Assalamualaikum warga IIUM Confession, semoga semua berada dalam keadaan sihat.
Seperti tajuk di atas, pindah atau tidak, sebenarnya saya lebih nak dengar kan pendapat dari orang lain. Kadang – kadang bila kita dapatkan pendapat orang sekeliling ni, mereka akan lebih pada “kesian”.
Saya cerita kan serba ringkas mengenai latar belakang family saya. I’m a married woman, bekerja, ada anak dan suami. Suami bekerja elok, dan kami family B40.
Saya dan suami kahwin selepas tamat belajar. Jadi, memang tak sempat nak kumpul duit bagai. Kumpul untuk kahwin je lah macam tu.
Kami menetap di kawasan perumahan di ibu kota, pangsapuri. Sewa rumah, sewa kereta, makanan asas, susu, pampers anak, memang atas suami saya.
Gaji saya, suami saya memang tak pernah minta @ sentuh, saya sendiri la bantu yang tepi-tepi, sekolah anak (masih playschool), pakaian anak, hujung bulan bila dah sempit, rasa nak makan luar ke, etc.
Pakaian anak tu kalau suami saya ada lebih, dia bayar. Sama macam duit yuran sekolah. Kalau ada lebih, dia topup. Tapi kadang-kadang saya sendiri dah terbiasa, baik biar dia spend kat makan ke apa.
Oh lupa. Saya ada buat auto deduct SSPN I plus untuk anak saya, yang ni memang guna duit saya.
Suami saya kalau saya tak buat, dia rasa macam dia boleh guna duit tu untuk benda lain dulu. Saya malas nak gaduh la dah duit saya pun ada, pakai je la, lagipun untuk anak saya juga. Hehe.
Kadang tu, ada juga bulan yang kami dua-dua stuck. Contoh macam raya haritu. Atau bulan dia kena hidup roadtax, atau ada something happened suddenly. Jadi, kami memang tunggu gaji bulan depan nya.
Pinjam meminjam itu bukan jenis kami. Selagi mampu korek sendiri, guna sendiri dulu. Selagi mampu jimat, kami jimat.
Bukan meraih simpati ya, sekadar bercerita nak bagi semua faham situasi kami. Nak katanya, kami ni sekadar cukup. Ada masa lebih, ada masa tak cukup, tapi tak la sampai meminjam.
Okay. Habis bab spend duit bulanan.
Untuk pengetahuan, rumah kami di ibu kota. Office Husband di bahagian timur negeri Selangor. Husband mengambil masa 30 minit perjalanan ke office (macam biasa kalau tak jammed, kalau jammed akan drag sampai 1 jam lebih).
Dan dia bekerja secara bergilir, 2 hari WFO, 3 hari WFH. Saya? Alhamdulillah, memang WFH, hanya ke office bila perlu sahaja.
Isu nya adalah, kawasan perumahan saya, atas bawah orang bela kucing. Jiran atas saya, kadang tengah malam, dia buang nya air kucing dia ke bawah.
Rumah saya, bahagian dapur, dekat luar taw, belah atas, sekadar tutup dengan zink, ada grill. Saya letak kuali, botol susu anak, area situ.
Dulu sebelum husband saya cover dengan plastic, air kencing kucing memang masuk la sampai tempat simpanan botol susu.
Balik rumah, bukak pintu, bau air kencing kucing. Fuh. Pernah tegur dalam group Whatsapp komuniti. Tapi itu lah. sekadar angin lalu.
Confirm ke kucing rumah atas? Yes. Husband selalu je nampak kucing dia mengintai dari grill rumah dia. Dan saya sendiri selalu je dengar jiran atas terjerit – jerit marah kan kucing dia.
Sampai masa saya tak tahan dah. Itu belum lagi part kucing berak betul² depan pintu masuk rumah dan kencing di pintu rumah ya. Itu memang kucing lepas ke apa saya pun tak tahu la.
Rumah sekarang, ada 3 bilik, dan 1 bilik dah jadi stor. Jadi, 2 bilik sahaja yang memang guna.
Sebenarnya situasi kami yang bekerja di rumah pun, memerlukan 1 ruang khas untuk kami buat kerja. Yang sekarang, husband ada meja untuk kerja, di ruang tamu.
Rumah tak besar. Ada pula meja kerja, dengan kerusi nya. Saya tak rasa lapang. Nak kemas stor, buat bilik kerja, tak boleh, situ internet pula tak kuat.
Saya pun suarakan, ajak pindah. Plus yang memang kena ke office, suami saya, ajak pindah di kawasan yang berdekatan office dia. And suami saya setuju. Cuma. Saya tanya, berapa dia nak spend untuk sewa rumah.
Jawapan dia, same as now (saya masih cuba bertanya tanya, berapa dia nak spend haha). Dia tak nak sebut amount.
Sebenarnya sewa kami sekarang agak murah, sebab rezeki kami dapat owner baik. Dan dia tak naikkan sewa dari dulu sampai sekarang.
Jadi, saya terfikir. Kalau saya nak bantu bayar half sewa rumah, adakah ok? Atau kalian rasa tak perlu pun pindah rumah? Saya ada bagitahu husband saya, budget sewa yang saya boleh tolong topup, dia cakap, “tinggi nya budget”.
Rumah area Sri rampai, wangsa maju, melawati, gombak, area sana la. Hehehe. Kalau nak besar sikit, besar lah budget nya. Tapi, saya survey yang saya rasa kami mampu.
Dan pada saya sendiri. Saya rasa saya boleh bantu, walaupun hujung bulan kadang saya pun tunggu gaji hehehe. Tapi, saya tahu asingkan mana penting, mana tidak.
Sejujurnya kami sedang menyimpan untuk pindah hujung tahun @ awal tahun depan. Yela sekarang nak pindah rumah dengan deposit 2 bulan nya semua.
Duit duit. Tapi sementara tengah mengumpul ni, otak saya sentiasa berfikir. Betul ke tindakan nak pindah ni. Boleh ke saya nak bantu bayar sewa.
Husband saya rilek je. Tapi, dia pun tak tahan la tu agaknya, sebab tu setuju je nak pindah dan suruh saya survey rumah.
Cuma ayat dia yang nak bayar sewa sama macam sekarang ni, buat saya terngiang – ngiang. Dia nak pindah ke tak. Kalau tanya, dia jawab ok je. Walhal, dia sendiri aware, mana nak dapat nya sewa area situ dengan harga murah.
Haku stress.
Okay la sampai sini sahaja kot, siapa² ada idea, pendapat, dipersilakan share. Kadang² idea dari stranger ni lagi membantu.
Saya minta maaf ya kalau² ada kata² atau ayat² saya yang kalian rasa tak patut di cakap, yang salah itu datangnya dari saya.
Terima kasih semua kerana sudi baca luahan (kot) yang tak seberapa ! Semoga Allah merahmati kita semua. Aamiin.
– Isteri~ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit