Sesedih mana pun cerita dia, bab pinjam duit, jangan bagi.. Pernah dengar tak ‘quote’ tu?
Hai, assalamualaikum. Perkenalkan nama aku Diana. Di sini aku nak sebarkan kesedaran tentang beri pinjam duit. Tak kisahlah adik beradik, keluarga, kawan mahupun kenalan.
Maksud aku, bukanlah kita langsung tak membantu pinjamkan duit. Tapi bagi aku ada sesetengah orang memang tak layak atau tak sesuai dibantu. Makin dibantu makin manja.
Mari aku kongsikan pengalaman aku sendiri. Orang yang agak rapat dengan aku, aku namakan dia S.
Sejak komitmen S bertambah, duit gajinya tak mencukupi. Setiap kali tengah bulan atau hujung bulan, S akan mula mencari family atau kawan untuk meminjam duit. Of course untuk menampung belanja makan dan keperluan lain.
Memang betul S kesempitan, bila ada yang beri pinjam, dapatlah ‘bernafas’ sikit.
Setakat ni alhamdulillah, bila gaji S tak culas bayar hutang yang dipinjamnya.
Tapi cuba bayangkan, cycle dia setiap bulan begitu. Habis duit, pinjam, bila gaji, duit habis balik untuk bayar hutang. Never ending story. Jadi adakah ini benar-benar membantu S?
Oh ya. S bekerja kerajaan. Isterinya surirumah, bekerja sendiri, income tak tetap dan income banyak terjejas sejak pandemik.
Pada mulanya S beriya-iya, jiwa berkobar nak cari side income. Katanya nak jadi rider, deliver barang dan makanan bila ada masa free.
Tapi S takde motor untuk buat kerja tu. Maka S pun cuba juga buat loan motor guna nama orang lain dan akhirnya berjaya.
Well, a few months later.. Nothing.. S masih dengan lemak manjanya.
Motor tersadai bila ada waktu free dan hanya digunakan bila pergi bekerja sahaja. Takde dah keinginan usaha cari side income. Bulanan motor pun mula tertunggak.
Guess what? semua ini berpunca bila dia kesempitan tiada duit, dia pinjam, kawan/ family beri pinjam, dapat duit selesai masalah. Never ending bukan? Jadi sampai bila S akan berusaha sendiri cari duit?
Nak tahu lagi? Masa free dia, dia hanya lepak di rumah, main handphone, main game, makan, tidur.
Sedangkan lumrah orang tak berduit ni, sepatutnya bermandi peluh bekerja di luar sana mencari sesuap rezeki. Bukan goyang kaki.
Sebab tu lah jika kita nak ‘membantu’ kawan/family yang nak pinjam duit, janganlah terlalu baik hati memberi.
Sekali dua mungkin boleh. Kalau dah jadi ‘regular’, setiap bulan mesti pinjam, make it stop.
Orang seperti S perlu diberi kesedaran dan diajar untuk berusaha cari duit, bukan hidup nak senang saja.
Btw, isteri dia dah malu dengan sikap S yang meminjam sana sini. Kadang S meminjam tanpa pengetahuan isteri dia.
Apa-apa pun itu kelemahan S yang mungkin dia tak sedar. Doakan semoga dia sedar dan berubah. Kita bukan kedekut, tapi perlu tegas untuk kebaikan.
– Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit