak kami anak beranak. Stress pikir.
5. Budaya keluarga – mil saya dengan adik beradik dia kurang rapat. Fil pon begitu. Jika raya kami hanya berkunjung ke rumah nenek suami sebagai tetamu.
Buah tangan seperti kuih raya, kek, makanan raya pon tak bawak. Heran sungguh saya. Tak macam family saya. Dua-dua pihak kami rapat.
2 hari sebelum raya kami pasti balik berkumpul untuk gotong royong kemas dan bersihkan rumah. Gantung langsir, susun biskut raya, buat kek raya, masak lauk raya sama-sama.
Esok pagi selepas solat raya kami akan makan sama-sama. Bersalam-salaman, bergambar, ziarah kubur dan beraya ke rumah orang.
Hari ke berapa mak saya pula akan buat open house jemput rakan sekerja, keluarga dua pihak, jiran-jiran dan saudara mara. Memang meriah. Tapi tidak di belah mertua. Hari raya cukup hambar. Selepas balik raya, makan, dan duduk-duduk tengok tv.
Tiada orang yang berkunjung ke rumah mereka dan mereka pon tidak raya di rumah orang. Tahun pertama hari raya di sana, saya dibawa berjalan di Aeon, Giant pada pagi syawal pertama. Haha. Mertua pon tak kalut nak pakai baju raya.
Hari ke 2, kami ke rumah nenek suami untuk beraya. Makan, dan berbual sahaja semasa di rumah nenek. Malam pulang semula ke rumah. Maka berakhir lah perayaan kami. Haha.
Anak saya kalau raya di sana dapat duit hanya dari nenek, pakcik, makcik, nenek sedara sahaja. Ada la tak sampai RM100.
Kalau beraya di belah saya, anak saya seorang saja boleh collect sampai RM300. Eh tak cakap la duit raya ni wajib, tapi nak anda paham yang hambar betul beraya di belah mertua. Kalau dulu jika turn di sana saya cume dapat tahan perasaan selama seminggu sahaja.
Balik ke kampung saya, saya boleh beraya semula. Menikmati juadah dan suasana raya sebenar. Tapi jika sudah berpindah di sana bagaimana pula? (sedih*). Ini baru cerita hari raya. Belum jamuan lain.
Suami kata dari kecik tak pernah mereka sambut hari jadi adik beradik atau mil fil, tak pernah buat open house, buat kenduri apa-apa pon.
Sedangkan family belah mak ayah saya kami selalu buat makan-makan, birthday, kenduri tahlil, pakcik sembuh dari long covid pon kami buat majlis kesyukuran. Pernah biras buat makan-makan sempena anniversary dia.
Tak ada banyak pon dia masak. Beli kek, buat kuih dan laksa. Itu pon mil mengomel eh banyak nya makanan ni, boleh ajak ramai makan ni, mak dari dulu tak pernah sambut-sambut ni.
Sejak dari tu saya perasan biras saya sambut apa-apa jamuan anak beranak atau jemput 2-3 jiran saja.
Tak jemput mil dan fil. Ya mungkin tak biasa. Jika anak-anak balik dan keluar makan ramai-ramai, time oder dia selalu cakap tak kisah oder saja dia makan saja (biasala orang tua-tua kan), bila da sampai hidangan dia kata, ish banyaknya,
Mak jenis makan sikit saja, ni macam nak kenduri, ikan siakap tu oder 1 saja cukup (ni esok dia menyapu di laman pon dia cakap lagi taw). Haish, 3 family beranak pinak tak kan la oder 1 saja ikan kan. 1 lagi boleh tak bersyukur bile anak belanja, makan saja dan diam boleh?
Tak perlu ucap terima kasih pon takpe tapi tolonglah kami nak makan dengan tenang. Jangan lah mengomel itu ini ulang bende yang sama.
Mil tak minat masak, kadang da pukul 12 pon tak masak lagi. Dia selalu cakap, mak makan ringkas saja. Nasi, ikan goreng, ulam dah.
Tapi kalau ada ayah kamu atau anak-anak balik, mak pening nak masak (kesian rasa macam menyusahkan dia haha). Tapi sejak rumah tu siap, semua berkumpul di situ. Jadi saya, biras dan ipar lah yang masak. Time kami masak pon dia ulang perkara yang sama.
Dia cakap, Mak makan sikit sebab dari muda makan sikit (agak nak cakap menantu gemok kot haha), mak masak ringkas takde beriye bagai, tak yah hidang beriya mak tak kisah pon, bla bla bla. Alahai, kita ni dibesarkan oleh keluarga lain. Cara masak lain, cara hidang pon lain.
Tak boleh ke mak diam saja biar kami buat keje kami? Cukup masa kami pangil mak makan. Contoh, kami pernah la masak berbagai menu. Ikan bakar ada, ulam-ulam ada, lauk lain pon ada. Jadi saya cakap untuk ikan kita buat air asam dan sambal kicap.
Untuk ulam kita buat sambal belacan. Semua setuju sebab bukan susah pon. Dia masuk dapur dia terperanjat. Dia kata kalau mak 1 menu saja, sambal pon 1 saja. Buat apa susah-susah. Anda nampak tak saya bakal sakit kepala bila pindah sana nanti?.
Saya selalu buat majlis harijadi anak saya. Selalu sambut jemput family, kawan-kawan, jiran. Kalau pindah sana da la kawan tak ada, family tak ada, jiran tak tahu perangai cmne, family suami pula begitu haha. Pening.
6. Privasi – selepas rumah suami siap, kalau kami balik memang kami tidur di sana walaupon tiada kelengkapan yang cukup. Begitu juga adik beradik suami jika mereka pulang ke kampung mereka akan duduk di sana.
Sebab lagi selesa jika nak dibandingkan di rumah pusaka yang mil fil duduk sekarang. Sebelum CNY, mereka ade berwasap untuk berkumpul di rumah itu dan masak lemang, dodol, bbq.
Mil pon rancak merancang itu dan ini, tiba-tiba dia semangat, saya juga heran sebab saya da berapa kali kene scam dgn mil sy haha. Beriya nak buat itu ini sudahnya tidur sahaja haha. Dalam wasap saya cuma diam sahaja sebab kami memang tak dapat balik pada CNY tu.
Tapi perkara mereka rancang itu tak terjadi sebab salah seorang positif covid. Start dari tu saya terus terpikir adakah selepas kami duduk di sana, rumah itu akan jadi tempat perkumpulan untuk sebarang cuti weekend, public holiday, school holiday dan perayaan?
Oh saya dapat bayangkan saya akan kepenatan mengemas dan memasak bersama anak kecik, menahan segala rasa di gomel itu ini, cara didik anak pon pasti di pertikai,
Apa kelakuan kami pasti dijadi bahan umpatan (mungkin sebab mil selalu ngumpat anak menantu yang lain pada saya), bahkan mungkin perbelanjaan makanan, eletrik dan air juga akan meningkat.
Pasti time tu suami akan minta berjimat cermat lagi. Hak kami dan anak-anak diambil. Sebab suami pasti tak kan berkira kan dengan family dia. Belum lagi bercakap tentang aurat.
Kita baru nak tido, da ada yang datang rumah pasti kelam kabut kita nak tukar pakaian yang sopan. Rumah pulak sentiasa perlu berkemas. Anak kecik-kecik, mainan saja da ade 5 tong haha bayangkan la. Tak boleh bermalas-malasan macam sekarang.
Walaupon rumah mak ayah saya cuma makan masa 1jam saja tapi mak ayah saya jarang berkunjung rumah saya. Kami yang selalu berkunjung mereka. Mak ayah saya nampak saja seperti orang lama-lama tapi mereka tak pernah atur kehidupan kami.
Saya selalu cakap dengan suami, awak untung dapat mertua macam mak ayah saya sebab mak ayah tak pernah la nak uji awak apa-apa masa sebelum kahwin, selepas kahwin pon tak pernah atur-atur atau arahkan itu ini pada awak.
Mak ayah saya terlalu hormat awak. Sayangkan awak. Apa awak nak makan semua mak saya akan masakkan. Kalau nak mintak apa-apa, mak ayah saya akan sebut mintak tolong cara baik-baik.
Kalau suami datang, mak saya hidangkan air siap beralas piring lagi taw. Haha. Sampai kadang saya rasa mak ayah saya lagi sayang kan suami saya dari saya. Jadi kesimpulannya, saya pasti saya akan hilang banyak hak terutama lagi hak privasi saya. (sedih*)
7. Sikap mereka – mil tidak melayan suami dia seperti yang selalu saya lihat orang melayu lama amalkan. Haha. Fil panas baran dari muda.
Selalu berkasar dengan mil. Mungkin sebab tu mil layan acuh tak acuh. Fil kalau dengan kawan-kawannya elok saja layan. Tapi dengan mil lain layanan dia, ini yang mil cerita pada saya.
Fil pon jenis ayah yang tidak berani tegur anak-anak perempuannya. Anak perempuan tengking mil, fil dan adik beradik lelaki termasuk suami semua diam. Jika perkara ini berlaku pada family saya, berdarah mulut akibat ditampar ayah sebab kurang ajar pada mak sendiri.
Begitu juga mil tak berani tegur anak perempuannya.
Perangai suami banyak ikut perangai fil seperti berjimat, kedekut, kalau isteri beli apa-apa bagi dia semua membazir walaupon duit isteri sendiri, baran, mudah melenting, dan banyak lagi. Saya risau bila duduk dekat perangai suami makin 100% copy paste perangai fil.
Walaupun cume ayah tiri tapi mereka sangat rapat kerana mil berkahwin dengan fil semasa suami berumur 1-2 tahun.
8. Proses pertukaran sekolah anak-anak – boleh ke guru atau staf pejabat pendidikan yang ade di sini kongsi cara untuk menguruskan perpindahan pelajar.
Setakat ni mereka baik, takde la teruk sangat. Mil fil pon takde la menghuru-hara kan rumah tangga anak-anak. Tapi esok lusa tak pasti la.
Setakat ni mereka baik pada kami dan anak-anak. Mereka memang pantang dengar anak susah, memang laju tolong (contoh, time pkp fil bayarkan cukai tanah suami sebab gaji suami terjejas).
Hanya beberapa perkara di atas jela yang buat saya sangat-sangat berat hati untuk pindah dan duduk berdekatan mereka.
Selepas suami lihat saya berat hati jadi dia plan untuk pindah seorang diri dahulu, cari pekerjaan, da stabil baru kami pindah.
Saya rasa ok tapi kenangkan yang saya perlu PJJ semula dengan 4 orang anak kecik-kecik, otak saya rasa blank. Harap anda semua boleh bantu saya memecahkan kebuntuan ini.
Perlu ke saya pindah bersama suami dan mulakan kehidupan baru atau bagi suami pindah ke sana dahulu? Berapa bulan patut saya bersabar untuk pjj? Risau pulak bila PJJ ni, kalau iman lemah hancur keluarga,hancur segala impian.
Saya lebih kenal suami saya, saya yakin dia tak boleh berjauhan lama dengan isteri dia (dulu PJJ lain daerah shj, weekend kami bertemu). Saya betul-betul perlukan kata-kata semangat atau pengalaman anda. Terima kasih.
*Segala info ada yang diubah suai sedikit untuk mengelakkan identiti saya diketahui oleh orang tertentu.
– Puan Sufie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit